Pengangkutan
Posted by mynormas on May 5, 2018
Salah satu keperluan penting dalam kerja penjagaan padang, tak kiralah padang bola atau padang golf atau padang di taman awam, ialah pengangkutan. Ini dah jadi kebiasaan pada padang golf 18-lubang yang boleh jadi sebesar 200 ekar tetapi padang bola yang hanya dua ekar, kebanyakannya hanya menggunakan satu atau dua kereta sorong untuk membawa peralatan dan bahan.
Pada saya, ini sangat tidak produktif. Pasal tu padang bola kebanyakannya akan mempunyai penjagaan yang tak sama rata. Tidak percaya? Silakan siasat.
Cuba anda berjalan di atas padang bola yang di selenggara oleh kontraktor yang umm… biasa (bukan yang high-end) dan anda tahu dia tiada transporter kecuali kereta sorong atau wheelbarrow. Anda akan dapati bahawa padang yang berhampiran dengan stor akan lebih terjaga dari kawasan padang yang jauh dari stor: lebih rata, lebih hijau dan kurang rumput liar.
Kenapa? Ini soalan dari orang yang sendiri tak pernah terpaksa pikul beg baja 50kg atau tolak kereta sorong untuk angkut 5 tan pasir dari sebelah sini padang ke sebelah sana atau mencabut rumpai bawah panas matahari. Macamana rajin atau dedikasi pun kakitangan, kebiasaannya, mereka akan mula kerja dari kawasan paling dekat dengan stor dan bergerak menjauh darinya. Makin jauh kerja mereka dan makin matahari tegak atas kepala, makin berat kaki dan tangan kakitangan anda.

Jika tanpa pengawasan, anda rasa berapa ‘load’ kereta sorong akan dibuat oleh pekerja-pekerja di gambar sebelah kiri sebelum mereka ‘surrender’? Untuk pengetahuan; pekerja di gambar sebelah kiri ialah pekerja asing dan pekerja di gambar sebelah kanan ialah pekerja tempatan.
Satu padang bola ialah 110m panjang x 70m lebar. Stor akan berada dalam lingkungan 10 meter dari tepi padang. Kalau pasir di pindahkan dengan kereta sorong, bayangkan berapa banyak kali pusingan yang nak dibuat untuk nak tabur pasir hias-atas (topdress) di depan gol hujung sana?
Apa? Anda nak guna motosikal roda tiga? Ini cadangan orang yang tidak turun padang; oleh kerana tayar motosikal nipis, ia akan meninggalkan kesan tayar atas padang; terutamanya bila padang lembap.
Saya ada cadangan: gunakan buggy transporter. Biasanya dipanggil ‘hauler’ dalam industri penyelenggaraan padang. Baru-baru ini saya diberitahu oleh kawan saya dia ‘terjumpa’ beberapa biji hauler ‘pre-owned’ dalam stor dia. Cermin depan masih dibalut plastik. Anda berminat?

Gambar sebelah kiri tu menampakkan plastik masih tutup cermin depan. Bekas air 4 liter di belakang hauler ni untuk perbandingan saiz.
Anda seorang kontraktor? Biarlah nampak seperti profesional. Gunakan pengangkutan yang nampak kemas dan moden. Hubungi saya jika anda mahukan Jacobsen Hauler ‘pre-owned’ seperti gambar di atas saya akan bantu untuk menghubungkan anda kepada penjual nya.
Padang golf pun kadang-kadang sama; jika mereka tidak kalibrasi atau tentu-ukur mesin mereka, lubang 1 hingga 3 dan 10 hingga 12 akan dapat pasir atau baja lebih dari lubang 7 hingga 9 dan 16 hingga 18.
Jika anda berminat untuk kelihatan lebih profesional dan memiliki transporter hauler ini ataupun peralatan lain; samada baru ataupun terpakai, hubungi saya di mynormasATconsultant.com AT=@ ataupun talipon 03-5131 OO66 ataupun anda lebih suka anda dihubungi, sila isi borang di bawah (anda akan dihubungi oleh wakil penjual; bukan saya).

Maintaining this Website. Sumbangan.
Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.
$10.00
Leave a Reply