Pakar Rumput

Laman Web Rujukan Rumput Tempatan. Local Turf Reference Website

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Kuat Minum

Posted by mynormas on July 18, 2017


water ponding during irrigation wateringSalah satu konsep yang saya dapati agak susah untuk disampaikan kepada orang awam yang juga menjaga rumput ialah tentang penyiraman. Kebanyakan orang samada akan menyiram setiap hari dan/atau menyiram pada waktu petang.

Mungkin masalahnya ialah orang menyangka rumput minum air seperti manusia; iaitu bila disiram, seolah-olah ada mulut pada daun rumput yang terbuka dan minum air itu. Sebenarnya, secara metaforanya, rumput minum guna ‘cawan’ dan cawan untuk rumput ialah tanah dan ia akan minum melalui proses tertentu melalui akarnya. Oleh kerana proses nya perlahan, kita boleh andaikan ia minum dari cawan guna straw kecil pulak. Kesian kan?

Apa yang saya nak sampaikan ialah bila kita siram rumput, air akan turun ke tanah dan rumput akan menggunakan air yang berada dalam tanah. Berapa banyak air kita siram, akar akan ambil air itu melalui proses yang sama.

Baiklah, sekarang bayangkan setiap satu rumput memegang cawan. Pada musim hujan, cawan bukan sahaja penuh malah melimpah-limpah; betul? Ataupun, pada waktu cuaca mendung dan rumput ‘minum’ air perlahan-lahan, air masih ada dalam cawan, kenapa kita tuang ikut jadual? Cawan ada tiga-suku lagi air, kita tuang air sampai melimpah; apa guna?

Kalau cawan masih banyak, kenapa nak isi lagi sampai melimpah cawan tu? Banyak mana boleh minum? Kita hanya minum air yang dalam cawan, air yang dah melimpah keluar cawan ke atas lantai, kita akan abaikan. Jadi sebelum kita tuang air, kita periksa dulu cawan tu; penuh ke kosong. Kalau kosong, kita siram, kalau penuh kita jangan siram.

Dimusim kering pula, cawan makin lama makin kosong (ingat, air disedut secara perlahan-lahan melalui akar) selain air hilang melalui proses larutlesap (leaching) dan pemelowapan di tanah yang hampir permukaan.

Sebagai manusia, kita akan berasa haus dan dahaga pada waktu matahari panas terik maka masa itulah kita cari cawan kita. Alangkah hampanya kalau cawan kosong, kan? Jadi kita patut isi cawan kita sebelum matahari terik dan kalau perlu, kita isi sekali lagi pada waktu matahari sedang terik BUKAN pada waktu matahari dah mula terbenam, betul? Apa guna cawan yang penuh pada manusia yang dah mati kehausan, betul?

Maka, take-home points saya ialah:

  1. Siram awal pagi (bukan lewat petang)
  2. Kalau matahari terik, kita boleh (bukan mesti) siram tengahari.
  3. Kita siram ikut keadaan/keperluan, bukan ikut jadual. Check dulu tanah sedalam satu dua inci; kalau masih lembap, tak payah lah siram.
  4. Ulangan nombor 3 (sebab penting yang amat) JANGAN SIRAM IKUT JADUAL. 

 Maka jika anda menggunakan sistem siraman automatik, jangan set untuk siraman sebulan tetapi set lah untuk siraman esok hari atau hari ini DAN bersedia untuk off jika tiba tiba hujan.

Selain dari siraman untuk memberi ‘minum’ kepada rumput terdapat juga siraman untuk:

1. Selepas pembajaan atau peracunan.

2. Melembutkan tanah atau melambatkan bola (ini tunggu arahan pegawai perlawanan).

3. Membuang atau melarutkan bahan asing seperti embun (bila terdesak), minyak tumpah (kes terdesak giler dah ni), pasir hias atas (topdress) dan sebagainya. 

Berapa banyak air diperlukan sewaktu siram? Saya anggarkan purata 25mm seminggu untuk Cowgrass. Jadi untuk sehari siram, saya akan bahagi 7 iaitu lebihkurang 3 – 4mm. 

Edit: Dan kepada orang yang kata kalau siram waktu matahari terik daun boleh melecur kerana air pada daun akan bersifat seperti kanta yang memfokuskan cahaya matahari, saya katakan cahaya matahari adalah ‘cahaya’ dan bukan laser; iaitu ia ambil masa untuk terfokus dan membakar. Sementara itu, air tersebut dah terpelowap (evaporate).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: