Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Menyiram waktu panas

Posted by mynormas on June 4, 2012


Elakkan dari menyiram air mengikut jadual tertentu. Kita sebagai manusia secara amnya tidak minum air mengikut jadual, tetapi mengikkut kehausan jadi kita menyiram rumput pun sebaiknya mengikut keperluan rumput.  Apa yang saya maksudkan di sini ialah menyiram rumput setiap hari pukul 8 pagi atau pukul 6 petang. Kalau tengah hujan pun kita siram jugak kerana nak ikut jadual.

Siram ikut keperluan.  Jika tanah pada kedalaman satu inci di bawah masih basah; tak perlu siram. Jika ia kering; boleh (bukan mesti) siram.

Ini bermakna ada hari kita siram satu hari sekali, ada hari dua kali dan ada hari tiga kali sehari. Dan kadang-kadang: tak siram berhari-hari.

Tips;

  • untuk kawasan yang redup; elakkan siram di waktu petang. Kawasan yang basah di waktu petang akan menggalakkan rumput.
  • amalkan siram di awal pagi; air akan kekal di dalam tanah di waktu rumput memerlukannya sewaktu terik nanti.
  • Bila siram, siram hingga di anggarkan air akan tembus beberrapa inci ke dalam tanah. Ini akan menggalakkan akar tumbuh panjang mencari air.
  • Menyiram terlalu kerap (untuk kawasan rumput yang dah matang) akan menyebabkan rumput manja dan terlalu mengharapkan air yang di siram dengan tidak berusaha mencari air sendiri.
  • Terik matahari boleh membakar akar rerambut yang berada di berhampiran permukaan tanah.
  • Syringe ialah suatu teknik menyiram yang berfungsi menyejukkan permukaan rumput (dan bukan ‘memberi air’).
  • Rumput yang ditanam di atas pasir lebih memerlukan air di siram daripada rumput yang di tanam di atas tanah.
  • Tidak semua tempat memerlukan jumlah air yang sama. Ada tempat perlu di siram lebih dari tempat yang lain.
  • Jangan siram hingga mencapai tahap tepu tanah; siram dan biar sekejap sebelum siram lagi.
  • Jangan siram di kawasan lereng sehingga air mengalir ke bawah; siram dan biar sekejap sebelum siram lagi.
  • Umumnya; siram jarang-jarang tapi dalam-dalam adalah prinsip menyiram rumput di kawasan matang.
  • Menyejukkan rumput di waktu terik panas akan menyelamatkan akar rumput yang dekat dengan permukaan dan mengurangkan kadar kehilangan air.
  • Jika anda mampu menyiram hanya sekali dalam sehari; siram pagi. Bukan petang; dah terlambat dan akan menyebabkan lumut dan penyakit.
  • Jika anda mengalami localized dry spot (LDS) gunakan ‘wetting agent’ ataupun tebuk tempat tersebut supaya air boleh tembus. LDS biasanya di sebabkan oleh tanah hydrophobic dan air hanya di permukaan.

Selamat mencuba!

Advertisement

4 Responses to “Menyiram waktu panas”

  1. mohd fadly jama said

    Kebanyakan golf course menyiram green (auto) pd waktu pg(3-5pagi) setiap hari,adakah cara itu digalakkan or sebaliknya kerana waktu itu tiada cahaya matahari n rumput masih tidur n belum boleh menyerap air 100%,so adakah dlm waktu ini algae senang terbentuk? minta pendapat?tq;-)

    Like

    • mynormas said

      Cara itu digalakkan kerana:
      1. tidak mengganggu pemain golf
      2. Tidak mengganggu pekerja membuat kerja lain (potong green, rake bunker, ganti pin dsb).
      3. Kurang angin untuk meniup air yang di siram.
      4. Ada padang golf yang mempunyai tekanan lemah; jadi kalau mula pukul 3 pun mereka akan siap dalam pukul 9 pagi.

      Sekali lagi, prinsip utama menyiram ialah menyiram mengikut keperluan dan bukan mengikut jadual. Ertinya petang sebelum itu Course Superintendent dah tentukan nak siram atau tak. Ini akan mempastikan bahawa tanah itu dah memang kering, gersang dan tidak akan menakung air. Air akan di serap ke dalam tanah. Ini akan mengelakkan algae.
      TETAPI, kalau padang itu ada masalah lain seperti (contohnya) pasir topdressing yang terlalu halus atau lain-lain sebab yang menyebabkan hydrophobicity, maka air akan ‘bertakung’ di permukaan – kena pulak course superintendent yang tak masuk padang dan assistant/supervisor yang ‘pemalu’ dan nampak rumput kekeringan so diaorang bantai siram lagi sedangkan sebenarnya perlukan wetting agent dan/atau penebukkan, maka memanglah itu yang mendatangkan algae: bukan fakta siram pukul 3-5 pagi.
      18 tahun lalu boss saya, seorang CS dari Australia dah pesan; jangan biarkan keputusan siram di ambil oleh komputer atau mana-mana sistem canggih. Dia selalu buat contoh seorang CS yang kena pecat kerana komputer silap buat keputusan siram, rumput mati ketika dia cuti. Automatik jadi auto mati.
      Wallahuaklam.

      Like

      • mohd fadly jama said

        Kadangkala localize dry spot disebabkn oleh serangan nematode pada akar(root noot nematode) dan menyebabakan akar pendek,adakah neem oil bagus digunakan utk mengawal masalah nematode dlm green untuk jangkamasa panjang?

        Like

      • mynormas said

        Pada definasi nya LDS ialah kawasan tompok kering yang tak mempunyai air. Jika rumput atau tumbuhan lain mempunyai akar pendek dan tidak dapat menyerap air; saya setuju ia akan mempunyai symptom yang sama dengan LDS tapi saya tak setuju ia di panggil LDS kerana sebenarnya air tembus, tapi tak dpat di serap oleh tumbuhan. Penggunaan neem untuk mengawal nematod adalah sesuatu yang saya tak familiar, maaf.

        Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: