Pakar Rumput

Laman Web Rujukan Rumput Tempatan. Local Turf Reference Website

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Puteri Malu

Posted by mynormas on February 12, 2016


Semalu di bahagian depan lalang.

Semalu di bahagian depan lalang. Tinggi pinggang!

Saya telah di minta untuk mengrehabilitasi sebuah padang bola yang terbiar dan kini di penuhi dengan lalang (Imperata cylindrica) dan semailu atau puteri malu (Mimosa pudica). Saya tahu cara untuk membunuh lalang tetapi saya belum pernah mengahadapi sebegitu banyak semalu. Saya menalipon seorang kawan yang berkata akan menghubungi saya balik selepas mesyuarat, malangnya tiada berita darinya selepas itu. Seorang lagi rakan sekerja yang saya hantar mesej membalas dengan “Hubungi Cheng di nombor…” Siapa Cheng? Seorang penjual racun di Ipoh. Akhirnya saya membuat keputusan mencari jawapan sendiri.

Saya tahu ia adalah rumpai berdaun lebar (broadleaf weeds) maka saya tahu jawapannya adalah racun selektif yang akan membunuh nya. Racun rumpai berdaun lebar yang selalu saya guna ialah Ally (bahan aktif metsulfuron methyl) yang kini di kenali dengan nama lain. Saya pun pergi ke kedai racun. Penjual di kedai itu tak kenal bahan aktif tapi pernah guna Ally, dia pegang satu botol racun yang tak di kenali, lepas tu dia letak balik. Saya mintak dia beri kepada saya botol tu dan saya dapati bahan aktif nya ialah metsulfuron methyl! “Ini lah Ally!” saya berkata kepadanya. Tiada reaksi di mukanya. Okay… Mungkin kedai ini bukan tempat perbincangan tentang racun. Melangkah masuk seorang wanita ke dalam kedai tersebut “Cari apa?” tanya nya. “Saya mau cari racun kasi mati rumput duri, semalu” jawab saya. “Ini lah? katanya “Tapi mesti campur ini barang” katanya sambil menunjukkan suatu bahan di dalam botol seperti sabun cuci tangan. Saya lihat labelnya dan dapati ia adalah agen pembasah (Wetting agent). Ok, itu saya boleh guna.

Saya balik dan sembur racun pada pokok semalu gergasi yang ada di padang itu. Saya tunggu sehari, dua tetapi tiada kesan yang saya lihat. Saya terpaksa memotong padang tersebut sekarang – niat asal saya ialah memotong selepas rumpai lalang dan semalu dah mula mati – tetapi saya tidak dapat tunggu lagi. Akhirnya saya upah beberapa orang kampung untuk datang merumpai HANYA pohon semalu. Berguni-guni semalu mereka bawak keluar.

Kemudian saya teringat kepad Professor Google. Dan jawapan yang keluar ialah “triclopyr”

Ini adalah racun yang saya guna; ini bukan iklan ataupun endorsement. Guna atas risiko sendiri

Ini adalah racun yang saya guna; ini bukan iklan ataupun endorsement. Guna atas risiko sendiri

Saya sudah ada racun dengan bahan aktif triclopyr yang saya gunakan untuk membersihkan pokok petai belalang (Albizzia falcata?) tetapi saya tidak sangka ia adalah jawapan nya.  Saya masuk ke dalam stor, ambil racun dan agen pembasah tadi dan bancuh ke dalam tong penyembur. Saya sembur kepada apa apa saja tunas baru semalu yang saya nampak yang tumbuh kembali selepas potong dan selepas saya hantar orang weeding. Mereka tidak cabut sampai ke akar jadi ia tumbuh baru.

Keesokkannya saya dapati semalu tersebut telah bertukar warna kepada kekuningan. Ada yang kelihatan dah mati. Syoknya. Saya sendiri telah mula melakukan kerja merumpai semalu yang mati itu dan dapat hampir empat baldi penuh dengan akar rumpai.

Jadi, jika anda ada masalah semalu: gunakan triclopyr dan agen pembasah. Sembur racun, biarkan racun bertindak hingga ke akar sekurang-kurangnya empat jam; kemudian baru anda cabut. Anda tidak boleh tak cabut kerana batang berduri masih ada. Anda boleh jika tidak meracun tetapi ada kemungkinan ketika cabut sahaja, tertinggal batang atau benih untuk tumbuh baru.

Sila ambil isi rencana in sebagai panduan dan untuk perbincangan. Setiap padang, penyembur, kandungan peratus bahan aktif (samada ia original atau palsu), dan cara menyembur akan memberi kesan ke atas hasil. Sila guna dengan risiko sendiri.

Semalu terkena racun. Ini bukan iklan atau endorsement. Guna atas risiko sendiri.

Semalu terkena racun. Ini bukan iklan atau endorsement. Guna atas risiko sendiri.

Copyright and please click

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: