Jerebu lagi
Posted by mynormas on August 21, 2018
Jerebu pada minggu ini nampak teruk. Kepada yg bekerja di luar, sila ambil langkah keselamatan yg bersesuaian.
Kepada yg menjaga rumput, beberapa perkara perlu di beri perhatian.
Biasanya kita akan lebih risau tentang kesihatan kita dan manusia lain bila kita bercerita tentang jerebu ini. Masa ini juga ialah masa untuk sesetengah orang untuk mencari salah siapa yang menyebabkan jerebu.
Dengan membuat andaian anda membaca ini kerana anda mahukan cadangan untuk rumput atau mungkin tumbuhan lanskap anda, maka saya akan abaikan cadangan untuk kesihatan manusia atau siapa bakar apa dan dimana dalam artikel ini.
Tidak ada kajian khusus pernah di buat untuk menilai kesan jerebu keatas rumput. Setakat yang saya temui, terdapat kajian keatas padi, tembakau, dan Meranti.
Tiga perkara utama pada jerebu akan memberi kesan pada rumput:
Pertama ialah jerebu tebal mengurangkan cahaya matahari yang akan mempengaruhi keupayaan rumput membuat makanan melalui proses fotosintesis. Fotosintesis hanya mampu berlaku bila tumbuhan mendapat cahaya matahari yang cukup.

Jerebu yang menghalang sinar matahari.
Tumbuhan (rumput) yang tidak mampu membuat makanan tadi akan menggunakan tenaga simpanan yang ada di bahagian-bahagian lain seperti di batang atau akar. Bila tenaga simpanan ini habis dan masih tidak cukup sinar matahari untuk membuat fotosintesis, maka rumput ini akan mula memanjangkan lai daun nya. Ia akan cuba untuk menambah luas permukaan daun supaya boleh memaksimakan cahaya matahari yang ada. Anda pernah lihat rumput yang tumbuh di kawasan redup? Ia akan menjadi lebih panjang dari biasa; panjang tapi kurus.
Tanya operator yang potong rumput anda samada dia lihat lebih banyak sampah clipping dari biasa; ataupun rumput anda nampak kuning dan bila anda perhatikan dari dekat, apa yang anda lihat adalah batang (stem) rumput dan kurang daun. Itu tanda-tanda rumput tak cukup matahari dan sedang cuba mengadaptasi.
Kedua, di dalam jerebu tersebut terkandung partikel-partikel seni yang akhirnya akan mendap ke atas permukaan rumput. Kalau seni yang saya maksudkan ialah seni budaya tidaklah ia menjadi masalah. Tapi partikel2 disini ialah oksida dan juga ‘heavy metal’ seperti Plumbum dan Sulfur. Ia akan melekat pada permukaan daun atau tanah. Jika dibiarkan unsur2 ini akan terkumpul dan akhirnya memberi kesan ke atas kimia tanah atau rumput tadi.
Ketiga ialah kemungkinan ‘hujan asid’ iaitu kombinasi hujan dan pencemaran udara. Tidaklah bermaksud akan berlaku hujan yang boleh melubangkan baju anda; tapi tahap keasidan air yang turun itu ialah lebih dari hujan biasa. Ini berlaku walaupun tiada jerebu. Anda juga bertanggungjawab untuk fenomena ini bila anda membuat apa2 pembakaran, termasuk enjin kereta anda. Hujan asid ini akan – sedikit sebanyak – meninggalkan kesan keasidan pada tanah juga. Tanah yang berasid akan mempunyai sifat kimia yang akan menghalang rumput dari mengambil nutrien dari tanah.

Belanja minum?
Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!
5.00RM
Cadangan saya
Saya hanya mencadangkan anda perhatikan rumput anda, jika anda dapati ia mula memanjang (tanda-tanda nya ialah, anda mula memotong lebih banyak batang dari daun, atau anda dapati lebih banyak ‘sampah’ di kutip oleh mesin anda dari biasa, atau sekadar dari pemerhatian mata kasar) maka anda patut menaikkan ketinggian potongan. Terutamanya green di padang golf.
Jika anda mampu, siram dengan kuantiti yang banyak untuk ‘membasuh’ permukaan lai daun dan membawa partikel2 seni tadi ke dalam tanah. Siram awal pagi. Jangan siram lewat petang.
Anda juga boleh membantu perjalanan air ke dalam tanah dengan hollow tining, slicing, spiking atau semata-mata mencucuk-cucuk tanah supaya air boleh turun ke bawah dengan cepat.
Lagi? Doa banyak-banyak untuk mintak hujan atau salahkan orang sebelah yang tengah bakar sampah tu…

Maintaining this Website. Sumbangan.
Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.
$10.00
Leave a Reply