Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Kesian Rumput

Posted by mynormas on February 23, 2017


Meracun terlalu besar dan tidak sama rata.

Meracun terlalu besar dan tidak sama rata.

Pernahkan anda melihat orang menggunakan racun untuk rumput yang tumbuh pinggir jalan? Atau di tebing longkang? Saya selalu lihat ini dan saya akan tertanya: siapakah yang kurang pandai di sini? Orang yang tanam atau orang yang meracun? Dah tanam lepas tu racun: itu kerja kurang pandai. Apa pun alasan, kalau ia tidak dilakukan dengan pengawasan ataupun pemikiran; ia memburukkan pemandangan.

Saya faham, memotong tebing atau ‘edging’ adalah kerja rumit dan memerlukan kesabaran. Ada orang guna mesin sandang dan ada orang guna cangkul. Saya pernah tengok orang guna scraper untuk buat kerja edging ini.

Kenapa mesti bersusah payah? Kerana sama seperti kaum lelaki yang baru lepas gunting rambut; tebing atau edge yang dipotong kemas memberi gambaran kekemasan kepada suatu kawasan rumput.Beberapa tahun dahulu seorang rakan sekerja pernah memberitahu saya yang pemain golf berkata mereka dapati padang golf saya adalah sangat kemas dari biasa dan mereka tidak tahu kenapa. Saya tahu; tahun itu adalah tahun pertama saya melakukan kerja-kerja trimming tepi jalan.

brushcutter-path-edge-002-2

Nampak kemas, kan?

Saya tidak faham bila saya lihat di tempat lain, orang lebih gemar menggunakan racun untuk mengawal rumput di tepi jalan. Kalau buat dengan berhati-hati mungkin ia boleh di terima, tetapi selalu, ia dibuat ala kadar  dengan semburan yang besar dan tidak sama rata. Selain dari tidak cantik, masalah weed sucession juga akan timbul jika racun yang sama digunakan setiap bulan.

Kesian rumput. Baik tak payah tanam kalau nak di racun.

Kesian rumput. Baik tak payah tanam kalau nak di racun.

 

pgr-primo-comparisonSelain dari menggunakan racun, saya mencadangkan penggunaan pembantut pertumbuhan rumput atau kalau mengikut DBP – regulator pertumbuhan yang akan melambatkan pertumbuhan. Ia perlu di ulang sembur tetapi begitu juga dengan racun. Kesan sampingannya ialah rumput akan tumbuh lebih padat kerana ruas atau nod nya semakin rapat. Jika anda ingin maklumat lebih lanjut (dan nak tahu apa orang putih kata) Google ‘Plant Growth regulator for turf grass’ atau hubungi pembekal anda.

Saya pernah menggunakan PGR jenama Primo pada kadar 6ml untuk satu knapsack kerana kekurangan pekerja untuk menjaga kekemasan tepi jalan saya. Tentunya saya lakukan ujian dahulu untuk mempastikan jumlah itu tidak terlalu tinggi atau rendah untuk rumput spesis itu.

Advertisement

2 Responses to “Kesian Rumput”

  1. yeng said

    assalamualaikum…blh terang kan secara detail mengenai pgr ini…?kaedah guna mcm mana?

    Like

    • mynormas said

      Waalaikumsalam. Gunakan ia seolah olah ia racun. Maksudnya bancuh dalam tong sembur pada kadar yang disyorkan (15 tahun lebih dulu saya ingat 6ml per 15lit) dan sembur. Kebaikannya ialah:
      1. Overdose rumput tak mati tapi jadi pendek giler.
      2. Kalau di kawasan yang pure rumput, saya boleh campur dengan baja foliar (bukan urea, tapi baja bunga) untuk mencantikkan.
      3. Di kawasan yang ada rumput liar, saya boleh uji dan kemudian campur dengan racun memilih (selective herbicide). Setakat ini, yang saya dah guna ialah Ally. Awas, Ally ada kesan buruk pada Cowgrass.

      Untuk kawasan besar seperti fairway padang golf (about 20 hektar) saya akan guna mesin boom dan sembur sebelum musim monsun bermula. Jadi dimusim tak boleh potong kerana terlalu basah, saya tak under pressure rumput panjang (unless banyak rumpai sebab rumpai tak ada efek). Mula sembur at least dua bulan (actually saya sembur tiap bulan supaya saya tiada stress sewaktu terlalu ramai golfer atau mesin rosak dsb)
      Terima kasih kerana bertanya dan Selamat Mencuba!

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: