Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Pancut Angin

Posted by mynormas on March 13, 2018


Pembaca laman web ini akan dapati saya selalu menekankan tentang pengudaraan tanah.

Umumnya apa yang saya maksudkan ialah menggunakan besi padu (solid tine) ataupun besi berongga (hollow tine) yang akan memberi ruang kepada udara masuk ke dalam tanah.

Lebih besar diameter besi, maka lebih besarlah rongga yang terhasil dan lebih banyak lah pertukaran udara boleh berlaku. Malah, saya sering menyarankan penggunaan besi berdiameter besar tiap-tiap kali kerja-kerja pengudaraan tanah dilakukan. Saya tak setuju bila superintenden padang golf yang menjadi klien saya memberitahu bahawa mereka akan melakukan ‘hollow tine’ dengan diameter 3/8 inci atas alasan lebih cepat pulih. Bukan sahaja ruang terbuka di atas permukaan terlalu kecil untuk membenarkan pertukaran udara; besi hollow-tine juga akan tersumbat dan menjadi solid tine.

Pertukaran udara akan membantu segala mikro flora dan fauna yang membentuk ekosistem bawah tanah mendapat oksigen dan mempercepatkan pereputan bahan organik iaitu thatch atau mat yang berada di antara rumput dan tanah.

Thatch akan btertindak seperti span, menyimpan dan menghalang air dari bergerak ke dalam tanah.

thatch plus mat close-up

Ini thatch di sebuah padang yang dibina atas pasir; pasir tidak dapat berfungsi untuk membawa turun air kerana kebanyakan air berada di dalam lapisan thatch.

Ini akan menyebabkan padang rasa lembap dipijak walaupun nampak kering dan 2, 3 hari tiada hujan.

Selain itu thatch ini juga akan menyebabkan padang berasa lembik, lantunan bola yang tidak konsisten (kerana tebal thatch tidak sama dari satu tempat ke satu tempat) dan menjadi tempat pembiakan kulat; pathogen penyakit.

Maka proses membuang thatch secara langsung melalui kerja-kerja nyahthatch (dethatching), scarifying, hollow-tining, hias-atas (topdressing) dan juga secara tidak langsung melalui proses pengudaraan tanah ataupun memperkenalkan bakteria khusus yang menggemari dan mereputkan thatch.

Ada lagi perbincangan panjang tentang pengudaraan tanah tetapi artikel ini bukan tentang pengudaraan tanah tetapi kerana saya ingin memperkenalkan suatu konsep baru dalam pengudaraan tanah iaitu mengepam udara masuk ke dalam tanah.

Alat ini dipanggil ‘Air Spike’. Kita akan cucuk besi tajam yang mempunyai lubang halus di muncungnya ke dalam tanah dan bila kita picit suatu punat, udara yang berada di bawah tekanan (compressed air) akan melalui batang besi dan ke dalam tanah.

Di beberapa tempat yang tidak terlalu mampat, kita akan boleh rasa tanah itu ‘ternaik’ sedikit akibat tekanan udara di bawah permukaan.

Tekanan udara ini akan tersebar, menyebabkan retak-retak di dalam tanah yang akan dipenuhi udara.

Kebaikan cara ini ialah:

  1. Ia boleh pergi lebih dalam dari sebarang cara konvensional menggunakan cara menebuk.
  2. Tidak mengganggu permainan
  3. Tidak perlu mengutip ‘sampah’ seperti kerja-kerja hollow-tine.
  4. Mempunyai kesan sampingan membuka ruangan untuk air turun ke bawah melalui retak-retak yang telah dibuat tadi.
  5. Ia boleh digunakan untuk membuat pengudaraan di celah celah akar pokok.
  6. Ia boleh memberi kelegaan bernafas kepada pokok yang ditanam di dalam plot kecil dan air bertakung (seperti di kawasan parking)

Saya telah mencuba Air Spike ini di kawasan bertakung air, dan saya kagum ia dapat menghilangkan air cepat. Saya ada ambil video tetapi ia agak panjang jadi saya ambil snapshot beberapa gambar penting untuk tatapan tuan tuan.

Kombo pic air spike

Kunci saya adalah penanda aras. Saya ubah Air Spike untuk buat tebukan di dua lokasi tetapi kunci berada di tempat sama.

Jika anda ingin cuba untuk menyelesaikan masalah kawasan keras di padang anda, masalah air bertakung (longkang subtanah diperlukan untuk jumlah air yang banyak atau hujan berterusan), masalah tanah padat.

Begitu juga jika anda mempunyai lanskap pokok yang ditanam di petak tanah kecil di kawasan parkir, Air Spike boleh membantu pengudaraan di tempat kecil.

Hubungi saya di 03 5I3I OO66 (dan biarkan ia berdering) atau mynormasATconsultant.com (AT=@) jika anda perlukan pengudaraan di tempat-tempat tertentu atau jika padang anda masih bertakung air walaupun ada longkang subtanah.

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Advertisement

One Response to “Pancut Angin”

  1. […] anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang AirSpike ini, baca di sini. Harganya tak sampai RM5,000 buat masa ini. Tapi ia akan […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: