Air Keluar; sumbat
Posted by mynormas on February 5, 2018
Kadang-kadang kita rasa kita pasang longkang subtanah dalam keadaan hampir sempurna tapi air tak keluar; kenapa? Kerana walaupun longkang subtanah tu boleh dikatakan ‘perfect’ tetapi air tidak sampai kepada/ke dalamnya.
Ramai orang lupa bahawa ada dua jenis saliran; satu ialah sistem saliran dalam bentuk longkang terbuka atau longkang subtanah ataupun aliran permukaan; kedua ialah saliran pada tanah itu sendiri yang akan menentukan samada air turun ke longkang subtanah atau mengalir ke luar (untuk aliran permukaan) atau mengalir ke longkang terbuka.
Ada dua cara air akan masuk ke longkang subtanah; pertama ialah dengan aliran tembus tanah dan kedua ialah melalui lubang terbuka yang dipanggil ‘sump’.
Ada empat masalah yang selalu saya jumpa yang menghalang air dari masuk ke longkang subtanah dalam konteks ini:
- Sump yang tidak dibela atau – percaya atau tidak – terlalu ‘dibela’. Maksud saya ialah sump yang dibiar rumput tumbuh sampai menutup sump atau sump yang diracun keliling nya selalu hinggakan tiada lagi akar memegang tanah dan akhirnya ia runtuh ke dalam sump.
Ini contoh yang tidak teruk. Yang lebih teruk pun ada.
- Penggunaan tanah ‘topsoil’ yang sebenarnya ialah tanah liat atau jenis pasir halus yang akan berhijrah ke dalam batu kerikil subsoil ATAU menyumbat kain geotextile (jika ada). Kita pernah bincang tentang ini dulu.
Selapis ‘topsoil’ yg mempunyai saiz partikel yg halus, di letak atas pasir. Tak lama, partikel halus akan ‘migrate’ ke bawah dan sumbat aliran air. Dalam ‘topsoil’ itu juga mempunyai benih rumpai.
- Perbuatan menggelek yang keterlaluan yang menyimen tanah di permukaan atas padang dan menghalang air turun ke bawah.
Ini belum cerita padang yang di roll tiap tiap hari/minggu.
Untuk pengetahuan pembaca, sewaktu pembinaan green di padang golf, selepas kami letak lapisan batu kerikil dan pasir (kami tak guna topsoil) mesin besar tidak lagi dibenarkan masuk. Paling tidak pun hanya SkidSteer kecil (seperti Bobcat) saja yang dibenarkan naik. Saya pernah nampak sebuah backhoe loader naik atas green sewaktu pembinaan; keesokkannya, green itu kami bongkar semula. Jangan jadi Ratu Gelek. Ada orang yang ketagih gelek padang, macam nak jadi Raja Gelek.
4. Tidak melakukan pengudaraan tanah. Padang lama juga akan mengalami masalah dimana bahan organik yang terdiri dari rumput yang dipotong atau rumput yang mati (secara semulajadi) akan menjadi lapisan atas tanah. Pembajaan menggunakan baja tinggi nitrogen (contohnya urea) akan memburukkan lagi keadaan ini. Sekali sekala – setahun sekali ataupun sebulan sekali – kita perlu melakukan kerja kerja pengudaraan yang akan membawa udara masuk untuk bakteria/kulat/dll untuk menguraikan bahan organik ini selain dari membantu air masuk ke bawah dan pada waktu panas; untuk air evaporate (melowap?) ke udara.

Ini thatch di sebuah padang yang dibina atas pasir; pasir tidak dapat berfungsi untuk membawa turun air kerana kebanyakan air berada di dalam lapisan thatch.

Hubungi saya jika anda perlukan padang anda dilakukan pengudaraan tanah. Call O3-5I3I OO66 atau email ke mynormasATconsultant.com AT=@
Pada artikel yang lepas, kita telah membincangkan tentang bagaimana penyalahgunaan Geotextile ialah salah satu sebab paip subtanah kurang efektif dalam ‘Air Keluar Sikit‘ dan juga cadangan untuk memasang longkang subtanah yang baik dalam ‘Air Keluar Cepat‘.
Kesimpulan: buat lah longkang subtanah tapi berilah peluang untuk air masuk ke dalamnya.

Maintaining this Website. Sumbangan.
Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.
$10.00
Air Keluar Cepat « Pakar Rumput said
[…] Air Keluar; sumbat […]
LikeLike
Batas Sayur? « Pakar Rumput said
[…] dah cerita tentang kesilapan biasa dalam pembinaan longkang subtanah sebelum ini dan tentang cara terbaik (jangan.kata saya hanya kritik tanpa membantu) tetapi ada satu lagi yang […]
LikeLike