Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Pengudaraan halaman

Posted by mynormas on May 7, 2012


Saya pernah menasihatkan tuan punya halaman bahawa perbuatan memberi udara kepada akar rumput adalah penting. Ia bukan sekadar memberi udara tetapi juga membantu mengurangkan mampatan; memasukkan air kedalam tanah dan membantu nutrien (baja) pergi ke akar rumput.

Contoh kesan pengudaraan tanah.

Persoalan yang saya selalu dapat ialah: 1. Bagaimana nak buat pengudaraan 2. Berapa selalu dan 3. berapa banyak. Biasanya padang golf dan padang bola akan mempunyai mesin khas untuk kerja pengudaraan hollow/solid tine.

Video ini menunjukkan cara melakukan pengudaraan dengan menggunakan garden fork. Kita boleh juga menggunakan garden trowel ataupun garfu besar ataupun kalau laman anda sangat kecil (atau anda sangat takde kerja) paku 6 inci. Konsepnya sama; cucuk dan goyang dan tarik keluar lepas tu cucuk, goyang dan tarik keluar, cucuk, goyang dan umm… sebelum imaginasi kita pergi terlalu jauh, lihat video ini dahulu dan sambung baca penerangan di bawahnya.

Kita lakukan ini seeloknya setahun sekali. Kalau tak mampu nak buat seluruh laman pun, saya cadangkan buat di kawasan paling banyak mampatan (contohnya tempat lalu lalang) ataupun tempat paling banyak tumpuan (contohnya bahagian depan rumah).

Banyak lagi video seumpamanya di Youtube tapi daripada membuang masa mencari nya, lebih baik gunakan masa untuk buat sahaja apa yang dah di beritahu, kan?

Selamat mencuba!

10 Responses to “Pengudaraan halaman”

  1. […] Pengudaraan halaman […]

    Like

  2. […] Pengudaraan halaman […]

    Like

  3. […] the use of any chemicals except for organic fertilizer in homes. Watch a video of lawn aeration here. And yes, to a certain extent, organic fertilizers that has not yet decomposed do help in keeping […]

    Like

  4. […] pengudaraan tanah supaya akar rumput boleh […]

    Like

  5. […] cara mekanikal iaitu dengan menggunakan benda tajam untuk menebuk permukaan tanah itu seperti cara Pengudaraan Halaman atau Pengudaraan […]

    Like

  6. yassir said

    tuan ada jua hollow tine yang manual tak. cari kat internet taj jumpa. ada di alibaba tapi kena beli ribu unit.

    Like

    • mynormas said

      Ada. Nanti saya update harga.

      Like

      • Muhamad Sani Mat Sahk said

        Salam.
        Saya juga mencari hollow tine ni. Harap dpt update harga dan cara nk boli pada saya juga.
        TQ

        Like

      • mynormas said

        Untuk rumput di halaman rumah? Kawan saya ada jual pada harga RM880 untuk kedalaman 6.5 inci dan RM1,280 untuk kedalaman 10 inci. Setiap alat ada 4 batang tine pada jarak satu inci di antara tine. Kalau nak guna di padang bola, tak sesuai kerana terlalu keras. Kalau di green padang golf, ampun lagi.

        Like

    • mynormas said

      Untuk rumput di halaman rumah? Kawan saya ada jual pada harga RM880 untuk kedalaman 6.5 inci dan RM1,280 untuk kedalaman 10 inci. Setiap alat ada 4 batang tine pada jarak satu inci di antara tine. Kalau berminat, saya bagi contact.

      Like

Leave a comment