Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Nutrisi Padang

Posted by mynormas on January 12, 2016


Pada asalnya saya gunakan tajuk ‘Baja Padang’ kemudian saya teringat bahawa di Indonesia, ‘baja’ membawa maksud besi (kalau tak silap saya) dan perkataan yang sebenarnya ialah ‘pupuk’ yang mungkin tidak di fahami oleh pembaca Malaysia pula. Memandangkan pembaca dari Indonesia adalah negara ketiga paling ramai yang melawat laman web ini selepas Malaysia dan U.S., maka saya gunakan perkataan nutrisi kerana apa yang saya ingin katakan ialah tentang menambah, secara butiran ataupun foliar, bahan yang akan memberi nutrien kepada rumput, walaubagaimanapun, saya harap pembaca dari Indonesia maaf kan saya jika saya menggunakan perkataan ‘membaja’ atau ‘baja’ dalam penulisan di bawah.

Saya telah melihat beberapa padang yang menunjukkan cara pembajaan yang salah dan saya telah menerima beberapa soalan tentang cara yang betul untuk membaja padang.

Prinsip-prinsip utama ialah:

  • Baja sebelum rumput menunjukkan symptom kekurangan nutrisi. Selang masa jangan terlalu lama dan jangan terlalu cepat.
  • Baja sedikit tetapi selalu, terutamanya di musim hujan. Di musim kering dan dengan teknologi ‘slow-release’ kita masih boleh menggunakan kuantiti banyak tetapi jarang-jarang.
  • Ketahui apa nutrien yang di perlukan oleh rumput. Cara terbaik ialah dengan menggunakan ‘soil test’ ataupun buat rujukan.
  • Tabur atau sembur baja dalam laluan lurus. Jika anda membaja fairway yang mempunyai bentuk seni; tutup semburan/bukaan dan teruskan laluan, bila tiba di fairway semula; buka/sembur. Jika anda membaja halaman atau taman dan pokok ada di hadapan anda, tutup semburan/bukaan, pergi ke belakang pokok dan buka semula. Ambil satu tanda di hujung sana dan pastikan anda berjalan lurus ke arah tanda itu sambil menabur baja.
  • Kebanyakan baja perlu di siram – bukan semua. Tetapi jika menyiram baja; jangan terlalu banyak air; baja akan larutlesap (leach) atau hanyut jika di siram terlalu lama atau banyak.
  • Amalkan utk tidak memotong atau gunakan padang sertamerta selepas menabur. Biar sehari dua dulu.
fertilizer not even

Kesan pembajaan tabur-tangan yang tidak samarata. Kita boleh lihat rumput yang di baja lebih subur dari rumput kelilingnya.

Selang masa antara pembajaan

Perkara pertama yang patut kita selesaikan ialah ‘bila kah masa untuk membaja?’. Ini bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis rumput dan jenis tanah. Rumput seperti bermuda akan memerlukan lebih banyak baja dari Cowgrass dan tanah mampu memberi nutrisi yang lebih banyak kepada rumput dari padang yang di buat dari pasir.

Untuk mudah cerita, kita baja sebelum rumput bertukar menjadi tidak sihat. Ingat: baja BUKAN makanan rumput, ia adalah nutrisi sama seperti kita makan vitamin. Vitamin bukan makanan, ia adalah nutrisi. Makanan untuk rumput di hasilkan melalui proses fotosintesis di daun yang berwarna hijau.

Tapi pembajaan adalah proses yang penting untuk padang rumput kerana ia adalah tanaman monokultur (rumput liar tidak di kira) dan menghabiskan semua nutrisi yang di perlukan oleh rumput dalam tanah, jika ada. Bila rumput mati atau di potong, ia membebaskan nutrien yang sama. Ini berbeza dengan rumput yang tumbuh liar bersama sama dengan pokok lain, rumput dan pokok mungkin menggunakan nutrien yang berbeza dan bila mati, akan membebaskan nutrien yang berbeza untuk memberi kitaran nutrien yang lengkap.

Selang masa pembajaan yang terlalu lama ataupun tidak membaja akan menjadikan rumput tidak sihat, kuning dan menjadi kurus serta tumbuh jarang-jarang.

Dan itulah sebab mengapa padang bola Cowgrass selalu menjadi mangsa kekurangan nutrisi; sifat genetiknya berwarna hijau gelap menyebabkan orang tidak membaja. Bayangkan perbualan di antara penjaga padang dan boss:

Penjaga: “Boss, saya perlukan duit untuk beli baja, kita perlu baja padang kita minggu depan”

Boss: “Buat apa? Bukankah padang itu masih hijau? Tak perlu. Kita simpan duit untuk bonus hujung tahun”

Penjaga: “Tapi dah tiga tahun tak membaja dan tiga tahun takde bonus pun…”

Secara umum (sebab saya tahu tiada siapa pembaca yang akan lakukan soil test untuk tahu berapa banyak nutrisi dalam tanah) Cowgrass di baja tiga atau enam bulan sekali dan rumput lain satu hingga dua bulan sekali. Untuk rumput baru di tanam; selang masa lebih singkat iaitu seminggu sekali selama tiga bulan pertama. Baja sikit tapi selalu.

Bagaimana cara untuk membaja

Baja foliar di camput ke dalam tong dan di baja dengan cara menyembur menggunakan mesin sprayer besar ataupun tong galas belakang.

Baja butiran di tabur menggunakan alat spreader, yang di tolak oleh orang ataupun spreader di belakang traktor. Baja butiran juga boleh ditabur menggunakan tangan samada secara harfiah (literally) tangan – seeloknya yang bersarung tangan – ataupun tin/cawan yang di celup ke dalam beg baja yang di pegang dengan tangan sebelah lagi.

Walau apa cara sekalipun, pastikan baja di tabur sama rata. Kita boleh tabur/sembur lebih di kawasan yang penting seperti petak penalti tetapi jika baja di tabur tidak rata; akan berlaku perbezaan warna.

Belang padang

Belang atau stripe yang kita lihat pada padang bola atau padang golf bukan di sebabkan oleh teknik pembajaan tetapi cara pemotongan. Namun begitu saya biasa lihat padang yang berbelang atau bertompok kerana teknik pembajaan yang salah.

uneven fertilize baja (2)

Belang dari teknik pembajaan yang salah. Perhatikan pertumbuhan rumput yang lebih agresif di garisan hijau tersebut.

Teknik yang betul ialah:

  1. kalibrasi alat spreader ataupun orang yang akan membuat pembajaan. Spreader manual yang di tolak akan tercampak pada jarak yang berbeza bila di tolak oleh orang yang berbeza kerana putaran penabur di tentukan oleh putaran tayar. Maka jika anda menukar orang, jarak pembajaan mungkin akan berbeza; ataupun orang yang sama tetapi awal pagi dan lewat petang. Begitu juga dengan mesin, putaran penabur ditentukan oleh RPM (putaran satu minit) enjin yang memutar PTO (power take-off) dari gearbox. Menggunakan RPM yang berbeza atau traktor yang berbeza akan memberi jarak taburan yang berbeza.
  2. Tentukan berapa jauh baja ‘di buang’ ke kiri dan kanan spreader. Jika anda membaja dengan tangan, berapa jauh baja di ‘baling’ ke kiri dan kanan pekerja. Nota: jika anda baja guna tangan, saya cadangkan baja separuh padang pada hari ini dan separuh lagi hari esok. Pekerja yang penat akan menabur lebih lemah.
  3. Dengan mengambil kira bahawa mesti ada ‘overlap’ di antara taburan baja (kerana di hujung taburan, hanya terdapat sedikit sahaja baja berbanding di tengah iaitu hampir dengan spreader/orang) kita akan tentukan di mana orang atau spreader kita memulakan taburan. Kita boleh buat secara agak-agak (selalu fail) atau kita boleh gunakan tiga orang pekerja: seorang di hujung padang sana, seorang di hujung sini sebagai penanda dan seorang penabur. Penabur akan memulakan taburan dengan membelakangi seorang penanda dan dia akan tolak spreader atau tabur-tangan ke arah penanda seorang lagi. Penanda yang di belakang penabur akan perhatikan di mana hujung taburan baja jatuh dan anggarkan tanda baru bila penabur dah sampai hujung sana dan akan datang balik kepada dia. Untuk jimat pekerja; kayu penanda boleh digunakan.

    fertiliser spreader mark

    Penanda merah dan biru ialah had taburan baja. Pekerja akan bergerak ke arah kawannya, kemudian menutup bukaan spreader, bergerak ke lokasi baru yang meletakkan penanda biru di had sebelah kanan pula dan penanda merah baru di sebelah kiri, kawannya pula akan ke lokasi baru untuk mempastikan dia akan membaja dalam garisan lurus.

  4. Satu lagi cara untuk mengelakkan belang ialah dengan mempelbagaikan arah pembajaan. Samada jumlah baja di bahagi dua dengan separuh di baja dari utara ke selatan dan separuh lagi timur ke barat; ataupun pada kali ini dari utara ke selatan dan pada kali yang berikutnya dari timur ke barat  (atau atas bawah, kiri kanan atau VIP stand player entrance, scoreboard main exit atau apa-apa sahaja istilah menentukan arah padang.).

    Cara menabur/sembur baja

    Ini adalah contoh cara utk tentukan pembajaan di padang bola. Saya gunakan padang yang mempunyai pattern pusaran supaya tiada kekeliruan tentang pengaruh baja dan striping atau belang padang. Prinsip membaja sama utk semua jenis padang atau halaman

  5. Sebaik-baiknya selepas membaja, kita perlulah menyiram supaya baja tersebut turun dari daun dan jatuh ke tanah dan mula cair supaya boleh di serap oleh akar. Jika siram terlalu lama, baja akan larutlesap (leach) terus ke bawah. Selalunya saya siram hanya 10 minit. Baja foliar mungkin tidak di siram; sila rujuk kepada pembekal. Baja butiran  yang tidak di siram boleh tersejat ataupun ‘membakar’ daun rumput kerana ia mengandungi garam yang akan menarik air keluar dari daun melalui proses osmosis.

Selamat Mencuba!

Untuk maklumat lanjut tentang penjagaan padang; hubungi saya di mynormasATconsultant.com (gantikan AT dengan @) atau talipon O3-5I3I OO66 dan biarkan ia berdering lama. 

Untuk mengetahui ilmu penjagaan rumput seterusnya, “Follow” laman web ini dengan memasukkan email anda di bahagian atas sebelah kanan. Saya biasa menulis satu atau dua kali sahaja setiap bulan. 

Sila sudi klik gambar iklan di bawah artikel in, ia adalah sumber pendapatan untuk laman web ini. Terima kasih.

Copyright and please click

 

Advertisement

3 Responses to “Nutrisi Padang”

  1. Irene L. said

    Good article.

    Liked by 1 person

  2. […] merangkumi kerja kerja amalan kultura seperti pengudaraan padang, pemotongan menegak, hias-atas, aplikasi nutrisi (pembajaan) selain dari kerja pembaikan kerosakan, pembuangan sampah dan […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: