Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

So, Tifdwarf adalah rumput mutant; jadi?

Posted by mynormas on March 20, 2012


Dalam artikel/posting yang sebelum ini, saya menceritakan bagaimana banyak jenis rumput adalah mutan. Tapi apa kesannya pada kita; orang yang membeli, membela atau menjual rumput? Kenapa saya ceritakan tentang isu itu? Adakah ia penting atau signifikan?

Rumput ataupun tumbuhan yang berbeza secara rupa dan sifat dari tumbuhan asalnya tidak di iklan kan sebagai “mutan untuk di jual”. Mereka biasanya di panggil sebagai kultivar atau ‘cultivar’ yang berasal dari perkataan ‘cultivated’ dan ‘variety’.

Tidak semua rumput atau tumbuhan yang berbeza dari rumput atau tumbuhan asal adalah hasil dari perubahan genetik ataupun kacukan. Kadang-kadang, ia hanyalah suatu perubahan sifat yang di sebabkan oleh tindakbalas tumbuhan itu kepada alam sekitar ataupun hanya suatu kebetulan terdapat suatu perbezaan yang amat sedikit dalam molekul DNA nya yang memberi sedikit perbezaan kepada tumbuhan tersebut. Mangga yang lebih manis, durian yang lebih lemak, rambutan yang banyak isi ataupun rumput yang lebih pendek semuanya adalah contoh perbezaan sedikit sahaja dalam rantaian DNA tumbuhan. Terlalu sedikit sehinggakan – saya boleh pastikan hanya tentang rumput Tifdwarf dan bukan mangga, durian atau rambutan tadi – ia tidak muncul dalam ujian DNA.

Oleh kerana ini adalah laman web tentang rumput maka kita akan khusus bercerita tentang rumput sahaja: rumput yang menunjukkan perbezaan ini dikatakan adalah off-type atau pun adalah variety rumput yang berbeza. Jika variety baru rumput itu menunjukkan sifat yang di kehendaki, ia pula akan di bela atau di semai ataupun dalam Bahasa Inggeris ‘cultivated’. Ia adalah ‘cultivated variety’ ataupun di pendekkan menjadi ‘cultivar’ atau dalam bahasa Malaysia ‘kultivar’. Ada juga orang yang menggunakan perkataan ‘off-type’ atau hybrid. Tetapi hybrid seharusnya hanya digunapakai untuk bercerita tentang kacukan di antara dua atau lebih spesis (ingat Toyota Prius atau Honda Insight).

Tanpa pergi terlalu teknikal dan berbincang tentang diploid atau isu-isu genetik lain untuk posting ini, kita terus bercerita tentang bagaimana ia memberi kesan kepada pembeli dan pembela rumput.

Jika kita membeli rumput untuk halaman rumah, cukuplah sekadar kita tahu bahawa rumput yang kita pilih di ‘showroom nursery’ adalah juga rumput yang dia akan hantar ke rumah. Kadang-kadang, kultivar ini sangat sedikit perbezaannya kita hanya perasan ia mempunyai sifat yang berbeza dari apa yang kita lihat di ‘showroom’ selepas berbulan-bulan kemudian. Terbaik: apa yang kita nampak, terus masuk kereta atau lori depan mata. Kalau dia kata nak ambik dari tempat lain, mintak dia jangan bongkar sampai kita datang untuk teliti dulu. Of course ini semua dengan caveat bahawa pembelian itu banyak, mahal ataupun kita seorang ‘perfectionist’.

Jika kita membeli rumput untuk kawasan besar seperti padang bola ataupun taman; konsepnya serupa. Pastikan kita dapat apa yang kita beli. Dia dah tunjuk nursery dan kita puas hati, beritahu dia sebelum dia bongkar untuk hantar, wakil kita mesti ada di tapak nursery itu dahulu. Ada nursery yang tunjuk kat pelanggan sebelah kanan lepas tu bongkar dan hantar sebelah kiri. Esok pelanggan lain datang, dia tunjuk sebelah kanan lagi tapi bongkar dan hantar sebelah belakang. Lusa dia tunjuk sebelah kanan dan bongkar sebelah depan. Kadang-kadang sama; kadang-kadang, tak sama. Kita tak akan nampak perbezaan sewaktu tengah sibuk tanam, topdress dan juga siram.

Bagaimana pula kalau kita nak beli untuk taman seluas 10 ekar dan dia ada rumput cukup untuk 5 ekar tapi bersumpah bahawa pakcik dia punya jiran ada nursery lain lagi besar yang rumput confirm serupa? Of course, kita kenalah pergi tengok nursery tu, tapi saya cadangkan kita tanam rumput tu jangan bersebelahan. Dari nursery pertama, beli cukup untuk tanam di satu lokasi taman kita dan dari nursery kedua, beli cukup untuk lokasi-lokasi lain.

Senario seterusnya, bagaimana jika kita tanam taman atau padang kita dalam fasa atau jadual tertentu dan adalah penting bahawa setiap fasa itu di tanam dengan rumput yang sama? Ini paling relevan untuk pembela rumput di padang golf; terutamanya rumput di atas green. Bulan Mac, tapak green untuk lubang 1, 2 dan 3 siap; bulan Mei, lubang 4, 5 dan 6, dan seterusnya bulan Oktober baru lubang 17 dan 18 siap untuk di tanam. Bagaimana kita nak pastikan bahawa semua lubang di tanam dengan kultivar yang sama? Cara paling baik ialah beli dalam satu atau dua fasa sahaja. Dan semua fasa datang dari satu sumber. Jika di takdirkan sumber itu kecil? Bahagikan sumber itu kepada dua bahagian A dan B. A adalah ‘ibu’  dan B adalah apa yang kita akan bongkar dan tanam. Jika kita nak tanam setiap tiga green dan satu green ialah 500m2 maka kita jadikan B sebesar 1500 – 1600m2. Besar A? Cukup untuk menghasilkan stolon yang boleh cover B tadi. Kalau ruang masa di antara fasa tu terlalu dekat, mungkinperlu ada satu lagi C yang sama besar dengan B. Green 1, 2 dan 3 di tanam dari rumput nursery B, green 4, 5, 6 di tanam dengan rumput dari nursery C, green 7, 8 dan 9 di tanam dengan rumput dari nursery B (2-3 bulan selepas penuaian pertama) dan seterusnya. Ertinya, beza rumput di atas green 1 dan green 8 hanyalah satu generasi.

Kalau nak jimat; beli dari nursery dan tanam di practice green ataupun bina sebuah nursery khusus sebagai sumber. Jangan, jangan, jangan beli dari nursery luar, tanam di green 1, 2 dan 3, lepas tu ambil dari green 1 tanam green 7, dari green 7 tanam green 12, dari green 12 tanam green 16 lepas tu dari green 16 tanam practice green. Setiap kali ia di tanam semula, ia dah berubah satu generasi dan akhirnya selepas beberapa tahun, akan jelas perbezaan di antara generasi-generasi nya. Fakta ini mungkin tidak benar untuk semua kultivar tetapi, fakta dan prosedur inilah yang saya praktikkan dan saya ajar kepada orang. Mana kita tahu rumput mana yang senang berubah? Amalkan satu prosedur yang betul. Tanam di nursery/practice green dan tanam di green 3 (green 1 dan 2 dah di tanam serentak dengan nursery/practice green), bila green 4 dah siap, ambil dari nursery/practice green. Bila green 5 dah siap ambil dari nursery/practice green dan seterusnya.

Banyak padang di Malaysia tidak mempunyai nursery. Jadi bila terpaksa menanam semula, mereka terpaksa beli rumput dari nursery luar dan hope for the best: ia menyerupai rumput sedia-ada. Jangan ambil risiko. Pernahkan anda memasang tile di lantai atau dinding rumah dan beberapa  tahun kemudian terpaksa menggantikan satu sahja tile yang telah pecah? Anda pergi ke kilang yang sama dan beli tile yang anda sangat pasti sama, dan bila bawak balik, ia memang berbeza. Macamtulah rumput nanti.

Tanam lah nursery atau jadikan kawasa latihan anda sangat besar dan tanam rumput yang lebihan  sebagai  benih rumput, Atau jadikan kawasan practice kita sangat besar. Jika green padang golf anda perlu ditanam semula di kawasan kecil; cuba ambil rumput dari green yang sama (sini sikit sana sikit) dan tanam dengan cara plug atau sprig. Jika kawasan besar; ambil dari nursery.

Kedua-dua sod ini di katakan datang dari nursery yang sama. Tapi rumput kedua-duanya nampak sangat berbeza walaupun kedua-duanya di dakwa adalah Tifdwarf. Mungkin ia di ambil dari kawasan yang berbeza?

Pendekkata nya; bila kita menanam rumput di kawasan besar atau banyak kawasan; pastikan kita mengurangkan risiko bahawa kawasan itu di tanam dengan rumput yang pelbagai varieti. Penjagaan rumput dah memang susah, kenapa jadikan ia lebih susah?

Advertisement

One Response to “So, Tifdwarf adalah rumput mutant; jadi?”

  1. mynormas said

    Ada satu lagi perkara: Jika anda membeli rumput dari nursery yang mempunyai pengiktirafan dari pengeluar (atau certified atau licensed), besar kemungkinannya anda akan mendapat rumput yang sama setiap kali. Percaya atau tidak, mereka akan memusnahkan semua benih dan tapak mereka selepas beberapa tahun dan menanam semula dari benih asal yang di import dari pengeluar rumput. Ini mempastikan bahwa semua tumbuhan/rumput yang TERmutasi musnah dan juga bahawa semua nursery seluruh dunia yang menjual rumput dari pengeluar yang sama mempunyai rumput dari generasi yang sama. Mereka akan menjual rumput dengan perjanjian bahawa pembeli tidak akan menjual semula atau membiakkannya kepada orang lain.
    Di Malaysia, nursery rumput yang saya tahu mempunyai ketegasan begini hanyalah nursery yang menjual rumput Satiri dari UPM.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: