Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Rumput Plastik

Posted by mynormas on June 19, 2015


Kebanyakan padang di Malaysia sekarang menggunakan rumput betul dan di bina dengan kos yang tinggi tetapi selepas beberapa bulan, ia tidak kelihatan seperti padang lagi kerana faktor cuaca, penggunaan, kesilapan pembinaan, rumput yang tidak sesuai ataupun faktor penyelenggaraan. Oleh itu ada yang telah menggunakan rumput tiruan – setakat ini, Malaysia belum lagi ada padang hybrid seperti di Singapura – untuk mengatasi faktor-faktor tersebut.

Seperti hampir semua benda, rumput tiruan ada kebaikan dan keburukkan nya. Sebelum kita pergi lebih jauh, rumput tiruan bukan di buat dari ‘plastik’ per se; sebalknya ia adalah fiber yang boleh di buat menggunakan tiga jenis komponen iaitu polyethylene (PE), polypropylene (PP) dan nylon.

Di antara kebaikan rumput tiruan ialah:

  1. Sangat sedikit penyelenggaraan di perlukan. Tiada baja, penyakit, serangga atau pemotongan di perlukan.
  2. Ia boleh di gunakan di setiap ketika. Selepas hujan, awal pagi, lewat petang sebaik sahaja selepas pasukan sebelum itu meninggalkan padang dsb.
  3. Pelbagai kegunaan. Suatu padang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti sukan atau bukan sukan. Ia boleh di warnakan dengan pelbagai warna untuk membezakan garisan warna sukan.
  4. Padang rumput tiruan tidak menakung air dengan syarat ia di bina dengan betul, ia tidak mempunyai lapisan organik atau thatch yang akan bertindak seperti sponge untuk ‘memegang’ air.
  5. Ia di laporkan boleh mengurangkan kecederaan yang datang dari permukaan padang yang tidak rata atau licin atau berlumpur.
  6. Padang rumput tiruan juga menjimatkan air.

http://www.momsteam.com/health-safety/turf-wars-pros-and-cons-of-artificial-turf

http://www.dessosports.com/artificial-turf/benefits

http://www.syntheticturfcouncil.org/?page=FAQs

Keburukkan rumput tiruan? Sebelum lihat senarai, apa kata kita lihat video pendek tentang Women’s World Cup yang berlangsung di Canada dan kesemua perlawanan adalah di atas rumput tiruan (sebahagian pemain telah mengemukakan saman keatas FIFA tentang ini). Untuk pengetahuan semua 120 darjah Fahrenheit (suhu padang dalam video tersebut) = 49 darjah Celsius, dan 130 darjah Fahrenheit = 54 darjah Celsius. Suhu cuaca Kanada? Pada waktu itu ia di laporkan sebagai lebihkurang 21 darjah Celsius. Sebagai perbandingan suhu cuaca di Kuala Lumpur di siang hari ialah di antara 32 hingga 34 darjah Celsius.

Keburukan rumput tiruan ialah :

  1. Kos pemasangan yang tinggi. Saya pernah di beritahu ia melebihi RM1 juta ringgit satu padang bola.
  2. Suhu padang yang tinggi. Bahan yang di gunakan untuk membuat rumput tiruan dan juga bahan yang berada di bawah rumput menaikkan suhu padang.
  3. Pencemaran. Rumput asli mempunyai sifat penapisan bila air mengalir di atasnya, rumput tiruan tiada sifat ini malah akan melajukan pengeluaran air dari padang (yang juga merupakan kebaikkan nya).
  4. Ketika membuat sliding di atas rumput tiruan, ataupun jatuh secara terseret; pemain akan terdedah kepada luka atau dipanggil sebagai ‘turf burn’.
  5. Tempat pembiakan bakteria. Pakar perubatan mendapati bakteria staphylococci dan lain lain mampu hidup lebih dari 90 hari di atas rumput tiruan. Di tambah dengan risiko luka atau turf burn; jangkitan lebih mudah berlaku.
  6. Rumput tiruan di ‘topdress’ dengan getah halus yang mampu memburukkan orang yang memang mempunyai masalah pernafasan seperti pesakit asma.
  7. Selepas sekali menggunakan rumput tiruan, rumput asli tidak lagi dapat digunakan kerana tanah di bawah tiada lagi organisma hidup yang menyokong pertumbuhan rumput asli.
  8. kecederaan pemain; pemain-pemain profesional atau elit  (berbanding dengan pemain rekreasi atau riadah) mempunyai risiko kecederaan lutut atau ACL yang lebih tinggi secara perbandingan (lihat video seterusnya untuk statistik). Nota: kebanyakkan kajian adalah pada pemain American Football. Dan kebanyakkan nya di atas padang rumput tiruan generasi pertama.
  9. Ada pendapat yang mengaitkan rumput tiruan dengan kanser dan ada juga pendapat yang tidak bersetuju. Saya tidak akan perpanjangkan ini, sila Google sendiri.
  10. Padang rumput tiruan yang lama atau banyak di gunakan akan mempunyai rumput yang telah mula rosak mampu me lepaskan plumbum (lead) yang merupakan sumber toksik kepada manusia. Tiada masalah pada padang baru yang di buat dari rumput polyethylene sahaja.

http://www.momsteam.com/health-safety/turf-wars-pros-and-cons-of-artificial-turf

https://www.health.ny.gov/environmental/outdoors/synthetic_turf/crumb-rubber_infilled/fact_sheet.htm

http://news.discovery.com/earth/plants/world-cup-turf-battle-is-grass-better-150605.htm

Kita lihat video seterusnya:

Advertisement

4 Responses to “Rumput Plastik”

  1. fad baha said

    Assalamualaikum tuan normas,

    Saya ingin bertanya berapakah kos untuk pemasangan rumput tiruan sintetik bagi padang bola sepak..terima kasih

    Like

    • mynormas said

      Waalaikumsalam, maaf lambat menjawab. Lebih kurang RM180 per meter persegi TIDAK termasuk earthwork (jika padang baru atau membuang rumput/tanah padang lama), saliran luar dan sistem pengairan. Hanya harga rumput, pasir di bawah rumput, saliran subtanah dan juga pemasangan. Ini bukan sebutharga: sekadar anggaran dari seorang kawan yang buat. Edit: harga termasuk saliran subtanah.

      Like

  2. AZMI ABDULLAH said

    Salam sejahtera. saya berminat untuk membuat kertas kerja pembinaan padang hoki mini astrotuf 70m x 30 m. Berpa kos rumput dan pemasangan. Betong Sarawak

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: