Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Archive for the ‘landskap’ Category

Hias-atas

Posted by mynormas on January 28, 2019

Saya memperkenalkan suatu istilah baru dalam penyelenggaraan rumput di Malaysia. Istilah itu ialah ‘hias-atas’.

Apakah ‘hias-atas’? Ia adalah kerja meletak dan meratakan selapis media tanaman (selalunya tetapi tidak semestinya pasir) ke atas rumput yang telah ditanam.

Apakah tujuan ‘hias-atas’? Ini telah dibincangkan dalam posting terdahulu secara panjang lebar tetapi diantaranya ialah untuk meratakan permukaan dan memperbaiki struktur tanah.

Meratakan permukaan rumput dengan cara ‘menggelek’ (roll) adalah cara yang amat buruk, ini telah kita bincangkan sebelum ini. Gelek tanah SEBELUM tanam rumput bukan selepas.

manual topdress

Perkataan hias-atas saya ambil dari laman web PRPM milik DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka). Mungkin pada anda ia terasa pelik tetapi istilah ‘topdressing’ pun sebenarnya mempunyai maksud yang pelik (pakaian atas?) tapi elok pulak kita guna ya?

Tahukan anda asal-usul hias-atas? Lebih 100 tahun lalu orang yang pertama dikenali sebagai penjaga rumput padang golf bernama Old Tom Morris (anaknya ialah Young Tom Morris – betul saya tak tipu) mempunyai seorang pembantu bernama Encik Honeyman. Pada suatu hari En. Honeyman telah tertumpah pasir ke atas rumput, dia pun kutip sebanyak yang boleh dan apa yang tak dikutip disapu ke dalam rumput.

Old Tom Morris dapati kawasan itu mempunyai rumput yang lebih subur dan lebih rata dari yang lain maka diapun mulai mengamalkan topdressing (bukan mengamalkan tumpah pasir lah!) dan arahan yang selalu diberi kepada Honeyman ialah “More sand, Honeyman, more sand”.

Untuk lebih maklumat seperti ini, anda boleh dapati dari buku saya “Penyelenggaraan Rumput di Padang Golf” bernilai RM109 satu. Kos pos di seluruh Malaysia saya tetapkan sebagai RM10.

Artikel terdahulu tentang Hias Atas, Raja Gelek dan Ratu Gelek.

Belanja minum?

Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!

5.00RM

Posted in Golf Course, Greens, Landscape, landskap, Padang Bola, Padang Golf, stadium, Taman, Topdress | 2 Comments »

Potongan Menyakitkan

Posted by mynormas on December 11, 2018

Dimusim berkhatan anak-anak pada cuti sekolah bulan Disember ini, saya ingin bercerita tentang dua lagi potongan yang menyakitkan; pemotongan rumput menggunakan peralatan tumpul dan potongan terlalu rendah. Anda juga tidak mahu tok mudin atau doktor menggunakan pisau tumpul atau potong terlalu rendah juga kan? (Orang lelaki yang baca ayat itu dah kepit kaki secara tak sedar)

Ada banyak cara untuk memotong rumput. Dari menggunakan gunting, sabit hinggalah ke reel mower 15 bilah yang dikawal oleh komputer mini. Tetapi pada saya, menggunakan mesin brushcutter dengan tali nylon adalah cara paling memusnahkan untuk rumput. Dua sebab:

  1. Tali nyon tidak ‘tajam’ ia memotong menggunakan tenaga kinetik yang dihasilkan oleh pusingan laju.
  2. Ketinggian potongan tidak dapat dipastikan maka selalunya terlalu banyak daun rumput dipotong, malah kadang-kadang; dipotong hingga ke batang rumput.

Untuk mengetahui lebih banyak tentang pisau pemotong rumput; sila lihat artikel lama saya tentang pisau pemotongan.

Dan untuk mengetahui tentang isu pemotongan terlalu banyak, anda boleh rujuk kepada artikel tentang peraturan satu pertiga (Rule of One-third) dalam pemotongan rumput.

Di sini saya nak buat perbandingan tentang tiga potongan yang biasa digunakan di Malaysia iaitu:

  1. Reel
  2. Brushcutter dengan tali nylon dan
  3. Pemotongan dengan pisau rotary logam (besi).

Sebelum itu, saya ingin ingatkan bahawa jika pisau yang digunakan tumpul dan mencederakan rumput lebih dari memotongnya; ia akan membuka jalan masuk untuk patogen seperti bakteria, kulat dsb. Selain itu, daun juga adalah tempat membuat makanan untuk rumput melalui proses fotosintesis maka jika daun itu koyak, proses itu akan terganggu.
Pemotongan menggunakan Brushcutter tali nylon.

cut with nylon brushcutter

Ini sebenarnya potongan terbaik pekerja ini (sebab bos dia ada dengan saya) Kalau tak dia tenyeh sampai ke tanah. Bukan daun saja; batang sekali dipotong. Alasan; kalau potong rendah, tak payah selalu potong. Silap falsafah ni. Cara terbaik potong rumput ialah dengan potong pada ketinggian konsisten pada kekerapan yang konsisten. Contohnya potong pada ketinggian 25mm (1 inci) setiap tiga hari (atau tujuh hari).
Pemotongan menggunakan pisau rotary logam.

