Cukupkah Dengan Urea?
Posted by mynormas on April 12, 2018
Satu cabaran yang saya hadapi ialah penggunaan urea sebagai baja rumput.
Di nursery memanglah urea menjadi makanan tunggal rumput kerana ia murah dan memberi kesan hijau serta merta, tetapi saya paling hairan bila saya nak beli baja lain di kedai baja pun mereka percaya bahawa urea saja baja untuk rumput walhal baja yang saya nak beli, lebih mahal dari urea.
Nota: Mohon maaf kepada pembaca dari Indonesia, ‘baja’ di sini ialah ‘pupuk’.
Caveat: jika anda seorang yang pandai mencampur baja, maka urea ialah satu bahagian dari campuran pelbagai baja tunggal, jadi terpulang pada anda untuk jimat harga baja tapi tambah kos buruh. Tapi apa yang saya ceritakan di sini ialah tentang kebanyakan orang yang menggunakan urea sebagai satu-satu nya baja untuk rumput mereka.
Ini tidak betul kerana urea mengandungi hanya satu nutrien, iaitu nitrogen.
Nitrogen hanya lah untuk pertumbuhan daun. Ia menghijaukan dan menjadikan daun lembut jika terlalu banyak.
Kini saya jumpa sebuah eksperimen tidak rasmi yang boleh membuktikan urea SAHAJA tidak bagus untuk rumput.
Saya jumpa Padang ini yang menggunakan urea untuk menghasilkan belang belang padang.
Selepas beberapa hari tak potong, kawasan yang dapat urea berlebihan menjadi panjang dan liar berbanding dengan rumput yang tidak dapat urea berlebihan.
Ia ibarat dua beradik dewasa. Yang seorang kemas dan rapi, yang seorang lagi rambut panjang, tak bersikat dan baju tak terurus.
Saya tak dapat tunjuk gambar jarak jauh kerana saya menghormati privasi padang itu.
Gambar dekat, boleh.
Baiklah, jika anda sedang runsing, tarik rambut dan ingin menjerit “Habis tu MACAM MANA?!!” Bertenang.
- Guna baja yang ada unsur NPK. Terdapat enam makro nutrien yang diperlukan rumput iaitu NPK dan C,H,O. Tiga dari baja itu boleh didapati dari udara secara semulajadi. Sekali sekali selang dengan baja yang ada mikro nutrien atau Trace Element.
- Kalau anda nak juga buat belang menggunakan baja. Atau anda inginkan perbezaan warna dari satu bahagian ke bahagian lain: Saya sendiri inginkan green saya mempunyai warna yang berbeza dari collar. Maka amalkan pembajaan tidak sama waktu. Contohnya, baja green, minggu ni, baja kolar minggu depan. Atau… baja belang ni minggu ni dan belang sebelahnya minggu depan.
Nampak tak? Saya tidak akan dapat pertumbuhan berbeza tapi mungkin dapat perwarnaan berbeza bila saya istiqomah dengan program ini.
Boleh juga untuk saya cari baja yang ada HANYA mikro nutrien untuk satu kawasan. Mikro nutrien akan memberi warna berbeza tanpa pertumbuhan lebih.
Selamat Mencuba!

Maintaining this Website. Sumbangan.
Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.
$10.00
Leave a Reply