Air Keluar Sikit
Posted by mynormas on January 15, 2018
Sewaktu saya mula mula bekerja di padang golf pada tahun 1993 sebagai seorang Pembantu Superintenden bekerja di bawah seorang warga Australia, antara tugas pertama saya ialah mengorek semula longkang longkang subtanah di seluruh bunker, fairway dan rough dan membuang kain geotextile yang dibalut dikeliling paip saliran.
Saya mengambil masa hampir setahun juga (kerja lain masih perlu dibuat) untuk siap semua 18 lubang. Kenapa kami buat begitu? Meskipun padang golf itu dibina di atas satu kaki pasir dan pada setiap 30 meter terdapat longkang subtanah besar untuk membawa air keluar dari padang tetapi hampir seluruh fairway dan rough padang itu menakung air.
Ada lubang par 4 yang saya gelar nya sebagai par 2 kerana yang boleh digunakan hanyalah tee dan green; yang lain menakung air. Seorang Sultan (kini almarhum) telah menggunakan buggy untuk masuk ke dalam fairway dan buggynya terpaksa ditolak keluar beberapa orang pembantu kerana terbenam ke dalam fairway.
Saya ditugaskan untuk menanda kawasan GUR di fairway yang menakung air dan kawasan tersebut sangat lah besar sampai kan saya tak jumpa hujung kawasan yang saya tanda.
Salah satu puncanya ialah kain geotextile yang telah dibalut di keliling paip saliran telah penuh dengan selut dan tidak lagi membenarkan air masuk kedalam paip untuk di salirkan keluar padang. Maka bila padang telah tepu air, air akan naik ke permukaan. Untuk makluman, padang itu direka untuk rata (flat) maka aliran permukaan juga amat minima.
Saya tergeletek bila hampir 20 tahun kemudian bila saya melibatkan diri dengan padang bola sepak, saya dapati hampir semua sistem saliran menggunakan kain geotextile.
Jangan salah faham, bukan penggunaan geotextile itu salah. Tetapi, pada pandangan saya, sikap ‘copy paste’ tanpa selidik menyebabkan beberapa kesilapan teknik.
- Menganggap bahawa paip saliran itu lah longkang dan membalut paip untuk menahan selut.
- menggunakan kain geotextile bersama sama dengan lapisan ‘topsoil’ yang terdiri dari tanah selut atau tanah liat halus yang berhijrah ke bawah dan ke sistem saliran serta menyumbat kain geotextile tersebut.
Saya sendiri, sejak tahun 1993, menggunakan kain geotextile untuk longkang subtanah hanya sekali dengan rela (kadang kadang spec dalam BQ suruh guna maka saya guna tanpa rela) iaitu di satu lubang di padang golf saya yang terletak di tempat di mana tailing iaitu sisa perlombongan dibuang.
Ya Allah. Tanahnya rasa macam padat tetapi bila kita korek longkang subtanah 1 kaki x 1 kaki, tak sampai 10 kaki kita korek, longkang permulaan korek sana dah mula roboh. Ia sangat tidak stabil. Jika saya guna batu agregat di dalam longkang saya, tailing itu akan masuk ke celah celah batu agregat dan menyumbatnya.
Maka apa saya buat ialah saya balut KESELURUHAN LONGKANG SUBTANAH dengan kain geotextile kecuali bahagian atasnya. Maka kini tailing tidak boleh masuk ke dalam SISTEM saliran saya. Air boleh masuk dari atas.

Geotextile di keliling longkang BUKAN di keliling paip. Tapi sebenarnya saya lebih suka bahagian atas TIADA balutan.
Jika saya balut hanya paip, tailing akan sumbat batu agregate kemudian kain geotextile dan air tidak boleh masuk ke dalam paip.
Nampak tak perbezaan nya? Saya balut seluruh longkang; orang lain balut paip sahaja.

Kain geotextile keliling paip; akan tersumbat di jangkamasa panjang. Jangkamasa pendek; ia akan melambatkan pergerakan air masuk ke dalam paip dan seterusnya keluar dari padang.
Di longkang subtanah lain, saya tidak menggunakan kain geotextile dengan rela. Malah di beberapa projek, saya korek dan koyakkan kain geotextile yang dibalut di keliling paip.
Kalau tak sumbat pun, kain geotextile akan melambatkan air masuk ke dalam paip sedangkan kita mahu air bergerak pantas keluar dari padang. Kalau tidak, kita kena tambah bilangan paip.
Baiklah, itu satu prinsip. Prinsip kedua dalam pemasangan longkang subtanah yang saya amalkan ialah longkang saya perlu membawa air keluar secepat mungkin supaya ia tidak mengumpul keladak.
Bagaimana? Menggunakan kecondongan paip dan juga mengamalkan kelurusan pemasangan. Kita sambung dalam posting akan datang.

Maintaining this Website. Sumbangan.
Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.
$10.00
Air Keluar Cepat « Pakar Rumput said
[…] Dalam posting lepas kita bincang tentang salah satu sebab kenapa air keluar terlalu perlahan iaitu kesalahgunaan fabrik […]
LikeLike
Air Keluar; sumbat « Pakar Rumput said
[…] penyalahgunaan Geotextile ialah salah satu sebab paip subtanah kurang efektif dalam ‘Air Keluar Sikit‘ dan juga cadangan untuk memasang longkang subtanah yang baik dalam ‘Air Keluar […]
LikeLike