Lubang Golf
Posted by mynormas on June 24, 2015
Di antara pembaca laman web ini adalah pelajar yang sedang belajar tentang penjagaan padang golf dan saya cuba mengisi kekosongan rujukan dalam Bahasa Malaysia. Kebanyakkan terma yang digunapakai adalah dalam Bahasa Inggeris dan terjemahan yang di gunakan biasanya tidak di terima secara meluas oleh umum.
Kadang-kadang kekeliruan timbul contohnya dalam perkataan ‘lubang’ yang membawa maksud satu daripada 18 lubang di padang golf itu ataupun lubang di mana bola golf itu di masukkan. Kekeliruan ini pun biasa wujud dalam bahasa Inggeris dan mudah di selesaikan berdasarkan konteks ayat. Tapi saya cadangkan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pelajar ataupun orang yang tidak bermain golf (dan tidak faham konteks) kita gunakan ‘L’ besar untul lubang yang menunjukkan nombor (Lubang 1 atau Lubang 7) dan ‘l’ kecil untuk lubang yang di masukkan dengan bola golf di setiap Lubang.
Satu lagi ialah perkataan “tee box”. Saya faham perasaan Dr. James Beard dalam satu seminarnya yang saya hadiri 20 tahun dulu bila dia cuba menceritakan bahawa asal perkataan ‘tee box’ ialah pada zaman dahulu, tempat bermula pukulan suatu Lubang ialah sebaik sahaja selepas green Lubang sebelumnya dan tempat bermula pukulan (sekarang di panggil tee) hanya terdiri dari sebuah kotak berisi pasir. Pemain golf akan mengambil pasir dari kotak tersebut, membuat suatu busut kecil, meletakkan bola golf di atasnya sebelum pukul. Kotak pasir itu ialah ‘tee box’.
Sekarang, tee di sediakan khas untuk pemain maka perkataan yang di gunakan seharusnya ialah ‘teeing ground’ (seperti dalam buku undang-undang golf) atau di pendekkan kepada ‘tee’ sahaja. Saya kira terlalu ramai orang menggunakan perkataan ‘tee box’ yang ia kini telah di masukkan ke dalam kamus golf harian.
Ambil perhatian bahawa setiap padang golf akan mempunyai polisi nya sendiri tentang bahagian bahagian di setiap Lubang nya; samada dari segi ketinggian rumput ataupun memberi mereka perincian lagi seperti contohnya mempunyai collar untuk green, mempunyai apron di hadapan green ataupun mempunyai collar di fairway. Tapi apa yang saya berikan berikutnya adalah bahagian asas suatu Lubang di padang golf.
Untuk rujukan perbezaan di antara water hazard dan lateral water hazard; sila lihat di sini. Atau di Youtube jika perlu gambaran lebih jelas.
Leave a Reply