Tanam Semula
Posted by mynormas on March 9, 2018
Pada Selasa 27 Februari 2018, Persatuan Superintenden Padang Golf Malaysia atau GCSAM telah mengadakan lawatan ke padang golf TPC KL yang sedang melakukan penambahbaikan dan penggantian rumput di salah satu 18-lubang mereka. Briefing telah dilakukan oleh En. Mohd Nizam Othman CGCS (Certified Golf Course Superintendent). Acara itu dihadir hampir 45 orang ahli persatuan.
En. Nizam telah menerangkan proses pemilihan pasir yang sesuai mengikut piawaian USGA untuk pembinaan sebuah green. Ia adalah proses yang sukar, bukan sahaja kerana USGA membuat piawaian yang ketat, tetapi kerana kebanyakan pembekal pasir di Malaysia kurang biasa dengan piawaian tersebut. Maka mencari sumber pasir yang menepati nya adalah susah.

En. Nizam Othman CGCS sedang menerangkan proses penanaman green.
En. Nizam bernasib baik kerana pasir dari green lama beliau menepati piawaian USGA itu maka beliau boleh menggunakan semula pasir itu.
Manakala untuk beberapa green yang ditambah besarkan saiznya, beliau akan menggunakan pasir dari dua green latihan (practice green) dan pasir untuk green latihan beliau akan beli baru.
Setelah diuji di makmal di New York, Amerika Syarikat, pasir yang digunakan tidak memerlukan apa apa lagi penambahan kepada zon akar (root zone).
Rumput beliau adalah dari spesis Bermuda (Cynodon dactylon) var Tifeagle yang diimport dari Tifton, sebuah daerah (county) di negeri Georgia, Amerika Syarikat. Untuk pengetahuan, semua rumput yang berasal dari daerah itu akan bermula dengan ‘Tif’ seperti Tiffine, Tiflawn, Tifgreen, Tifway, Tifdwarf, Tifeagle dan sebagainya.
Rumput akan diimport menggunakan kontena yang disejukkan hingga rumput di bawa masuk. Rumput diimport masuk tanpa tanah kerana pengimportan tanah melintas sempadan negara adalah isu besar. Malah membawa masuk rumput juga memerlukan banyak kerenah birokrasi untuk mempastikan segala tumbuhan yang dibawa masuk ke negara ini tidak membawa masuk masalah baru.
Sebelum menanam (sebenarnya, sebelum rumput sampai pun) rumput lama di atas gree diracun tiga kali sebelum ia dikorek keluar dari green lama dan dibuang sekali dengan thatch diatas pasir. Setelah pasir di atas green dibajak untuk melonggarkannya, baja permulaan akan ditabur ke atasnya.
Rumput baru akan ditabur kemudian ditekan masuk ke dalam pasir. Ini kemudian ditutup dengan plastik teduhan dan disiram setiap 30 minit supaya stolon kekal basah. Waktu penyiraman akan ditentukan oleh cuaca dan keadaan akar pada stolon dan beberapa faktor lain.

Green yang baru di tanam dengan stolon.
Hanya setakat itu keadaan di green setakat ini. Kita tunggu perkembangan selanjutnya.
Leave a Reply