Ini ialah ibarat macam brushcutter tetapi menggunakan pisau logam. Kadang-kadang dipanggil sebagai ‘helikopter’.

cut with rotary

Oleh kerana pisau ini boleh di adjust ketinggiannya maka jumlah rumput yang dipotong adalah ‘berpatutan’ tetapi mesin ini sebenarnya kurang tajam dan perlu diasah lagi.
Pemotongan menggunakan pisau reel.

Pisau reel adalah pisau yang memotong ibarat gunting; terdapat dua bahagian, satu bahagian yang berpusing – dipanggil reel dan satu bahagian lagi yang ‘memegang’ rumput dipanggil bedknife. Ia adalah cara efektif memotong rumput tetapi jika ia tidak diasah – dan ia perlukan kemahiran serta peralatan khusus pula untuk mengasahnya – ia juga boleh merosakkan rumput. Tetapi sekurang-kurangnya ketinggian nya adalah confirm konsisten.

grass cut with reel

Baiklah, jika anda telah membaca artikel saya yang terdahulu tentang pemotongan (jangan malas, tambah ilmu! Ikut link di atas!) maka anda akan tertanya “Bagaimana dengan flail?” Flail sebenarnya adalah dalam kategori pisau silinder yang juga memotong menggunakan tenaga kinetik tetapi ia lebih mudah diasah dan lebih lasak kerana ia terdiri dari berpuloh hingga beratus anak pisau yang berpusing secara bebas (independent) jadi jika terkena batu atau akar pokok, tidak semuanya rosak.

Jika anda terlibat dalam pembuatan BQ dan ingin spesifikasi, jangan letak reel; letak “Mesin memotong menggunakan pisau silinder (contohnya reel) yang boleh memotong secara kemas, adalah tajam dan mudah diasah setiap minggu serta mempunyai ketinggian potongan sekurang-kurangnya diantara 20 – 45mm. ” Jika anda adalah padang bola atau taman yang jauh dari KL, menggunakan reel akan memeningkan penyelenggaraan mesin dan seterusnya padang bola.
Jika pisau anda tumpul.

Jika pisau anda tumpul, maka rumput akan cedera dan penyakit mudah masuk melalui kecederaan itu. Lihat contoh dibawah, beberapa rumput sudah mula melihatkan permulaan penyakit.

bad cut

Rumput ini telah dipotong dengan pisau tumpul dan penyakit telah mula menular.

Maka pelajaran dari sini ialah; jangan potong terlalu rendah, jangan guna pisau tumpul, jangan guna tali nylon dan potong dengan kekerapan yang konsisten iaitu seminggu sekali.

Beritahu tuan rumah bahawa sebaiknya ialah dia perlu sain kontrak untuk setahun anda akan datang 52 kali pada kadar RMx setiap kali dan anda akan beri dia diskaun 10%. Mulakan dengan 1 bulan deposit dan bulan ke 12 anda tidak akan ambil bayaran.

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Posted in Golf Course, landskap, Lanskap, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »

Penyediaan Tapak

Posted by mynormas on November 13, 2018

Saya jumpa ramai orang yang tanam rumput. Malangnya kebanyakan orang di luar industri golf masih lagi menggunakan cara lama untuk menanam rumput terutamanya sewaktu penyediaan tapak.

Salah satu isu utama ialah roll (gelek, kompak) untuk mendapatkan kerataan rumput. Paling selalu ialah orang akan roll rumput untuk dapatkan kerataan. Sebenarnya, kita sepatutnya roll tanah SEBELUM kita tanam rumput. Kalau tanah tu rata, confirm rumput tu rata kan?

Jadi masalah kalau kita tanam dengan cara sod dan sod yang kita beli ialah sod cangkul yang mempunyai tapak tak rata. Kalau kita beli sod yang mempunyai tapak rata, kita hanya perlu tanam kemudian tabur pasir supaya cover gap (celah) di antara sod kita.

Penyediaan tapak ini penting kerana banyak masalah rumpai (rumput liar) berasal kerana penyediaan tapak tidak dilakukan dengan betul. Rumpai yang sebenarnya ‘penduduk asal’ kawasan itu akan muncul semula selepas beberapa bulan kerana proses penyediaan tapak tidak dilakukan dengan betul.

Ada lapan langkah dalam penyediaan tapak sebelum rumput ditanam. Kalau anda kerja tanam rumput; cuba lihat, bahagian mana yang anda skip. Atau ada diantara langkah ini yang anda rasa boleh dibaiki.

Belanja minum?

Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!

5.00RM

 

Posted in landskap, Lanskap, Padang, Padang Bola, Padang Golf, Rumput, Rumput halaman rumah, Rumput secara am, stadium, Taman | Tagged: , , , , , , | Leave a Comment »