Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Si Penjaga Padang

Posted by mynormas on January 19, 2015


I saw this video shared on a Sports Turf Manager LinkedIn group. It was a pretty good video & I thought of how some Malaysians view grass maintenance; its boring and eh.. easy. So easy that we pour in millions to plant; spend hundreds of thousands annually to maintain & yet pay little attention (and salary) to the people who manage it.

Saya terjumpa suatu video di dalam group Sports Turf Manager di laman sosial LinkedIn dan saya teringat tentang penjagaan padang (bola, golf ataupun permainan) di Malaysia. Siapakah orang yang menjadi “Sports Turf Manager” di Malaysia? Saya tidak berniat nak mempertikai kelulusan ataupun pengalaman penjaga padang sekarang; tetapi saya ingin mempersoal sikap dan komitmen tuanpunya padang samada Persatuan Bolasepak, Kementerian, Majlis Sukan, kerajaan tempatan ataupun pihak swasta dan saya ingin mengungkit tentang siapa orang yang menjaga padang di Malaysia.

Terlalu selalu, yang saya lihat, ialah orang di atas seolah-olah pentingkan dan risaukan padang, tetapi di bawah, bila saya turun ke padang (literally and figuratively) yang bertanggungjawab jaga padang adalah beberapa orang pekerja asing yang sedang cuba nak baiki mesin usang untuk potong rumput (bukan sedang potong rumput). Lepas tu kita hairan kenapa padang kita tidak secantik padang di luar negara.

Saya tidak memperkecilkan pekerja asing; saya sering jumpa pekerja asing yang tangan kirinya mempunyai attitude kerja yang lebih baik dari dua orang pekerja tempatan (bukan awak, orang lain; tapi kalau terasa; siapa yang makan cili…).

Berapa buah stadium kita yang ada ‘Sports Turf Manager’? Berapa banyak padang kita yang di jaga dengan baik? Saya tahu, jawapan yang akan di beri ialah budget yang kecil. Saya mencadangkan supaya budget beberapa padang berdekatan di gabungkan dan di beri kepada satu kontraktor sahaja, supaya dia mempunyai purchasing dan hiring power yang lebih besar. Setiap Persatuan Bolasepak Negeri seharusnya mempunyai seorang Sports Turf Manager yang menjaga stadium dan juga padang latihan yang sepatutnya mempunyai rumput dan taraf penjagaan yang sama dengan dalam stadium (jadi tak perlulah berkeras latihan mesti dibuat di dalam stadium).

Untuk Majlis Daerah dan kerajaan tempatan pulak, banyak di antara mereka yang mempunyai padang golf sendiri. Seharusnya mereka menggunakan kepakaran dan peralatan padang golf di padang bola mereka. Menggunakan baja padang sama dengan baja fairway adalah keputusan bijak dan menguntungkan pembeli dan penjual (Kan purchasing power lebih besar? Negotiate lah. Not to mention peralatan untuk menabur baja boleh pinjam dari padang golf)

Beberapa IPT tempatan juga ada mengeluarkan graduan yg seharusnya tahu tentang penjagaan rumput kalau bukan penjagaan padang. Universiti Putra Malaysia dengan graduan Diploma atau Ijazah Pertanian atau Horticulture dan juga, yg menarik,  saya pernah jumpa pelajar dan pengajar dari Kolej Risda dari Melaka yg nampaknya menitikberatkan pendidikan tentang rumput. UiTM di laporkan ada ijazah Park and Amenities tapi saya dengar cuma ada satu kelas tentang rumput dan saya tak pernah jumpa pensyarah mereka di seminar tempatan jadi mungkin rumput bukan tumpuan mereka. Kita ada orang yg berpotensi, terpulang pada kita utk menggunakan nya atau tidak. 

Akhir sekali, Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelajaran sedang mengwujudkan beberapa siri pendidikan di tahap sijil dan diploma dalam pengurusan rumput. Walaupun di tajuk sijil/diploma itu ada sebut ‘golf’ yang bertentangan dengan cadangan saya untuk tidak guna perkataan ‘golf’ (siapalah saya orang nak dengar…), sebenarnya mereka berkelayakkan menjaga rumput di sebarang jenis padang. Mereka akan keluar/graduasi dalam mungkin setahun dua lagi. Sementara itu, saya mencadangkan tuan-tuan mula membiasakan diri dengan pekerja tempatan. Suka atau tidak, akan tiba masa kita tidak akan dapat lagi mengambil pekerja asing untuk potong rumput.

Oleh itu (ya lah, in perenggan akhir), saya cadangkan tuan-tuan mula memikirkan renovasi atau pembaikan padang yang akan menggunakan kurang tenaga kerja dan lebih mekanisasi. Kurangkan penggunaan mesin galas belakang. Kurangkan pokok hiasan yang di tanam rapat-rapat supaya mesin boleh potong di antara pokok dan matahari cukup untuk rumput di bawah pokok; lakukan penakaian menggunakan chainsaw atau racun. Jika baru nak mula untuk tanam pokok hiasan; ingat canopy pokok bertemu canopy pokok SEWAKTU IA DEWASA lima tahun nanti, bukan sewaktu mula tanam. Median atau divider pembahagi jalan atau kerb tepi jalan tu perlu di potong dengan brush-cutter? Tidak ada undang undang yang kata pokok mesti di tanam di tengah-tengah divider atau kerb. Tanam lah ia off-center agar mesin boleh potong rumput di sebelah pokok. Cari mesin ride-on (boleh-pandu) yang kecil dan mudah di bawa or even better; use a mini tractor with mid-mounted mower. Elakkan kawasan rumput yang kecil yang perlu dipotong dengan tangan dan sebagainya…

Lakukan sesi latihan/seminar utk pekerja padang selalu supaya kesilapan di kenali,  tidak di lakukan atau di ulang, dan penting sekali, kakitangan rasa di hargai. Menjaga rumput dan padang bukan semudah yang anda sangka.

Bila pemain-pemain bola bergantung kepada si penjaga rumput untuk mempastikan struktur tanah yang padat supaya mereka tidak mengalami kecederaan; bila penyokong-penyokong pasukan datang berbondong-berbondong untuk memberi sokongan; bila pemimpin atau ketua mengeluarkan kenyataan harapan kemenangan; siapakah yang kita harapkan untuk mempastikan pentas pertandingan dalam keadaan terbaik? Siapakah yang kita percayakan untuk memandu mesin potong rumput yang bernilai di antara RM60,000 hingga RM180,000? Pekerja dari negara jiran yang selepas beberapa tahun akan membawa balik kepakaran serta pengalaman mereka dan kita akan bermula semula dari sifar?

Tuan-tuan dan puan-puan, mungkin sudah tiba masanya kita ada ‘Sports Turf Managers’ dan Groundsman atau Greenkeepers kita sendiri. Ia bermula dari kita; kita mesti meminta dan mendapat padang yang lebih baik dari yang kita ada sekarang. Itu mesti kita jadikan hak kita dan kita boleh mulakan dengan bertanya; “Siapa penjaga padang ini?”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: