Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Author Archive

Golf course Irrigation

Posted by mynormas on January 31, 2013

I teach part-time at a local college for the Diploma in Golf Resort Management and one of the topics is about the basics of golf course irrigation. So far there are no new student for this semester and rather than let my slides go to waste, I’m uploading them onto http://www.slideshare.net for anyone to read and if I’m lucky, to comment on and perhaps correct or update where necessary.

I’ll continue to upload my slides in the future; of course most of them would be incomprehensible without the accompanying explanations or hard-copy notes that I may distribute in class so I’ll have to modify before I upload and some; I won’t bother to attempt.

<div style=”margin-bottom:5px”> <strong> <a href=”http://www.slideshare.net/normas98/11-irrigation-system&#8221; title=”Basics of golf course irrigation system” target=”_blank”>Basics of golf course irrigation system</a> </strong> from <strong><a href=”http://www.slideshare.net/normas98&#8243; target=”_blank”>Normas Yakin</a></strong> </div>

Feel free to comment, query, correct, update or even thank me here on this site itself

Posted in Uncategorized | 1 Comment »

Jangan tanam rumput

Posted by mynormas on January 19, 2013

Tak terbela? Jangan tanam!

Tak terbela? Jangan tanam!

“Don’t plant grass” may sound like a strange advice from someone whose career is about planting grass. But I see too many people who plant grass and they can’t maintain it. I use to plant  grasses similar with golf course greens  at people’s houses about 15 years ago then I realized that most regular houseowners can’t maintain the types of grass you plant in golf course rough; forget the type on greens. Come to think of it, there are some houseowners who I would advise not to even plant shrubs or trees: if you can’t look after it; don’t let the contractor talk you into planting it.

Travellers palm with 2 kids.

Travellers palm with 2 kids.

Jangan tanam rumput kalau anda tak boleh jaga. Ataupun pilih rumput yang mempunyai sifat mudah di jaga. Banyak jenis rumput yang nampak cantik di padang golf, di padang bola, di rumah kawan, di nursery dan di rumah Hajah Limah hujung jalan. Tapi sebelum membuat keputusan untuk menanam rumput yang sama di rumah kita, tanya dulu samada kita boleh jaga ataupun samada tempat kita mempunyai kesesuaian untuk di tanam rumput jenis itu.

rumput  karpet tak berpotong.

rumput karpet tak berpotong.

Pertama sekali ialah tentang isu cahaya matahari atau sunlight. Kedua ialah tentang penjagaan. Kebanyakkan rumput padang golf perlu di potong SEKURANG-KURANGNYA seminggu sekali, kalau lepas baja seminggu dua-tiga kali. Musim hujan atau tempat yang redup ia akan perlu dipotong lebih kerap lagi. Bukan itu sahaja, kadang-kadang kawasan itu terlalu kecil untuk di tanam rumput; nak potong susah dan juga kekadang ia jadi tempat orang pijak untuk jalan.

Cari alternatif lain. Guna rumput yang mempunyai warna hijau gelap secara semulajadi, pertumbuhan yang lambat dan tahan redup. Contohnya – dan saya tahu ramai orang tak suka dengar saya cakap ini – ialah cowgrass. Kalau anda nak rasa bangga dengan carpetgrass dan anda mampu jaga, bahagikan lanskap supaya kawasan yang redup sahaja di tanam dengan cowgrass.

Ataupun gunakan shrub yang tahan redup. Contohnya – alamak, masa ni lah pulak aku hilang ingatan… apabenda discolor. Tanyakan saja di nursery ataupun dengan contractor; pokok tahan redup. Ingat satu perkara, contractor buat duit melalui berapa banyak pokok yang di tanam so jangan ikut sangat jumlah pokok yang dia cadangkan.

Rheo discolor! Baru ingat nama.... Lihat di belakang tu mereka guna batu dan juga creeper menggantikan rumput.

Rheo discolor! Baru ingat nama…. Lihat di belakang tu mereka guna batu dan juga creeper menggantikan rumput.

Ataupun guna batu hiasan, batu putih, batu karang, batu kecik, batu besar, batu gajah….

Ataupun gunakan rumput plastik. Zaman sekarang, rumput plastik nampak macam rumput betul.

Ataupun simen dan tile sahaja halaman, zaman sekarang tile pun cantik. Pokok bunga dalam pasu. Bunga plastik pun boleh. Seburuk-buruk simen pun, saya guarantee ia akan lebih cantik dari rumput yang dah bercampur rumput liar, panjang, suami buang puntung rokok, ada mainan anak yang hilang masa dia kecik dulu dan juga taik kucing.

Senang nak bela.

Senang nak bela.

Ataupun, cari kontraktor maintenance. Diaorang akan potong rumput, trim pokok dan shrub serta buang sampah. Saper dapat nama? Tuan rumah….

 

Posted in Lanskap, Taman | Tagged: , , | 1 Comment »

Algae on golf greens

Posted by mynormas on January 2, 2013

In the context of Malaysian weather where heavy and frequent rain is the norm, plus with poorly or compacted greens, shade from surrounding trees; algae is quite common.I found this slideshare article that is very informative and thought that I should share it.

Be advised that even though the title is about golf greens, much of the info are also applicable to other parts of turfed areas (yes your lawn too madam)

If you think most of the slides’ contents are too ‘academic’ jump straight to slide number 53, though you might be searching backwards for background info but at least you know what you are looking for is what you need to know.

This is the first time I am doing this so I hope this turns out alright…

Posted in Fields, Golf club, Golf Course, Golf Course Superintendents, Greens, Padang, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah | Tagged: , , , , | 1 Comment »

Penjagaan rumput monsun

Posted by mynormas on November 2, 2012

I’ll be talking about turfgrass maintenance during the rainy season. And I define ‘rainy season’ differently than a ‘rainy spell’. A rainy season is not unexpected,it usually happens at the same time every year whereas a rainy spell is a prolonged period of heavy rainfall occuring almost daily unexpectedly. Not planning for the rainy season is, in my opinion; unforgivable. So how do we plan for the rainy season – in terms of turfgrass management? What should we do? When? Lets share.

Saya dah lama tidak update this website. I apologize. There’s a lot of questions posted here and emailed to me yang belum di jawab. Saya minta maaf.

Apakah langkah penjagaan rumput yang perlu diambil di  waktu musim hujan? Mari kita berkongsi.

1. Fertilizing. Penggunaan baja di musim hujan akan menyebabkan baja larut dan lesap ke dalam sistem saliran yg menyebabkan pembaziran dan pencemaran air. Elakkan menggunakan baja kimia biasa ketika dah tahu hujan lebat setap hari. Try slow release in small quantities or even foliar fertilizer but more frequently.

2. Pesticide use. Menggunakan racun makhluk perosak juga boleh menyebabkan pencemaran di tambah pula air dalam tanah atau air hujan boleh mencairkan racun dan menyebabkan kelalian pest kepada racun. Try using systemic pesticides.

3. Wetting agent. Memang di luar dugaan dan counter intuitive “Kenapa nak guna wetting agent waktu dah basah giler?” Kebanyakkan wetting agent, terutamanya wetting agent generasi kedua (tanya supplier, klau dia tak tau, tanya supplier lain) akan menjadikan tanah lebih ‘mesra-air’ dan memudahkan ia masuk ke dalam tanah. Gunakan ia secara berterusan dari musim kering hinggalah ke musim hujan.

4. Aeration. Kerja hollow-tine is very good but to do it during the rainy season would make it a bad decision. Try spiking or slicing. Do often. Ia akan membantu memecahkan algae dan/atau permukaan keras supaya air masuk ke bawah.

Slicing the field

5. Vertical-cutting. Not really a good idea to do any major dethatching work. But grooming or light dethatching: excellent.

6. Mowing. Potong kenalah potong rumput. Jangan biarkan rumput terlalu panjang kerana alasan tak boleh masuk mesin; gunakan manpower with brush-cutters or push mowers. Jika terlalu lama tidak di potong, ia akan menggalakkan rumput liar membiak dan juga menyebabkan kita memotong terlalu banyak daun bila kita dah boleh masuk mesin nanti. Lepas potong, jangan biar sampah rumput bertaburan untuk di larikan oleh air hujan! Ia akan menjadikan tanah tidak rata dan menjadi masalah di masa akan datang.

7. Growth regulator:  Ia sangat membantu di waktu ini kerana ia melambatkan rumput tumbuh jadi jika kita ada masalah padang atau fairway yang terlalu lecak dan tak boleh potong, sembur dengan Primo (takde jenama lain di Malaysia) supaya kita tidak ada tekanan memotong sewaktu hujan tengah lebat.

8. Tree pruning: Kurangkan dahan pokok yang ada risiko untuk patah dan sekaligus akan mengurangkan daun yang gugur dan terpaksa di kutip.

9. Rubbish and leave collection. Kutip sampah, daun atau clipping yang akan menyumbat longkang dan menjadi masalah di masa akan datang.

10. Drain out the water. Cuba pastikan air tidak bertakung terlalu lama. Buat longkang sementara atau tebuk tanah supaya air mengalir.

11. Jika kawasan anda mempunyai selut (contohnya dalam bunker) buang lapisan selut itu supaya ia tidak menutup permukaan tanah dan air tidak mengalir.

 

Jika anda mendapati ada tempat yang mempunyai masalah air tidak mengalir atau lecak; tandakan tempat itu di atas peta dan buat rancangan untuk membuat longkang bawah tanah, atau apa cara pun supaya masalah yang sama tidak berulang. Saya dapati, pembetulan dan tindakan jangka masa panjang adalah lebih berkesan dari kerja sementara yang di buat berulang kali.

Selamat mencuba!
Read the rest of this entry »

Posted in Fields, Golf club, Golf Course, Greens, Rumput | 4 Comments »

Zoysia green.

Posted by mynormas on September 3, 2012

image

As I said, its the first time I used this app. Just tilt your head to the right to see the image.

My first ever Zoysia green (and my first ever posting with this app). It was an unused and un maintained roundabout behind the club kitchen and the cooks were dumping their old equipment on it! One pro tournament at the club wanted a practice green and that was the only option available. They gave me two weeks notice to get it done. Managed to do it just in time and maintained it as a green ever since. It may be the ‘wrong grass’ but it sure is easier to maintain than the greens here that have many different types of grasses.

Posted in Golf Course, Golf Course Superintendents, Greens, Maintenance, Padang, Padang Golf | Tagged: , | 1 Comment »

Mengawal serangga

Posted by mynormas on August 29, 2012

Saya mintak maaf kepada beberapa pembaca yang belum sempat saya balas email soalan mereka. Beri saya seminggu dua lagi. Anyway banyak soalan yang saya terima adalah berkaitan dengan penyediaan tapak ataupun serangga perosak. Saya dah ada artikel tentang penyediaan tapak, so sekarang saya nak ‘tunjuk’ satu cara untuk mengawal serangga perosak menggunakan bahan yang selalu saya cerita dari dahulu lagi: sabun pencuci pinggan. Saya akan gunakan video dari Youtube.

Video ni dari Australia so jenama sabun mungkin berbeza, tapi lebih kurang sahaja dengan jenama sabun pencuci pinggan lain di malaysia. cuba dengan apa yang kita ada di rumah sekarang. Alat yang digunakan oleh mereka mungkin jenis yang menggunakan venturi, kalau tak ada, gunakan sahaja penyembur yang boleh di beli di kedai hardware dan bancuh dengan sabun seperti yang di tunjuk.

Kalau ada soalan tanya di bawah, kalau ia membantu, tolong komen atau kata ‘terima kasih’ atau share atau Like this video.

Selamat mencuba!

Posted in Lanskap, Rumput halaman rumah, Taman | Tagged: , , , | 1 Comment »

Cara potong rumput.

Posted by mynormas on August 7, 2012

Ini kali kedua saya post tentang cara potong rumput ini. Cuma beza nya, sekarang saya baru perasan bahawa mungkin perlu penerangan lebih sikit dari saya tentang apa yang dia cakap itu. Jadi saya akan buat beberapa nota secara ‘point form’ sebelum anda menontonvideo nya.

Cara yang lebih baik dari bercerita ialah melalui melihat. Saya dapat video ini dari Youtube. Ia adalah video ketiga, tapi video pertama dan kedua lebih kepada iklan mesin mereka.

Tapi saya memang mencadangkan tuan rumah menggunakan mesin letrik untuk kawasan kecil. Yang saya pernah jumpa di Malaysia ialah jenama Black and Decker (seperti di video ini) dan juga jenama Bosch. Kedua-dua nya boleh didapati di kedai hardware Ace. Satu lagi ialah Husqvarna. Bandingkan sendiri untuk tahu lebih lanjut. Saya tidak merekomen apa-apa jenama khusus.

  • dia mencadangkan mower elektrik tanpa wayar (batteri) kerana ia lebih mudah di jaga dari mower petrol.
  • Potong satu kawasan kecil sahaja dulu untuk mempastikan tidak memotong terlalu banyak daun rumput. Undang2 tidak rasmi memotong rumput ialah tidak memotong lebih dari satu pertiga daun. (anda boleh dengar dia kata ‘one-third rule’)
  • Jika terlalu rendah, hentikan mesin, matikan enjin dan naikkan pisau.
  • Jika anda menggunakan mower yang mempunyai bakul seperti dia dan terdapat banyak sampah rumput tertinggal di belakang, tinggikan sdikit lagi pisau dan potong lebih perlahan (jangan jalan laju)
  • Elakkan mesin dari terkena batang pokok
  • Untuk mesin elektrik tanpa wayar, kita boleh memotong dari beberapa arah sehingga seluruh kawasan di potong.
  • Untuk mesin yang berat, elakkan dari memotong pada tempat yang sama setiap kali kerana ini akan menjadikan kesan tayar.
  • Untuk mesin letrik yang mempunyai wayar, mulakan ptongan di kwasan yan gpaling dekat dengan punca letrik (biasanya rumah)dan bergerak makin jauh.
  • Kekalkan wayar letrik di kawasan yang SUDAH di potong.
  • Potong pergi dan balik dan jangan potong dalam bulatan kerana anda akan terpintal dalam wayar letrik tersebut.
  • Sampah tersebut boleh di biarkan reput dan menjadi kompos ataupun di pungut sebagai sampah.

 

Posted in Landscape, Lanskap, Rumput halaman rumah | Tagged: , , | Leave a Comment »

Turf Consultancy Sdn Bhd

Posted by mynormas on July 21, 2012

After a long period of gestation, I’d like to finally announce the formation of my company that specializes in consultancy, training, maintenance and supply of turfgrasses. Yes I do renovations and reconstruction too. As for landscaping, I will be doing joint-ventures with other companies. I will announce that at a later date.

mynormas’ new company.

The name of the company? Turf Consultancy Sdn. Bhd. I don’t have the mission statement, vision or even a tagline yet. Or maybe I won’t ever have one. I know what I what the company is for; it is to leverage on my and my peers knowledge and ability to improve turfgrass maintenance and management in Malaysia.

So for  stadiums, fields and parks that are looking to improve the quality of their grass,  call Normas at O3-5I3I OO66 (and let it ring. Plus be reminded the O=0 and I=1) or email mynormasATconsultant.com (AT=@).

Golf courses that have problems with their greens, or having drainage problems can call me too.

Being a former GM means I can also help out with the business or management side too.

I also specialize in trainings for turfgrass workers; teaching them the basics so that they know their stuff. For senior or long-term staff, I do machinery operation basic training and especially important for golf courses: I do training for chemical and fertilizer application. Hands-on. With a small class.

Well, I’ll do the advertisements and stuff at a later date. This is just the announcement of the company’s name for now (taking advantage of the first day of the month of Ramadhan).

Not forgetting to wish everyone a blessed Ramadhan.

Posted in Fields, Golf club, Golf Course, Padang Golf | Leave a Comment »

Majalah Laman

Posted by mynormas on July 12, 2012

“Laman” means lawn in the Malay language. It is also the name of the premier magazine for landscaping in Malaysia. It is no coincidence that I also write for them via a Q&A turf ‘clinic’. Get your issue at the nearest newstand today.

Somebody did a teaser and put it up on Youtube for their next issue. I thought it was a good effort and would like to share it. Perhaps next time they’ll add photos of their columnists on their teasers… (Emma; hint hint)

Posted in Lanskap, Rumput halaman rumah, Taman | Tagged: , , , , , | 1 Comment »

Menyiram waktu panas

Posted by mynormas on June 4, 2012

Elakkan dari menyiram air mengikut jadual tertentu. Kita sebagai manusia secara amnya tidak minum air mengikut jadual, tetapi mengikkut kehausan jadi kita menyiram rumput pun sebaiknya mengikut keperluan rumput.  Apa yang saya maksudkan di sini ialah menyiram rumput setiap hari pukul 8 pagi atau pukul 6 petang. Kalau tengah hujan pun kita siram jugak kerana nak ikut jadual.

Siram ikut keperluan.  Jika tanah pada kedalaman satu inci di bawah masih basah; tak perlu siram. Jika ia kering; boleh (bukan mesti) siram.

Ini bermakna ada hari kita siram satu hari sekali, ada hari dua kali dan ada hari tiga kali sehari. Dan kadang-kadang: tak siram berhari-hari.

Tips;

  • untuk kawasan yang redup; elakkan siram di waktu petang. Kawasan yang basah di waktu petang akan menggalakkan rumput.
  • amalkan siram di awal pagi; air akan kekal di dalam tanah di waktu rumput memerlukannya sewaktu terik nanti.
  • Bila siram, siram hingga di anggarkan air akan tembus beberrapa inci ke dalam tanah. Ini akan menggalakkan akar tumbuh panjang mencari air.
  • Menyiram terlalu kerap (untuk kawasan rumput yang dah matang) akan menyebabkan rumput manja dan terlalu mengharapkan air yang di siram dengan tidak berusaha mencari air sendiri.
  • Terik matahari boleh membakar akar rerambut yang berada di berhampiran permukaan tanah.
  • Syringe ialah suatu teknik menyiram yang berfungsi menyejukkan permukaan rumput (dan bukan ‘memberi air’).
  • Rumput yang ditanam di atas pasir lebih memerlukan air di siram daripada rumput yang di tanam di atas tanah.
  • Tidak semua tempat memerlukan jumlah air yang sama. Ada tempat perlu di siram lebih dari tempat yang lain.
  • Jangan siram hingga mencapai tahap tepu tanah; siram dan biar sekejap sebelum siram lagi.
  • Jangan siram di kawasan lereng sehingga air mengalir ke bawah; siram dan biar sekejap sebelum siram lagi.
  • Umumnya; siram jarang-jarang tapi dalam-dalam adalah prinsip menyiram rumput di kawasan matang.
  • Menyejukkan rumput di waktu terik panas akan menyelamatkan akar rumput yang dekat dengan permukaan dan mengurangkan kadar kehilangan air.
  • Jika anda mampu menyiram hanya sekali dalam sehari; siram pagi. Bukan petang; dah terlambat dan akan menyebabkan lumut dan penyakit.
  • Jika anda mengalami localized dry spot (LDS) gunakan ‘wetting agent’ ataupun tebuk tempat tersebut supaya air boleh tembus. LDS biasanya di sebabkan oleh tanah hydrophobic dan air hanya di permukaan.

Selamat mencuba!

Posted in Golf Course, Greens, Landscape, Lanskap, Padang Golf, Rumput halaman rumah, Taman | Tagged: , , | 4 Comments »