Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Air Banyak

Posted by mynormas on April 24, 2018


Ekoran dari apa yang berlaku di sebuah stadium terkenal yang menjadi lecak sewaktu permainan sedangkan ia dikatakan sebagai padang yang di jaga dengan cemerlang, saya telah menerima beberapa pertanyaan; bagaimana ini boleh berlaku kepada sebuah padang yang dibina tanpa topsoil, mempunyai sistem perparitan subtanah dan dijaga dengan baik?

Ada tiga kemungkinan:

  1. Kandungan thatch atau mat yang tinggi.
  2. Air dalam padang telah mencapai tahap tepu
  3. Air yang masuk lebih cepat dari air yang keluar

Thatch

Thatch adalah bahan organik yang belum reput diantara lapisan rumput dan tanah di bawah. Ia akan berfungsi sepert span (sponge) yang menyerap dan memegang air. Kandungan thatch yang tebal dan berlapis akan dipanggil sebagai mat (sebutan: ‘met’ bukan ‘mat’ seperti Mat Rempit)

thatch plus mat close-up

Bahan organik yang di sebelah atas boleh dipanggil sebagai thatch dan di sebelah bawah yang kelihatan lebih padu, ialah apa yang saya panggil sebagai ‘mat’. Air akan sukar tembus ke bawah melalui mat malah akan dipegang oleh thatch sepertiT span.

Thatch tidak boleh tiada langsung, ia diperlukan pada ketebalan lebihkurang 6 – 10mm untuk berfungsi sebagai sungkupan (menghalang kepanasan matahari mengenai terus kepada akar rumput) dan juga sebagai penyerap hentakan. Tanpa thatch langsung, padang akan menjadi terlalu keras dan sebaliknya, terlalu banyak thatch, akan menjadi terlalu lembut.

sod thatch padang

Lihat thatch yang kurang dan tiada ‘topsoil’ serta pasir di sebelah bawah. Padang ini akan lebih berjaya digunakan selepas hujan.

Kerja-kerja pengudaraan tanah, hias atas dan nyahthatch akan membantu mengawal kuantiti thatch. Jika anda rasa penjagaan padang hanyalah potong rumput dan buat line; sila fikir semula.

Bila perlawanan bermula pemain akan memijak thatch dan ini ibarat ‘memerah’ span itu dan mengeluarkan air.
Padang Tepu

Kadang-kadang padang sudah tepu dengan air dan mengambil masa untuk air bergerak dari dalam padang ke longkang subtanah. Ini biasanya kita lihat air bertakung di permukaan tanah.

Ini bermakna samada longkang subtanah berada pada jarak terlalu jauh ataupun tidak cukup besar untuk membawa air keluar dari dalam padang.

Atau… mungkin anda menggunakan ‘tanah atas’ (topsoil) yang memang lambat mengeluarkan air dari dalam padang. Atau sebarang jenis tanah lain contohnya tanah liat.

top soil tanah liat clay

Padang ini gunakan ‘top soil’ yang sebenarnya ialah tanah liat. Pasir dibawah kering sedangkan padang di atas adalah basah. Paip subtanah dibawah juga kering.

Air Masuk Terlalu Banyak

Kadang-kadang, realitinya ialah air yang masuk iaitu air hujan, lebih banyak atau lebih cepat dari air keluar. Kita boleh buat seberapa banyak longkang subtanah atau seberapa besar paip pun akan ada satu ketika yang air masuk lebih cepat dari air yang keluar. Kalau kita buat longkang subtanah terlalu efisien dan gunakan pasir kasar sebagai medium tanaman untuk mempercepatkan pengeluaran air; masalah yang akan timbul pula ialah sistem pengairan tidak akan dapat menampung air dimusim kemarau.

Jadi kesimpulannya, saya bersimpati dengan padang basah, terutamanya jika penjaga padang dah buat yang terbaik (pembuatan tanpa top soil, sistem saliran yang efektif dan melakukan kerja amalan kultura untuk mengurangkan thatch) dalam pengurusan padang. Kadang-kadang; ia berlaku.

Ingat, jika sistem saliran anda baik, sistem pengairan anda juga perlu baik.
AirSpike.

Di masa yang sama saya juga ingin bercerita tentang pengalaman saya menggunakan pancutan udara untuk memaksa air keluar dari padang. Ini kali pertama saya gunakan sistem ini. Sistem AirSpike menolak air yang tepu di dalam tanah dan dimasa yang sama membuat rekahan dan pecahan baru di dalam tanah.

Di sebuah padang yang saya bantu untuk inspection dan perlawanan; saya gunakan AirSpike di sebuah kawasan paling basah ditengah padang. Selepas satu pusingan rawatan, padang itu agak kering dari sebelumnya, walaupun tiada perubahan cuaca (hujan setiap petang).

Effect of Air Spike

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang AirSpike ini, baca di sini. Harganya tak sampai RM5,000 buat masa ini. Tapi ia akan naik.

Jika anda pemilik padang atau stadium dan perlukan kerja-kerja pemulihan atau pengudaraan tanah (hollow tine), sila hubungi kami di 03 5I3I OO66 atau mynormasATconsultant AT=@.

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Advertisement

4 Responses to “Air Banyak”

  1. Zolkaplie Mustafa said

    1.Tuan Ponding test Dah buat tak?
    2.Kenapa takdak plastic covering utk the whole Padang mcm Di UK n USA tk Padang? TQ Tuan.

    Like

    • mynormas said

      1. Bukan padang saya. Saya tak tahu diaorang buat atau tidak. Kalau diaorang buat pun mungkin masa mula siap construction dulu.
      2. Tak pernah tengok orang buat di Malaysia untuk padang bola; lawn tennis dan kriket wicket ada.

      Like

  2. nekajis1@yahoo.com said

    Asslm Tuan nak Tanya rumput yg tahan shade 50% sunlight Paspalum conjugatum ok? Nak Cari benih kat mana Tuan? Kat Sg.Buluh tak der Jual ni.Terima kasih Tuan.Sent from my Huawei Mobile

    Like

    • mynormas said

      Waalaikumsalam. 50%? Dari time? Atau dari kekuatan cahaya?
      The best yang tahan ialah Pearlgrass, tapi rumput manja.
      Cowgrass iaitu Axonopus compressus boleh survive 4-6 jam matahari. Paspalum conjugatum should be about the same.
      1. Orang tak jual benih rumput except maybe di Lazada.
      2. Most people tak kenal P conjugatum yang saya panggil sebagai Buffalo grass.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: