Amalan kultura padang bola
Di dalam bidang penjagaan rumput, terdapat beberapa aktiviti yang dilakukan yang disebut sebagai “cultural practices” dalam Bahasa Inggeris.
Saya telah cuba untuk menterjemahkan perkataan “culture” yang dari segi bahasa bermaksud “budaya” dengan mengambilkira bahawa rumput tidak mempunyai joget, wayang kulit ataupun rasuah tapi tidak berjaya. Jadi saya cuba lihat dari keseluruhan nya: dalam konteks rumput turf; “cultural practice” mungkin lebih mirip kepada “amalan2 pertanian”. Seorang kawan saya telah mencadangkan frasa “amalan kultura”. Mungkin kita boleh guna frasa itu dulu buat sementara mencari frasa yang lebih sesuai. Biar saya huraikan aktiviti2 yang saya maksudkan dahulu.
- Memotong.
Perbuatan memotong rumput turf dari panjang menjadi pendek. Apa maksud ‘panjang’ dan ‘pendek’ akan dihuraikan dalam ruangan lain. - Pembajaan
Aktiviti memberi zat nutrien yang diperlukan oleh rumput. Terdapat diantara 16 – 17 unsur utama yang dikenal pasti setakat ini penting untuk rumput. Anda boleh dapati lebih banyak maklumat di muka tentang pembajaa atau pemakanan rumput. - Pengairan/Penyiraman
Teknik2 pengairan yang betul ialah :
– jumlah air yang di siram di satu2 masa tidak menyebabkan air bertakung.
– waktu penyiraman paling baik dilakukan sewaktu suhu rendah, sebaik-baiknya waktu awal pagi.
– Jangan menyiram sebelum padang akan digunakan – ini boleh menyebabkan mampatan (compaction)
– Siramlah jarang-jarang tetapi bila menyiram hendaklah sedalam mungkin. Ini akan menggalakkan akar rumput untuk tumbuh panjang kerana berusaha mencari air. - “Topdressing”
Definasi – Menabur selapis pasir atau tanah atau campuran atau bahan-bahan lain (contohnya zeolite atau bahan organik) keatas permukaan rumput dan akan di masukkan ke dalam celah-celah rumput dengan rake, mat ataupun siraman. Dulu aktiviti ini di lakukan secara sebulansekali, dengan teknologi sekarang, ia boleh dilakukan seminggu sekali untuk mengatasi masalah thatch dan juga membaiki permukaan rumput. Untuk halaman rumah, lakukan ia ‘bila keadaan memerlukan’ (rujuk kepada muka tentang topdressing di laman web ini).
- “Vertical cutting”
Definasi – penggunaan suatu alat mekanikal yang mempunyai bilah pisau yang berputar secara atas bawah (vertical). Umumnya terbahagi kepada :
‘Dethatching’– Kedalaman pisau itu masuk ke celah rumput berbeza dari satu padang ke padang yang lain, untuk mengeluarkan thatch. Biasanya dari 2 – 4 mm (bererti kedalaman nya ke dalam celah rumput). Kekerapan dethatching ditentukan oleh pembentukan thatch itu sendiri.‘Mataway’ – perkataan ‘mataway’ ni sebenarnya jenama mesin yang digunakan dalam aktiviti mengeluarkan thatch tebal yang dah menjadi mat di bawah permukaan rumput. ‘Mat’ ni sebutan orang puteh macam ‘met’ dalam ‘metal’ bukan macam ‘mat’ dalam ‘Mat Rempit’. Bilah pisau dia lagi gagah dan mesin dia lagi rugged dari dethatching. Biasa dilakukan setahun sekali atau dua kali. Kalau tak nak mengiklankan mesin ni boleh guna perkataan “scarifying”. Di sini kedalamannya di bawah permukaan tanah.
‘Slitting’ – teknik terbaru. Campuran diantara mataway dan jugak pengudaraan. Bilah pisau canggih bercampur tungsten. Potong tanah macam potong kek. Belum popular di Malaysia kerana isu kos. Ia mungkin boleh menjimatkan masa kerana dua kerja boleh dibuat dalam satu operasi.
- Pengudaraan/pengurangan mampatan.
Dalam penggunaan harian padang rumput, akan terjadi mampatan yang perlu di lega kan dengan cara2 tertentu.
Coring atau hollow-tining ialah satu cara pengudaraan tanah yang mana ketul2 tanah dikeluarkan dengan menggunakan tine yang lompong (hollow). Ada juga jenis tine yang padat (solid) dan cara ini dinamakan solid-tining.
Slicing ialah cara yang mana sekali pandang nampak macam vertical cutting kecuali bilah2 pisau ini tidak bersambung kepada motor yang memusingkannya. Ia akan mencucuk sedalam 1/4 inci ke dalam sahaja. Satu lagi cara baru ialah venting; menggunakan sejenis alat dipanggil ‘ventine’ yang akan membuat tusukan 3.5 inci dalam dengan gangguan permukaan yang minima.
Spiking ialah bila alat seperti jarum2 mencucuk permukaan rumput untuk tujuan yang sama. Kini, terdapat suatu alat yang dipanggil verti-drainyang mempunyai jarum pelbagai saiz yang dimasukkan lurus tetapi bila dikeluarkan pada sudut sehingga 70 darjah untuk membentuk suatu ‘gua’ di bawah tanah.
Azamain said
Assalammualaikum Tuan.. Sy amat tertarik dengan penerangan tuan tentang penjagaan padang bola. Ada sy soalan nak tanya, katalah sy membuat proses coring secara manual, berapakah jarak diantara satu lubang dengan lubang yang lain, terima kasih.
LikeLike
mynormas said
Waalaikumsalam. Lebih kurang dua inci.
LikeLike
Penjagaan padang di musim hujan. « Pakar Rumput said
[…] Amalan kultura padang bola […]
LikeLike
atikah said
SALAM TUAN.. SAYA MAHU BERTANYA BAJA APAKAH YANG PALING SESUAI UNTUK PADANG BOLA. BUAT MASA NI SAYA MENGGUNAKAN BAJA UREA SETIAP KALI SAYA BAJA. SAYA MEMBAJA SEBULAN SEKALI. ADAKAH SESUAI JIKA SY MENGGUNAKAN BAJA UREA.??
LikeLike
mynormas said
Salam puan. Tak perlu menjerit (kalau caps lock tu dianggap menjerit). Baja paling sesuai ialah baja organik tetapi agak leceh kerana ia mempunyai jumlah nutrien yang walaupun seimbang, adalah sedikit. Cuba guna baja kimia 15:15:15. Jangan guna urea, urea hanya ada nitrogen 46:0:0. Puan dah baca artikel dalam lawan web ini tentang baja dan urea?
Juga artikel tentang cara membaja padang bola.
LikeLike
nurul said
assalamualaikum….en mynormas
saya da masalah padang bola, air bertakung dan area tiada rumput (padang botak). padang botak ni di kawasan bertakung, di bahagian tengah padang dan depan tiang gol. untuk makluman tuan,rumput digunakan cowgrass. ada subsoil drainange.
bagaimanakah hendak menyelesaikan masalah ini? ada pertandingan 2 minggu lagi…client minta cantikkan padang.
harap tuan dapat membantu.
LikeLike
mynormas said
Waalaikumsalam,
Cik cuba lakukan pengudaraan padang menggunakan alat manual.
Di kawasan air bertakung pula, cik cuba cari di mana lokasi longkang subtanah, kemudian cari besi panjang dan cucuk lubang sampai ke longkang. Biar lubang terbuka, sebelum pertandingan, tutup lubang dengan batu kerikil kemudian pasir.
Jika ada kawasan berlumpur, cik korek buang air dan lumpur kemudian tampal dengan pasir. Kalau boleh ganti dengan rumput dari luar padang.
Cik boleh cuba cari Facebook mynormas.com juga sebab di situ saya ada cerita tentang kejayaan saya keringkan padang.
Akhir sekali, jika ada bajet, cari alat bernama Turf Doctor yang boleh digunakan untuk ganti rumput tempat botak. Beritahu saya kalau perlu kan.
Selamat Mencuba.
LikeLike
Nurul said
Terima kasih atas nasihat tuan. Saya follow fb tuan.
LikeLike
mynormas said
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1353762191399230&id=115347001907428
LikeLike
mynormas said
Cuba lakukan pengudaraan secara manual seperti di YouTube video di sini
https://mynormas.com/2012/05/07/pengudaraan-rumput-halaman/
LikeLike