Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Tukang Kebun Glamour

Posted by mynormas on October 20, 2016


23 tahun selepas saya memulakan kerjaya dalam bidang penjagaan rumput di Malaysia, saya masih lagi menerima soalan: “Ada kerja macam ni??”. Jadi saya rasa teruja dan seronok bila berpeluang bersama-sama dengan orang orang yang mempunyai kerjaya yang sama, dari serata dunia di Bukit Kiara di seminar anjuran GCSAM/AGIF. Kehadiran saya ke seminar tersebut telah di taja oleh GulfRich Corp. Terima kasih.

Khemah syarikat yang menunjukkan mesin baru mereka.

Khemah syarikat yang menunjukkan mesin baru mereka.

Perkembangan terkini bidang penjagaan rumput telah berkembang pesat berbanding dengan apa yang saya lalui 20 tahun lalu. Kini terdapat mesin pemotong rumput besar (mempunyai lima unit pisau pemotong atau dipanggil 5-gang mowers) jenis hybrid yang kelima-lima unit pisau pemotong nya di putar menggunakan motor elektrik dan juga mampu menyalurkan tenaga elektrik ke putaran tayar dan mampu menaikkan kekuatan keseluruhan mesin, di bantu dengan sebuah enjin Kubota 25 kuasa-kuda, kepada sekuat 40 kuasa-kuda.

Saya juga tertarik kepada mesin pemotong yang mempunyai pisau jenis reel yang boleh di laraskan kekerapan pemotongan nya (frequency of clip) yang memberi pemotongan lebih rapi dan kemas. Saya percaya ini perkara yang pertama seumpamanya di dunia.

Atau pisau rekaan Jepun yang mempunyai ‘offset’ yang boleh di laras utk memberi pemotongan yang lebih agresif dengan hanya menjarakkan di antara reel dan bedknife. Saya di beritahu ini adalah teknologi eksklusif kepada jenama ini sahaja.

Saya jumpa sebuah alat yang nampak sempoi tetapi mampu mengukur luas kawasan melalui sistem GPS dan mampu menyimpan data di dalam komputer anda. Ia juga mampu mengukur kelembapan tanah serta EC (electrical conductivity yang memberitahu kita tahap ‘kemasinan’ tanah dan juga sebahagian jenis baja). Dengan alat ini kita mampu mengukur kelembapan padang pada waktu siang selepas siram dan juga lapan jam kemudian. Sangat berguna kepada orang yang tidak mahu meneka dan mahu lebih bersifat saintifik dalam penjagaan padang mereka. Insya Allah saya akan order satu untuk kegunaan saya.

Alat canggih mengesan keadaan tanah untuk rumput (Jejaka tampan tidak termasuk).

Alat canggih mengesan keadaan tanah untuk rumput (Jejaka tampan tidak termasuk dalam pakej).

Berapa orang dari kita yang boleh kata kita potong rumput setinggi 4mm? Itu setinggi beberapa keping duit siling ya. Tetapi dengan teknologi sekarang, ada orang dah potong hingga 2.8mm. Cuba lihat pembaris dan beritahu saya di mana kah letaknya 2.8mm atau 3.6mm. Kini ada tolok canggih untuk mengukur ketinggian rumput begitu; sementara itu ada antara kita masih potong rumput padang bola dengan brushcutter sandang belakang. Untuk pengetahuan, padang bola di potong pada ketinggian lebih kurang 25mm. Boleh kah anda ukur ketinggian potongan dengan brushcutter?

Itu hanyalah sebahagian sahaja dari kemajuan terbaru yang datang ke negara kita. Kami di khabarkan akan ada pemotong rumput robot yang akan sampai ke negara jiran tidak lama lagi. Sementara itu, masih ada di kalangan kita yang bertanya “Ada kerja macam ini?” bila kami kata kerjaya kami adalah penjagaan rumput.

 

Video untuk mesin hybrid.

Video untuk pisau bolehlaras FoC.

Video untuk mesin buatan Jepun dengan offset bolehlaras.

Advertisement

One Response to “Tukang Kebun Glamour”

  1. Mus said

    Salam tuan…..
    Kerjaya ni namanya tukang kebun.moden….

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: