Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Greens improvement: kau ada?

Posted by mynormas on April 3, 2012


A golf course operator recently denied that I have made improvements to his golf course. Here I am enclosing pictures of greens on different dates that show otherwise. Usually, if a golf course don’t want to spend extra money, I’ll take about six months to make changes. With this club; I took 2 months! I was actually scraping spilt fertilizer from the store’s floor! I used whatever chemical they had in their store. Can you imagine using wetting agents to combat ants on greens? Nevertheless, I succeeded insyaAllah; after all its about the knowledge (I target the queen ant. Contact me to find out more).

Sebuah padang golf kecil telah meminta saya membantu mereka membuat lawatan dan memperbaiki padang golf mereka. Saya menerima tawaran kerana padang golf tersebut berada dalam perjalanan untuk saya melawat anak saya di asrama.

Dalam lawatan pertama bersama saya dan boss padang tersebut, saya dah tahu saya akan menyesal. Dia tidak mahu menerima bahawa greennya mempunyai rumput liar jenis Zoysia. Dia tidak mahu membeli baja dan racun yang lebih efektif dan tidak percaya bahawa setiap green memerlukan jumlah baja yang berbeza. Peliknya dia lebih mempercayai penjual baja yang telah menjual baja kepadanya yang saya sendiri tak tahu macamana nak guna baja tersebut. Saya telah pergi ke stornya dan meminta pekerjanya mengutip baja lama yang bertaburan di lantai stor dan mengambil label dari tin-tin racun untuk saya mengenal pasti mereka. Saya gunakan yang ini.

Saya teruskan. Yang membuat saya marah: dua minggu lepas dia mendakwa bahawa sejak saya masuk tidak ada perubahan yang telah saya buat kepada padangnya. Saya mencabarnya untuk membuat rondaan sekali lagi di padang golf nya tapi dia menolak.

Padang ini tidak mempunyai superintenden, untuk mengajar pekerja; saya yang pikul tong spray! Sarang semut penuh di merata green. Pisau potong tidak tajam.

Di sini saya sertakan beberapa gambar green yang sama yang di ambil dari sudut yang sama pada tarikh yang berbeza. Saya ada banyak gambar tapi dari sudut yang berlainan.

I would very much like you to see some pictures that I happen to have that show the greens from the same angle at different dates. I have many pictures, here are just a few. I hope you see the difference.

Green 12

 

31 Jan 2012

 

9 Mac 2012

Green 11

 

11 Dec 2011

 

9 Mac 2012

It is unfortunate the dogs keep on digging green 11. Otherwise you can see a lot more improvement. But this green is just behind the workers’ quarters, so the dogs must be feeding on food scraps and then show their gratitude on the greens.

Ini padang golf pertama yang saya jumpa ada masalah anjing korek green. Saya dapat menyuburkan dan menghijaukan nya insyaAllah tapi belum dapat cara menghalang anjing ni. Ada idea?

Green 5

 

29 Nov 2011

 

9 Mac 2012

What you do not see on the left picture of the green are the ant hills and earthworm casts. Many of the greens here had them. And I’m talking about to the point where some places on the greens were already sinking!

Apa yang anda tak nampak di gambar kiri ialah jumlah rumah semut dan taik cacing. Saya telah mengajar pekerja mereka bagaimana untuk menyembur sarang semut dan juga ‘teknik separuh bulan’ untuk membaiki green. (tak tahu? hubungi saya untuk keterangan lanjut). 

Walaubagaimanapun, saya berharap padang golf ini bertambah baik dan sentiasa maju jaya. InsyaAllah.

Whatever it is, I still wish the best for this golf course and hope that their business will improve and they will prosper. InsyaAllah.

2 Responses to “Greens improvement: kau ada?”

  1. islah said

    salam…saya seorang exec di padang golf.di padang golf tmpat saya bekerja mmpunyai masalah yg sma..rumah semut terlampau byk..so ape kah yg dimaksudkan teknik separuh bulan tu.

    Like

    • mynormas said

      Salam… teknik separuh bulan ialah untuk memperbaiki kawasan botak yang kecil di atas padang menggunakan hole-changer. Minta sesiapa yang boleh menggunakan racun menghubungi saya untuk masalah semut di mynormasATconsultant.com. Oleh kerana ia melibatkan racun, saya keberatan untuk bercerita secara lanjut di sini. Maaf.

      Like

Leave a comment