Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Posts Tagged ‘Halaman rumah’

Menanam dari benih

Posted by mynormas on February 14, 2012

Saya ada membeli benih rumput which sounded coming from Bahamas? jika saya tidak silap….dari pasaraya .bagaimana cara yang paling effective untuk menanam rumput ini

Mungkin anda maksudkan dari Bermuda, sebuah kepulauan yang berdekatan dengan Bahamas. Beberapa spesis Bermudagrass ini memang boleh ditanam dari benih. Saya pernah cuba sekali 20 tahun dulu tanpa berjaya.

Ringkasnya, anda perlu semai benih ini dalam kotak (atau tapak) semaian dulu. Mudah saja bunyinya. Sediakan satu kawasan dan sediakan tanah sama macam anda buat untuk pokok lain. Tanah bakar, top-soil, semua boleh. Cuma anda perlu sediakan dalamnya takat 1-2 inci pun cukup. Siram dan baja. Jangan guna baja butir kimia buat masa ini. Baja organik atau baja foliar pun ok.

Dalam 3-4 minggu atau 3-4 bulan, anda akan dapat rumput yang padat, insya-Allah. Dari situ, dapatkan sprig dengan cara memotong tanah yang di ambil dari kotak semaian tadi sebesar 2 inci x 2 inci, membasuhnya hingga tanah semua hilang dan mencerai-ceraikan rumput sebesar jari untuk ditanam di halaman anda. Cara ini di namakan menanam cara sprig. Jarak antara sprig ialah lebih kurang 2-4 inci (lebih rapat lebih cepat ia cover seluruh halaman anda).

Sebenarnya, short cut kerja ini ialah, beli sod rumput Bermuda dari nursery. Beli 2 x 2 kaki persegi, bawak balik, potong kecik sikit supaya senang nak handle, basuh dan cerai-ceraikan rumput tadi dan tanam akarnya ke dalam tanah kawasan yang anda nak tanam.

Kelebihan cara short cut ini ialah; tak payah tapak semaian dan anda boleh tengok sifat-sifat rumput yang anda nak di nursery lagi.

Anda boleh juga menabur terus benih rumput ini terus ke tanah, dan tutup dengan lapisan pasir dan atau netting. Walaubagaimanapun saya berpendapat ini akan menggemukkan burung yang akan memakan benih (dan tokeh pasaraya tadi). Tambahan pula, anda tidak dapat menjaga apa yang jadi pada benih rumput yang halus di tanah yang luas, samada ia kekeringan, hanyut di bawa air, ataupun dah mati.

Selamat mencuba!

Advertisements

Posted in Lanskap, Rumput halaman rumah | Tagged: , , , | 4 Comments »

Mowers for home lawns

Posted by mynormas on February 5, 2012

When I restarted this website, my target was to incite and create a response from Malaysian professionals whose work involves looking after turfgrasses like golf course superintendents, stadiums or municipal councils. Yet I think 80% of the response I get is from home owners and perhaps the rest are from students. If there are any superintendents that responds, are from Indonesia. Also I suppose I can count on non-executive staff from Malaysian golf courses who did make enquiries mostly on my Facebook page.

I guess Malaysian golf course superintendents and groundskeepers are shy or don’t visit local websites preferring instead for overseas advice. But this site could also be a forum to exchange ideas?!

Anyway, to honour the home owners who have numerous times asked me about the machinery suitable for their lawns, I will try my best to give a vague and non-specific answer.

Generally, there are two types of  ‘knives’ used on grass, the reel type and the rotary type. The type that you see people use on most lawns are what we call ‘brush-cutters’ or ‘bush-cutters’. No doubt there are many other names for it but basically, it belongs to the rotary type since the knives (even though its made of nylon rope) turn in a rotary fashion.

Lima pisau yang anda boleh lihat tu ialah reel. Ia akan bersentuh dengan bedknife di bawah.

The reels are what is usually used by professionals because they give a more consistent and cleaner cut. It is also sometimes called a cylinder mower because from the side it looks like a cylinder. You can count how many blades there are on the reels. Usually, the more blades; the better the cut. Problem is, the more the blades, the tougher it is to turn the cylinder. The reel works by turning itself against a stationary blade called the ‘bedknife’. To sharpen the reel-mower, we need to sharpen both the reels and the bedknife.

pandangan seekor cacing bagaimana rupa pisau rotary.

The rotary mower is simple to use and to sharpen. It is usually a knife that turns and cuts the grass by impact. The longer the blades are (i.e the bigger the radius of the cutting unit) the less accurate the cutting height since the ends of the blades may bend slightly.

My recommendation is that the average house-owner should get a rotary mower. Unless you built a golf course green for a lawn (no please don’t ask me how) a rotary mower is good enough 80% of the time.

Should a home-owner with a small to medium sized lawn use a petrol powered mower? I would advise against it. A petrol engine needs to be serviced, it needs to have its oils checked, spark plug changed etc etc. Get an electric mower. It has its disadvantages too but I feel it is still better than an petrol/diesel one.

The only time both the recommendations above can be err… superseded is if the home-owner decides to buy one of those reel-mowers that are powered by its tyres on the ground. The faster you push, the faster the reels turn.

Ini mesin yang mempunyai motor kecil dan hanya good for trimming di tepi longkang, rumah, pagar, pokok dsb. Lagipun ia mempunyai pisau yang 'open' yang boleh dangerous kepada pengguna dan sekelilingnya.

You can buy the average machine for the average home-lawns in most big hardware stores. In Klang Valley (Malaysia) I found a few brands that might interest you. Not that I’m recommending these brands but its just so that … you know… I don’t get asked the same questions over and over again.  The brands “Black & Decker” and “Bosch” are sold in ACE hardware stores that you can find in Summit USJ, Sunway Pyramid and Mid-Valley. No, I don’t get anything whether you buy them or any other brand, but that’s nice of you to ask.

ni hanya example. keputusan di tangan anda sendiri.

Posted in Rumput halaman rumah, Taman | Tagged: , , , | 4 Comments »

Penjagaan rumput musim tengkujuh

Posted by mynormas on December 14, 2011

Di sini saya sertakan beberapa tip yang boleh digunakan di padang golf, padang bola, lain-lain padang rumput turf dan/atau halaman rumah.

  1. Membaja pada waktu ini hampir boleh di ibaratkan mencurah air ke daun keladi. Baja tersebut akan mengalir ke dalam longkang, sungai, parit ataupun tasik di sekeliling. Hentikan guna baja terutamanya jika baja tersebut tidak mempunyai bahan ‘slow-release’. Sebaiknya; gunakan baja foliar yang boleh di serap dengan pantas oleh rumput. Sembur sedikit tetapi selalu.
  2. Elakkan atau kurangkan penyemburan racun serangga. Jika terpaksa; perhatikan cuaca. Jika hujan lewat petang; sembur awal pagi. Cuba untuk gunakan racun serangga jenis sistemik (racun serap) yang akan masuk ke dalam rumput dan menjadikan rumput ‘tak sesuai’ di makan oleh serangga.
  3. Elakkan atau kurangkan penyemburan racun kulat. Jika terdapat masalah penyakit; cuba dahulu untuk mengatasinya dengan menaikkan ketinggian potongan (jangan TAK potong), kurangkan trafik lalu di kawasan berpenyakit (kurangkan sebaran dan stress), pangkas pokok atau alih perabot untuk menambah aliran udara dan cahaya matahari. Jika penyakit berterusan, lihat langkah penggunaan racun serangga di atas.
  4. Jangan benarkan mesin atau alat yang berat untuk masuk ke dalam padang yang basah. Ini akan memburukkan mampatan kerana padang yang basah akan bersifat lembut. Membenarkan mesin masuk akan meninggalkan kesan tayar yang akan berlarutan hingga berbulan-bulan. Ia juga akan menyebabkan lecak atau becak yang memburukkan pandangan. Jika tanah tidak terlalu basah/lembik dan anda terpaksa memotong JANGAN potong mengikut garisan/stripe kerana ini akan meletak tayar di atas garis dan boleh membuat lekuk.
  5. Cuba gunakan plant growth regulator (PGR) seperti Primo untuk melambatkan pertumbuhan.
  6. Tebuk tanah dengan spiker, slicer, solid-tine, hollow-tine kecil dan apa-apa saja (pen lama, garfu lama dan sebagainya)

    Menebuk lubang di kawasan berlumut. Lumut adalah simptom kelembapan tinggi. Bantu air mengalir di kawasan berlumut.

    supaya membantu air dan udara untuk masuk kebawah. Tebuk sekurang-kurangnya setengah inci (asalkan tembus thatch).

  7. Sembur agen pembasah tanah (soil wetting agent) untuk membantu air turun. Sembur pada waktu tanah tidak tepu dengan air.

Sentiasa baca label, gunakan pekera yang terlatih dan gunakan akal sebelum menyembur sebarang jenis bahan kimia ataupun baja. Jika ragu-ragu; hubungi Pakar Rumput.

Posted in Fields, Golf Course, Lanskap, Padang Golf, Rumput halaman rumah, Taman | Tagged: , | Leave a Comment »

Rekabentuk lanskap: macamana nak mula

Posted by mynormas on August 25, 2011

Pelik betul. Artikel ni saya publish sebagai sebuah page dan bukan posting. Kita hanya perlu lalukan mouse di atas menu “Halaman Rumah” di atas dan beberapa artikel tentang halaman rumah akan dropdown, tapi dari statistik, orang hanya baca posting ‘Rekabentuk lanskap: nak tanam apa, kenapa dan bagaimana’ tetapi tidak artikel ini. So saya jadikan dia sebagai post jugak supaya dia tidak kesunyian dan orang tidak rasa ‘tergantung’ kerana artikel pertama tidak sepenuhnya cerita bagaimana nak rancang lanskap dan kebanyakkan pembaca pemalu untuk memberi komen atau pendapat.  Silakan…

Sebelum ini kita ada berbincang tentang prinsip rekabentuk lanskap (apa, kenapa dan bagaimana). Itu teorinya, macamana praktiknya? Praktiknya ialah kita memulakan projek lanskap dengan tidak menanam  apa-apa pun selagi kita belum ada projek di atas kertas.

Kita boleh bercerita tentang topic ni secara serius tapi kalau nak serius, boleh lah berhenti baca disini dan mungkin lebih baik kita semua cari buku atau laman web yang serius tentang lanskap. Saya berpendapat bahawa menanam lanskap di sekeliling rumah boleh menjadi suatu hobi yang menarik dan mudah. Maka adalah hasrat saya untuk memudahkan projek lanskap untuk orang awam.

Terlalu selalu kita biarkan kontraktor yang tentukan pokok apa, berapa banyak dan kat mana nak tanam, dan kita lupa bahawa lagi banyak pokok dia tanam lagi besar bil dia. Saya tengok banyak orang yang halaman rumahnya penuh dengan pokok yang dia tak terbela dan dia tak kenal nama pun. Akhirnya pokok-pokok terbiar.

Secara umumnya artikel ini di tujukan kepada orang awam yang tidak mempunyai latihan dan pengalaman merekabentuk lanskap. Ia banyak merujuk kepada ‘rumah’ tapi boleh digunapakai kepada ‘sekolah’, ‘pejabat’, ‘ kilang’ atau sebagainya. Bila saya sebut ‘keluarga’ boleh gantikan dengan ‘rakan sekerja’, ‘rakan sekolah’ atau sebagainya. Dan bila saya sebut ‘isteri’ maka boleh lah ganti dengan ‘bos besar’ (dengan tiada lain yang sebagainya…)

Kita mulakan: pertama sekali, pastikan semua ahli keluarga terlibat sama. Siapa tahu? Ada ahli keluarga kita yang mempunyai bakat artistic yang terpendam? Atau mereka lihat kawasan rumah orang lain yang menarik perhatian? Dalam perbincangan, letak kan beberapa kriteria yang di jadikan panduan perbincangan.

  • Jangan bergaduh atau tarik-tarik rambut
  • Ingat atau perhatikan saiz tanaman atau pokok itu bila ia matang nanti. Biasanya bila kita dah tinggal kat satu rumah kita akan duduk situ selama 10 atau 20 tahun akan datang, jadi bayangkan ketinggian atau saiz pokok itu 10-20 tahun lagi. Boleh tak bayangkan pokok pisang kipas di rumah 20×70 kaki? Atau pokok Araucaria setinggi 30 kaki di rumah teres setingkat?
  • Tahap penjagaan. Jika anda adalah keluarga yang sibuk dan umm… ‘kurang rajin’ maka janganlah cari pokok, rumput atau tumbuhan yang perlukan banyak penjagaan.
  • Beri perhatian kepada kawasan kejiranan juga. Adakah tema atau pokok lanskap itu akan kelihatan janggal dengan keadaan rumah-rumah jiran?
  • Untuk rumah yang mempunyai kawasan kecil, menanam dalam pasu yang boleh di susunatur atas pelantar bertingkat, atau di gantung boleh memberi lebih banyak tumbuhan dalam ruang yang lebih kecil. Atau boleh guna pergola yang mempunyai bumbung tumbuhan menjalar seperti bougainvilla.
  • Di belakang atau tepi rumah mempunyai tebing curam? Menanam dengan rumput bermakna akan susah memotong di masa akan datang. Mungkin boleh tereskan tebing (tapi jangan tanam kelapa sawit; itu dah luar topik) atau tanam dengan tanaman penutup bumi seperti Wedelia atau Arachis. Jika kawasan tersebut besar, boleh juga tanam dengan Weeping Lovegrass atau wild flower.
  • Apa personality keluarga anda? Formal atau informal? Terbuka atau lebih sukakan privasi? Padankan tema lanskap dengan keluarga anda.
  • Rumah anda mungkin mempunyai bentuk atau warna yang bertema, maka jangan lupa juga untuk padankan lanskap anda dengan tema rumah anda. Atau anda kena padankan rumah anda dengan tema lanskap anda. Terpulang.
  • Adakah ahli keluarga anda yang mempunyai keperluan istimewa? Laluan yang lebih lebar mungkin di perlukan untuk orang yang berkerusi roda. Atau tanaman tidak berduri untuk keluarga yang mempunyai kanak-kanak riang.
  • Bajet. Mungkin kriteria ni sepatutnya yang pertama tapi nanti perbincangan jadi tak seronoklah bila cerita pasal duit dulu.

Jika anda telah melalui langkah di atas tanpa drama, ini bermakna orang lain tak berminat atau anda telah menggunakan kuasa veto di setiap peringkat perbincangan.

Belanja minum?

Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!

5.00RM

Seterusnya ialah langkah-langkah perbincangan itu di adakan. Bagaimana cara untuk membuat rekaan lanskap secara mudah?

Langkah-langkah:

  1. Buat keputusan tentang keperluan dan kemahuan keluarga anda. Apakah kegunaan lanskap itu nanti? Jika anda mahu ia berfungsi sebagai tempat riadah atau bersenam atau bersantai, maka anda mungkin mahukan kawasan rumput yang lebih besar. Jika anda mahukan ia sebagai tempat anda menghabiskan masa lapang sebagai hobi, maka anda perlu utamakan pokok kegemaran anda ataupun pokok dalam pasu yang lebih mudah di tukar bila dah jemu. Beri perhatian juga kepada berapa banyak masa anda mampu luangkan untuk penjagaan lanskap anda.
  2. Kenali kawasan anda. Mungkin ada kawasan anda yang tak boleh atau tak mahu di ubah (contohnya jalan masuk atau pokok besar).
  3. Jika kawasan anda besar, anda mungkin perlu membuat penanaman secara berperingkat. Tapi rekaan mesti di buat secara keseluruhan.
  4. Cari atau buat suatu peta kawasan anda. Lukis ‘pandangan satelit’ dan pastikan ia bersekala (ukuran yang mengikut skala). Contohnya; apa-apa yang panjangnya 1 meter di atas mukabumi, lukiskan ia sebagai 1 sentimeter di atas kertas.
    Lukiskan juga: rumah atau bangunan lain dalam kawasan anda. Pagar atau sempadan (jangan terlanskap tanah orang!). Kawasan merbahaya seperti longkang terbuka, paip bawah tanah yang cetek, wayar letrik (sambungan ke eletric gate) dan sebagainya.
  5. Ambil sekeping kertas nipis (kertas surih atau tracing paper), lekapkan di atas peta tadi dan lukis idea anda. Anda boleh buat lebih dari satu idea dan labelkan setiap kertas nipis itu sebagai ‘Idea 1’, ‘idea2’ dan sebagainya.
    • Ingat, anda perlu mengikut skala peta.
    • ‘Idea1’ mungkin ada pelantar/gazebo. ‘Idea2A’ mungkin ada kolam ikan dan pokok shrub renek setinggi  dua kaki di kiri kanan jalan. ‘Idea2B’ mungkin ada kolam ikan tapi pokok palma di kiri kanan jalan. ‘Idea3’ mungkin ada banyak pokok besar dan sebagainya. Lekap kertas di atas peta dan bincang dengan “ahli jawatankuasa” anda.
    • Tak perlu letak nama pokok dahulu. Hanya letak lokasi dan saiz setiap tumbuhan dahulu. Pokok A di tengah-tengah halaman, batas B bunga warna kuning dekat tepi bilik Abang, kolam ikan sebelah tingkap Adik, Palma kecil setiap 2meter di kiri kanan jalan.
  6. Akhir sekali, rombak semula idea anda ke atas suatu ‘masterplan’ dan pastikan semua orang tandatangan. Tak pandai tandatangan suruh dia cap jari. Lepas ni jangan nak komplen.
  7. Satu lagi perkara tentang pemilihan tanaman. Saya pasti dari awal lagi anda dah tahu pokok apa nak tanam kat mana, tapi kadang-kadang bila dah lukis atas kertas baru kita nampak ‘kaitan’ pokok itu dengan tanaman, pagar, jalan ataupun rumah kita. Tapi kalau anda tak pasti pokok apa nak tanam (tapi tahu rupa, saiz dan warna) maka ada beberapa cara anda boleh pilih pokok:
    • Pergi ke nursery dan pilih.
    • Jika anda nampak pokok yang anda suka di taman bunga atau rumah Mak Limah hujung jalan, ambil gambar dan bawak ke nursery.
    • Bawak orang nursery ke taman bunga atau ke rumah Mak Limah.
  8. Lepas tu gantikan nama pokok itu ke atas ‘masterplan’ tadi. Contohnya: Allamanda kat Batas B, Green Palm kat tepi jalan, pokok Janda Merana kat tepi rumah, Ixora Sunkist tepi pagar dan sebagainya.
    Satu peringatan; pilih pokok yang sesuai dengan iklim rumah anda. Maksud saya, jangan pergi beli pokok kat Cameron Highland jika anda tinggal di Kuala Pilah.

Saya tahu, saya tahu, pada peringkat ini ada yang dah mengalirkan air mata kerana rasa susah sangat nak buat lanskap untuk tanah sebesar stem pos. Jangan stress. Yang tertulis di atas tu hanyalah panduan sahaja dan anda boleh langkah mana-mana bahagian atau buat bahagian baru seperti yang anda rasa patut. Itu rumah anda, peduli apa orang lain cakap. Tapi lanskap boleh menjadi suatu hobi dan memberi kepuasan kepada anda, jadi buat perlahan-lahan! Ikut kemampuan! Dan penting sekali; Have Fun!

Saya minta bantuan untuk ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana-mana iklan di sini. Ini semua akan membantu saya menambah pendapatan untuk terus berkongsi pengetahuan dengan pembaca. Atau anda boleh terus beri sumbangan di bawah:

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in Lanskap, Rumput halaman rumah, Taman | Tagged: , | 5 Comments »

 
%d bloggers like this: