Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Rumput saya sakit?

Posted by mynormas on November 24, 2014


Sejak kebelakangan ini saya menerima beberapa persoalan dari beberapa tuan rumah tentang apa yang mereka lihat sebagai sarang labah-labah halus di rumput mereka setiap pagi. “Apa patut saya buat?” Pertama sekali, ia bukan labah-labah; apa yang kita lihat ialah mycelium dari kulat. Juga boleh di kenali sebagai hypha atau hyphae. Saya dah tak tahu ejaan dalam bahasa Malaysia sebab apa yang saya belajar dulu dah tak sama dengan apa yang anak saya belajar sekarang. Tapi mungkin miselium dan hifa

Mycelium atau miselium atau hyphae atau hifa

Mycelium atau miselium atau hyphae atau hifa

Kulat adalah sejenis organisma yang mendapat makanan dari organisma lain yang hidup atau pun yang dah mati. Ia akan menggunakan hifa (hyphae) untuk mencari nutrient yang boleh di serap. (Reference: www.factmonster.com). Kalau ia parasit; ia akan mencari makan dari organisma (haiwan atau tumbuhan) hidup, dan jika ia mencari makanan dari bahan organik yang dah mati ia adalah saprofit (Reference: someone’s blog).

Kita boleh lihat pada rumput akan ada simptom atau tanda penyakit seperti bintik atau tompok. Tanda atau simptom akan berbeza mengikut jenis kulat yang menyerang. Buat masa ini, kita tidak perlu tahu dulu symptom dan tanda penyakit atau kulat pada rumput. Cukup sekadar apa yang anda lihat sebagai sarang labah labah itu dan juga jika rumput anda mati bertompok tompok. Kadang-kadang tompok itu adalah kering atau di serang serangga. Untuk mengenal tanda penyakit, pergi ke sempadan di antara rumput sihat dan rumput mati dan lihat pada daun; jika ia mempunyai bintik atau garis coklat; ia adalah penyakit. Jika ia mempunyai kesan gigitan atau tiada daun langsung; ia di serang serangga. Jika daun ada dan terlipat; ia kering, terutamanya jika daun yang sihat di sebelahnya tiada ada apa apa tanda.

Lihat bintik pada daun.

Lihat bintik pada daun.

Apa yang patut anda buat sekarang ialah cuba untuk mencegah penyebaran penyakit tersebut dan rawat rumput yang sakit.

  1. Beri ruang udara dan cahaya kepada kawasan yang sakit. Alih pasu atau trim pokok yang berdekatan.
  2. Pastikan air tidak bertakung: lihat selepas hujan samada kawasan itu  lecak terlalu lama. Cuba baiki saliran.
  3. Lakukan pengudaraan tanah supaya akar rumput boleh bernafas.
  4. Hentikan siram. Beri arahan spesifik kepada pembantu/suri/tuan rumah untuk jangan siram. Ada pembantu/suri/tuan rumah guna alasan siram rumput untuk bergosip dengan orang rumah sebelah; maka mereka akan siram sambil pegang payung untuk lindungi diri dari hujan. Lawak…
  5. Bila rumput dah pulih atau anda perlu siram tempat lain: JANGAN, JANGAN, JANGAN siram lepas pukul 3 petang. Jangan siram waktu balik kerja. Siram awal pagi sebelum pergi kerja. Siram masa balik kerja bererti anda siram rumput yang dah tandus dan akan menyebabkan kawasan lembab dan ideal untuk kulat.
  6. Tinggikan ketinggian potongan (BUKAN jangan potong). Jika anda masih lagi menggunakan mesin potong galas belakang berpisau tali nylon; hubungi saya untuk mesin pisau besi atau rumput plastik. Atau hubungi kontraktor terdekat untuk quote harga tile semua laman anda.
  7. Jika kawasan anda besar; gunakan racun fungicide yang organik seperti neem oil. Atau guna racun fungicide yang broadspectrum yang boleh di dapati di kedai hardware. AMARAN: Penggunaan racun mempunyai risiko tinggi. Ikut arahan label. Saya tak menggalakkan penggunaan racun di rumah; jadi berhati-hati.

Akhir sekali, jika masalah penyakit berterusan atau berulang ulang, maka ada kemungkinan nya rumput yang anda pilih adalah tidak sesuai dengan kawasan tersebut. Ingat, apa yang sesuai dan cantik di rumah jiran, belum tentu sesuai di rumah kita. Mungkin dari segi keadaan (teduh, siraman, jenis tanah dsb), kemampuan (masa untuk menjaga, membaja, menyiram, memotong dsb) dan kegunaan (rumah mereka mungkin tiada anak kecil ataupun kawasan rumput mereka jarang di pijak dsb) adalah berbeza dari satu lokasi ke satu lokasi.

Selamat mencuba!

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: