Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Pulihkan Tanah

Posted by mynormas on May 6, 2018


Pulihkan tanah dibulan puasa.

Dibulan lain, kita tindas padang kita; kita potong rumput seminggu dua kali, kita roll seminggu sekali, kita guna untuk perlawanan sebulan sekali tapi kita guna untuk latihan tiap-tiap hari.

Tiap-tiap kali kita potong, kita akan biarkan sebahagian atau kesemua daun rumput yang dipotong jatuh balik ke celah-celah rumput. Kalau kita potong lepas baja, kuantiti daun yang jatuh tak terkira banyaknya. Apa yang jadi pada sampah daun ini?

Ia akan jadi sebahagian dari tanah dan akan mula mereput. Untuk mereput, ia perlukan bakteria, kulat dan beberapa makhluk halus (umm… maksud saya mikrofauna dan mikroflora) yang akan ‘makan’ sampah daun itu. Malangnya, belum pun habis mereka makan sampah hari Selasa, hari Jumaat kita dah potong lagi.

Kita mungkin sangka mereka ‘makan besar’ tapi kemudian kita aniaya mereka. Kita roll (gelek) padang. Mereka tak mati akibat gelekkan tetapi mereka tak boleh bernafas kerana penggelekkan yang keterlaluan (boleh klik link tapi silalah baca artikel ini sampai habis dulu) kekerapan atau keberatan akan menyebabkan oksigen dalam rongga tanah terkeluar dan ruang rongga sempit atau tiada lagi. Oleh kerana tiada oksigen, kawan-kawan kita akan bertukar menjadi musuh. Kalau sebelum ini mereka bersifat aerobik iaitu menghisap oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida; kini mereka bersifat anaerobik iaitu menghasilkan hidrogen sulfida; sejenis gas beracun.

thatch plus mat close-up

Ini lah ‘tahi’ di bawah rumput yang menghalang air dan baja dari turun. Bila kita roll, ia akan jadi padat.

Maka kini sampah dalam tanah bertambah-tambah. Mikroflora dan fauna yang seharusnya membantu kita tidak lagi berdaya berbuat apa-apa kerana tiada oksigen untuk mereka bernafas.

Rumput mula menguning. Apa tindakan refleks kita? Kita baja dan/atau kita siram.
Kita salahkan pekerja.
Kita salahkan cuaca.
Kita salahkan jadual perlawanan.
Kita salahkan jurulatih.
Kita salahkan pemain.
Kita salahkan bajet.
Semua orang salah. Kita yang tak salah.

Siraman dan bajaan kita sebenarnya tak sampaipun ke destinasi. Baja diserap oleh gumpalan rumput mati yang tidak boleh reput. Air tidak tembus ke bawah kerana tanah sudah padat selepas digelek hingga penyet.

Apa kah tiada penyelesaian?

Tentu ada. Tapi mahukah kita selesaikan? Atau lebih puas kita salahkan orang lain?

Kalau rumput mati itu masalahnya maka kita kurangkan penambahannya. Bagaimana?

  1. Dengan mengurangkan pembajaan yang panjangkan daun (UREA!!!)
  2. Kita potong lebih kerap; lebih selalu kita potong, makin sikit daun yang jatuh ke bawah dan sempat diuraikan oleh kawan-kawan dibawah.
  3. Kita gunakan tong sewaktu memotong. Tong yang ‘menangkap’ daun yang dah dipotong.

Bagaimana kalau kita sudah terlanjur dan memang sudah banyak ‘tahi’ di bawah rumput?

Kalau tahi itu masalahnya, maka pembuangan secara fizikal adalah caranya. Bagaimana?

  1. Kita lakukan nyah-thatch (dethatch).
  2. Kita masukkan udara mengandungi oksigen ke dalam tanah supaya kawan-kawan kita dapat bernafas kembali.

Kemudian?

  1. Kita kurangkan roll.
  2. Kita kerapkan pemotongan rumput
  3. Kita lakukan pengudaraan tanah secara berkala, bukan tunggu bermasalah.
  4. Kita kurangkan siraman, bila air masuk ke dalam rongga tanah; udara akan mengalah dan keluar.
Hollow tine gambar

Kesan hollow tine ke atas tanah.

Ok. Cukup dengan drama. Bulan puasa yang mendatang pada 17 Mei hingga 15 Jun ini saya dan kawan-kawan saya akan mula sibuk melakukan kerja-kerja pengudaraan tanah.

Hollow tine.

Hollow-tine. Mesin yang digunakan mungkin berbeza.

Saya masih ada ruang untuk dua padang lagi. Siapa cepat dia dapat. Kecuali padang dekat Hospital Kuala Lumpur tu sebab hutang lama masih belum bayar. Begitu juga padang Majlis Daerah Lenggong di Perak. Bayar hutang lama baru cerita. Pada kawan-kawan kontraktor pengudaraan lain; mintak duit bayaran dulu baru buat dengan mereka ini.

Jika anda mahu khidmat ini, saya menawarkannya. Jika saya tak sempat, saya akan hubungkan anda dengan kawan-kawan saya.

Awas. Akibat dari pengalaman saya dengan padang di Hospital Kuala Lumpur tu dan di Lenggong, kami kini mahukan 50% deposit sebelum mula. FYI, kerja hollow-tine bermula dari RM4,000 sahaja. Oh… transport kos RM500. Hubungi saya di mynormasATconsultant.com AT=@ atau 03-5131 OO66.

Semua invoice akan dibuat bawah dari RM5,000.00 jadi satu kerja mungkin ada dua atau tiga invoice. Ini supaya boleh pergi ke Small Claims Court kalau tak bayar. Maaf lah terpaksa cerita pasal ini di sini tapi kadang kadang tak puas hati juga. Sangat sedikit pelanggan yang tak bayar tapi kerana yang sedikit ini lah yang merosakkan untuk yang lain.

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Advertisement

2 Responses to “Pulihkan Tanah”

  1. Hasmadi said

    bagus maklumat ni…
    saya masih kumpul maklumat tentang pembelaan rumput halaman

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: