Penjagaan padang di musim hujan.
Posted by mynormas on November 1, 2016
Kita akan melalui musim hujan ataupun kita boleh kata, musim hujan sudah pun bermula. Pada masa ini kebanyakkan penjaga padang kalau boleh mahu padang kurang di gunakan, tetapi walau macamanapun, padang akan digunakan juga. Apakah langkah penjagaan rumput yang perlu diambil di waktu musim hujan? Mari kita berkongsi.
1. Pembajaan. Penggunaan baja di musim hujan akan menyebabkan baja larut dan lesap ke dalam sistem saliran yg menyebabkan pembaziran dan pencemaran air. Elakkan menggunakan baja kimia biasa ketika dah tahu hujan lebat setap hari. Amalkan pembajaan ‘sikit tapi selalu’ contohnya baja yang kita bajet untuk sebulan, kita bahagi kepada empat bahagian dan baja seminggu sekali. Ataupun jika hujan terlalu selalu, kita baja dengan baja foliar selang beberapa hari.
2. Menggunakan racun makhluk perosak juga boleh menyebabkan pencemaran di tambah pula air dalam tanah atau air hujan boleh mencairkan racun dan menyebabkan kelalian pest kepada racun. Jika anda ada masalah penyakit atau anda ada sejarah penyakit merebak di waktu musim hujan, cuba gunakan racun jenis serap atau sistemik yang akan masuk ke dalam rumput dan menjadikan rumput itu racun kepada kulat. Begitu juga serangga tetapi elakkan menggnakan racun granul sistemik seperti Carbofuran. Saya pernah guna Carbofuran di musim hujan dan akibatnya ikan mati dengan banyak di kolam.
3. Wetting agent. Memang di luar dugaan dan counter intuitive “Kenapa nak guna wetting agent waktu dah basah giler?” Kebanyakkan wetting agent, terutamanya wetting agent generasi kedua (tanya supplier, klau dia tak tau, tanya supplier lain) akan menjadikan tanah lebih ‘mesra-air’ dan memudahkan ia masuk ke dalam tanah. Gunakan ia secara berterusan dari musim kering hinggalah ke musim hujan.
4. Pengudaraan. Kerja hollow-tine tu bagus tetapi untuk membuatnya di musim hujan adalah kerja yang ‘kurang pandai’ kerana nak mengutip sisa hollow-tine yang basah dan menabur pasir topdressing adalah amat amat susah. Cuba spiking or slicing. Buat selalu. Malah sepatutnya anda dah mula beberapa bulan sebelum bermulanya musim hujan. Ia akan membantu memecahkan algae dan/atau permukaan keras supaya air masuk ke bawah.

Pengudaraan tanah.
5. Vertical-cutting. Tidak bijak untuk buat kerja dethatch yang terlalu dalam kerana kerja mengutip sisa adalah susah. Saya pernah dethatch dua jam sebelum hujan lebat, nak kutip sisa ambil masa hingga seminggu. But grooming or light dethatching: amat baik kerana ia menipiskan rumput utk mudah udara keringkan rumput.
6. Potong kenalah potong rumput. Jangan biarkan rumput terlalu panjang kerana alasan tak boleh masuk mesin; gunakan manpower dengan brush-cutters or push mowers. Jika terlalu lama tidak di potong, ia akan menggalakkan rumput liar membiak dan juga menyebabkan kita memotong terlalu banyak daun bila kita dah boleh masuk mesin nanti. Lepas potong, jangan biar sampah rumput bertaburan untuk di larikan oleh air hujan! Ia akan menjadikan tanah tidak rata dan menjadi masalah di masa akan datang.
7. Growth regulator: Ia sangat membantu di waktu ini kerana ia melambatkan rumput tumbuh jadi jika kita ada masalah padang atau fairway yang terlalu lecak dan tak boleh potong, sembur dengan Primo (takde jenama lain di Malaysia) supaya kita tidak ada tekanan memotong sewaktu hujan tengah lebat.
8. Tree pruning: Kurangkan dahan pokok yang ada risiko untuk patah dan sekaligus akan mengurangkan daun yang gugur dan terpaksa di kutip.
9. Rubbish and leave collection. Kutip sampah, daun atau clipping yang akan menyumbat longkang dan menjadi masalah di masa akan datang.
10. Cuba pastikan air tidak bertakung terlalu lama. Buat longkang sementara atau tebuk tanah supaya air mengalir.
11. Jika kawasan anda mempunyai selut, buang lapisan selut itu supaya ia tidak menutup permukaan tanah dan air tidak mengalir.
Jika anda mendapati ada tempat yang mempunyai masalah air tidak mengalir atau lecak; tandakan tempat itu di atas peta dan buat rancangan untuk membuat longkang bawah tanah, atau apa cara pun supaya masalah yang sama tidak berulang. Saya dapati, pembetulan dan tindakan jangka masa panjang adalah lebih berkesan dari kerja sementara yang di buat berulang kali.
Selamat mencuba!
awangalifah said
Longkang bawah tanah. Mcm mn tu tuan. Sy ada area yg asyik becak Klu hujan. Sedangkan sy dah buat parti tak jauh dari area tu.
LikeLike
mynormas said
Bukan sahaja tentang subsoil drain tuan, also about how water nak reach the subsoil drain tu. Kalau tanah padat, air tidak boleh turun. Cuba buat pengudaraan tanah.
LikeLike
mynormas said
Cuba lihat slaid bermula dari slaid 19, presentation tentang drainage ini.
LikeLike