4 cara baiki pdg golf
Posted by mynormas on May 5, 2014
This post is a how-to. As in How To Skin A Cat; or How To Leave a Guy in 10 Days; or How to tie a tie or the impossible but best-selling: How to lose weight. Stuff like that. Since this is a blog about grass, I am talking about how to improve a golf course in the local lingo. I mean, I talk about it in the local lingo, not improve it in the local lingo… never mind.
Saya percaya ramai di antara pembaca laman web ini adalah orang yang mempunyai kepentingan di padang atau kelab golf, samada sebagai pengurusan, pekerja ataupun ahli kelab. Mungkin ada di antara anda duduk di dalam Jawantkuasa atau Committee atau sub-committee. Mungkin ada di antara pembaca yang mempunyai rasa sayang kepada kelab golf sebagai ahli, atau sebagai ‘regular’ yang sering mengunjungi. Saya selalu menerima pertanyaan dari orang ramai tentang cara untuk memperbaiki kelab atau padang golf mereka. Di sini saya beri beberapa cara.
1. Perbaiki kelajuan green. Improve your Green Speed (not necessarily increase them)
“Of course” saya boleh dengar kata pembaca “siapa tak tau. Tak payah nak bayar konsultan pun kita dah tahu”. Perhatikan saya guna perkataan ‘Perbaiki’ dan bukan ‘Tambah’ kelajuan green. Banyak padang golf yang mempunyai kelajuan yang tidak sekata di antara satu green kepada green yang lain. Green di lubang 4 mempunyai kelajuan 8 kaki, green 5 kelajuan 9 kaki 2 inci dan green 6 berkelajuan 7 kaki 10 inci. Kebanyakkan golfer takkan perasan perbezaan kelajuan tidak melebihi 1 kaki, tetapi mereka akan perasan bahawa green susah nak putting; terutamanya pada kelajuan melebihi 8 kaki yang dianggap laju. Kebanyakkan golfer tidak dapat membuat putting yang betul dan akan memuji kelab kerana green yang mencabar; apa yang mereka tidak tahu ialah green di kelab tersebut tidak adil kerana tidak konsisten.

I love this guy. He knows how to appreciate a consultant who brought him good greens at minimum cost. You would too.
Dan bila sebuah kelab mahukan green yang laju; apa yang akan di lakukan biasanya ialah menurunkan ketinggian potongan sehingga green stress. Sebenarnya ada banyak lagi cara lain untuk menambah kelajuan green.
Green yang baik adalah juga green yang ‘true’ (terjemahan: benar?). Green yang true adalah green yang bila bola di ketuk atau di baling dengan kekuatan dan arah yang sama; ia akan bergolek pada jarak dan arah yang sama. Tidak ada ketul pasir, tidak ada grain rumput yang akan memesongkan bola.
Green yang sihat dengan kelajuan yang munasabah (7 – 9 kaki), true dan konsisten dari green 1 hingga 18 (perbezaan di antara green paling laju dan paling perlahan dalam 18 lubang ialah 1 – 12inci) adalah apa yang sebenarnya memuaskan hati majority golfer.
2. Ambil perhatian benda-benda remeh. (Take care of the little things)
Seorang kawan pernah beritahu saya bahawa padang golf x adalah padang golf paling cantik yang dia pernah main. Dari pemerhatian saya, satu perkara yang padang itu buat tetapi di abaikan oleh padang lain ialah menggunting rumput tepi jalan supaya ia kelihatan lurus, tersusun dan kemas.

This flag used to be white(r).
Saya biasa lihat padang golf yang mempunyai pasu pecah di tepi jalan, papan tanda yang kotor, cat yang hampir tanggal atau pudar, air yang busuk di tandas halfway hut, bendera koyak, tee marker yang berlainan warna, batang pin yang dah tak ada warna dan macam-macam lagi benda yang menyakitkan mata.
Tidak ada pemain golf yang akan komen “cantiklah tiang bendera awak” atau “tee marker awak baguslah” atau “rumput tepi jalan awak kemaslah” dan sebagainya; tetapi mereka akan perasan bahawa “padang golf ini cantiklah” walaupun mereka tak pasti kenapa.
Ini adalah sebab utama kenapa terdapat perbezaan dan pujian dari pelanggan bila terdapat pengurusan baru di sebuah kelab. Orang lama dah lali dengan masalah lama. Orang baru akan bertindak untuk memperbaikki benda kecil yang dia tahu dia mampu buat serta merta dengan kos rendah.
Cadangan saya, sediakan beberapa tin cat (RM5 se tin di kedai hardware) kita boleh menyembur cat baru perkakas atau perabot padang golf setiap bulan puasa atau waktu hollow-tine ketika pelanggan kurang.
3. Cantikkan tempat di mana pelanggan tunggu (Beautify at the places where your customer waits)
Di mana tempat pelanggan tunggu? Tee hole 1, hole 10, lubang-lubang par3, halfway hut, starter hut, bagdrop, car park dan sebagainya.
Sedikit warna dari bunga-bunga tempatan atau cat-cat menarik untuk dinding atau tiang tertentu akan menambah seri suatu kawasan. Anda mungkin tak mampu untuk lanskapkan seluruh padang, tapi cantikkan lanskap di tempat-tempat tersebut kerana waktu menunggu adalah waktu pelanggan memberi perhatian kepada sekelilingnya.
Jika tak mampu untuk penambahan warna atau pokok; sekurang-kurangnya jaga kebersihan. Pastikan kawasan tersebut kemas dan rapi. Letak satu atau dua kerusi/bangku supaya pelanggan selesa. Saya pernah nampak kelab yang menggunakan bangku usang tetapi bersih dan kemas; hasilnya? Nampak macam antik.
Cadangan saya ialah, berfikir sebagai pelanggan untuk sehari. Di mana mereka berhenti? Di mana mereka menunggu ‘kaki golf’ mereka? Di mana tempat mereka beratur untuk membuat bayaran? Par 3 mana yang paling banyak flight menunggu? Perbaiki pemandangan kawasan itu.
4. Cari Pendapat Orang ketiga yang Berpengalaman (Get an experienced third-party opinion)
Cari atau upah orang yang boleh memberi pendapat tentang semua yang di atas; dan lebih lagi.

This guy looks like he knows what he’s looking for.
Kadang-kadang, bukan masalah orang di kelab tersebut tak boleh menjalankan tugas; tetapi oleh kerana telah lama di satu tempat, mereka telah lali dan terlepas pandang apa yang orang lain (termasuk pelanggan) nampak sebagai tidak cantik atau tidak kemas.
Tambahan pula, dengan isu-isu politik dalaman yang mungkin menimbulkan syak wasangka dari nasihat yang di beri oleh rakan sekerja, mendapat pendapat yang sama dari orang ketiga yang mempunyai kredibiliti akan membantu supaya kerja boleh di lakukan tanpa segan atau gentar.
Cari orang yang pernah menjalankan tugas yang sama dan cemerlang dalam tugas tersebut. Dan satu kriteria yang lebih penting, cari orang yang jika anda yang membayar upah kepada mereka, tidak akan menggunakan kepercayaan anda untuk memberi barangan dari pembekal yang memberi mereka komisen paling tinggi.
Pastikan orang tersebut bukan sahaja boleh memberitahu apa yang patut di buat, tetapi juga boleh mengajar kenapa dan bagaimana ia patut di buat.
Pandangan saya: cari seorang penasihat atau konsultan.
Menjaga padang golf tidak memerlukan PhD atau pengetahuan membina roket. Di banyak perkara ia adalah pengetahuan am dan pemerhatian tentang pengalaman lalu atau pengalaman di padang lain. Di masa yang sama, tidak ada dua padang golf yang sama, malah, tidak ada dua green yang sama. Setiap satu memerlukan tindakan khusus untuk memperbaiki keadaan.
Tapi saya juga pernah berjumpa dengan kelab yang mempunyai masalah kerana terlalu ramai ‘pakar’; semua orang ada pendapat bagaimana untuk memperbaik padang golf hinggakan si Superintenden yang jadi bingung.
Tapi bila Superintenden kata dia perlukan bajet lebih; tiba-tiba semua orang diam.
Leave a Reply