Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Padang hybrid.

Posted by mynormas on November 27, 2014


Tajuk awal untuk posting ini adalah: “Adakah Padang Hybrid Punca Kekalahan Malaysia”. Ia tidak lagi relevan kerana Malaysia telah menang; tetapi posting ini hanyalah tentang padang itu sahaja, bukan tentang permainan tersebut atau mana mana permainan/pasukan pun. Ini laman web tentang rumput. Jika anda ingin berbincang tentang permainan; mungkin laman web lain lebih sesuai.

Adakah anda menonton perlawanan bola AFF di Singapore beberapa hari ini? Ia berlangsung di stadium Nasional baru Singapore. Stadium ini akan menggantikan stadium lama di Kallang.

Seperti yang di laporkan di akhbar Singapura, padang di stadium baru ini adalah di panggil padang hybrid. Apa yang di maksudkan dengan ‘hybrid’? Seperti kereta hybrid yang mempunyai dua sifat kuasa iaitu bateri dan petrol; padang ini juga akan mempunyai dua sifat iaitu rumput tulin dan juga fiber tiruan.

Ini adalah pandangan keratan rentas tanah untuk menunjukkan rumput tulin dan fiber tiruan dalam sistem Desso Grassmaster.

Ini adalah pandangan keratan rentas tanah untuk menunjukkan rumput tulin dan fiber tiruan dalam sistem Desso Grassmaster.

Mereka telah menggunakan sistem Desso Grassmaster yang di katakan akan menyatukan kebaikan rumput tulin dan juga fiber tiruan. Fiber rumput tiruan akan di tanam sedalam 20 cm (8 inci) ke dalam dan merangkumi 3% dari keluasan padang. Sementara itu, rumput asli juga akan di tanam dan akar rumput asli akan berselirat dengan fiber tiruan tadi. Pencipta nya mengatakan ini akan memberi kekuatan kepada akar rumput dan sistem saliran yang lebih baik. (Wikipedia)

Sistem ini agak popular dan telah di gunakan dari Singapura hinggalah ke Kazakhstan dan juga stadium terkenal, diantaranya seperti Stamford Bridge (Chelsea FC), Emirates (Arsenal) dan juga Wembley.

Kos pemasangan? Di Singapura, akhbar yang sama melaporkan kos pemasangangan sistem Desso Grassmaster ini ialah $860,000 atau RM2,064,000 (jika $1 = RM2.40). Tetapi laman web Desso meramalkan padang hybrid boleh menampung hampir tiga kali ganda permainan berbanding padang rumput biasa (iaitu 750 berbanding 250 permainan).

Adakah ia bagus? Pada pendapat saya ia suatu sistem yang amat bagus tetapi ada masalah nya tersendiri kerana ia masih lagi memerlukan rumput tulin yang hidup dan ini adalah weakpoint nya seperti yang saya bincang sebelum ini. Kita boleh nampak di padang sewaktu pertandingan berlangsung juga ia kelihatan kering. Tetapi ia masih lagi boleh di main dengan baik tanpa memberi risiko kecederaan. Ia tiada divot seperti di Bukit Jalil tempohari.

Saya pernah juga terbaca bagaimana di Piala Dunia Afrika Selatan pada 2010, kedua dua pemenang dan err… pekalah (?) iaitu Slovenia dan Algeria telah menyalahkan padang hybrid ekoran mutu permainan yang hambar. Salah seorang jurulatih telah menggelarnya sebagai ‘unusual conditions‘ (keadaan luarbiasa).

Adakah ‘keadaan luar biasa’ ini adalah punca kekalahan kemenangan Malaysia? Mungkin, tetapi dalam konteks AFF 2014, keadaan ini di lalui oleh semua pasukan, termasuk Singapura sendiri kerana padang lama mereka di Kallang adalah padang plastic (artificial) sepenuhnya. Jadi ia tidak wajar menjadi alasan utk pasukan yg gagal atau lambat menyesuaikan diri. Ter pulang kepada jurulatih dan pemain membuat ulasan dan saya akan menghormatinya.

Tolong jangan tanya saya tentang kesesuaian ia di tempat kita. Untuk pengetahuan kita, stadium nasional Singapura juga mempunyai masalah. Biarlah kita tunggu dan lihat dulu sebelum membuat apa apa kesimpulan. Setiap benda akan ada pro dan kontra nya. Begitu juga padang hybrid baru di Stadium Nasional Singapura.

9 Responses to “Padang hybrid.”

  1. likin said

    Padang sg lbih baik dr malaysia.. FAM XMALU KE…

    Like

  2. Firdaus said

    Assalamualaikum…saya nak tanya…bagaimana rumput tiruan digabungkan dengan rumput asli…boleh campur ke ?…dan kalau dah letak rumput tiruan…macam mana nak letak rumput asli ?

    Like

    • mynormas said

      Waalaikumsalam. Mereka tanam selang selang. Rasanya ada dalam penerangan di gambar dan video YouTube yang dalam laman web di atas. Tuan boleh juga click link yang saya sertakan untuk penerangan lanjut.

      Like

  3. Firdaus said

    Saya harap anda balas

    Like

  4. Firdaus said

    Ok…encik kata ditanam selang seli…jika rumput dipotong …apakah tidak menjejaskan rumput tiruan?

    Like

  5. Firdaus said

    Last soalan…rumput ini ada digunakan di stadium terkenal dunia seperti camp nou…emirates…dan stade de france….jadi soalan kedua saya ialah…kalau nak tanam rumput hybrid desso mastergrass ini adakah semua jenis rumput termasuk cowgrass seperti di stadium bukit jalil mampu di campurkan dengan rumput tiruan…atau memang ada jenis rumput khas sahaja yang boleh…maaf banyak soalan…

    Like

    • mynormas said

      Tak boleh, kerana rumput betul perlu kelihatan hampir sama dengan rumput tiruan ini. Rumput khas sahaja. Ini satu sebab ia fail di Stadium Nasional Singapura (please, please, please Google dan baca sendiri di laman web ini atau di laman web lain sebelum tanya pasal isu ini) kerana rumput yang digunakan adalah rumput musim sejuk.

      Like

Leave a comment