Padang Basah
Posted by mynormas on December 30, 2015
Tahun baru akan bermula dan begitu juga musim persekolahan dan pertandingan bola. Pada hari hujan mungkin kurang orang mahu bermain tetapi sebaik sahaja hujan berhenti, sudah ada orang yang menunggu untuk main. Saya baru baru ini di minta untuk memulihkan padang bola yang sangat basah sebelum pertandingan: izinkan saya berkongsi pengalaman.
Definasi padang yang basah dalam konteks ini ialah padang yang mempunyai air yang di bawah permukaan rumput. Di bahagian atas kita nampak rumput, tetapi di bawah nya adalah lecak dan air.
- Sebagai permulaan, saya akan periksa padang tersebut dan sekelilingnya. Saya akan ambil perhatian bahagian yang paling basah iaitu di mana air bertakung dan di mana rumput tumbuh di atas tempat yang seperti bubur tanah atau sawah padi. Saya periksa longkang sekeliling padang untuk mencari punca air keluar dan juga jika air longkang tersumbat.
Longkang yang tersumbat sebabkan air masuk balik ke padang dan tinggikan ‘water table’
- Di kawasan air bertakung di tengah padang, saya akan cuba keluarkan air dengan menggunakan longkang kecil yang di potong dengan cangkul. Saya juga akan buang lumpur atau ‘bubur tanah’ tadi berserta rumput nya sekali. Saya akan buang seberapa dalam yang boleh, hinggalah saya jumpa tanah yang padat. Saya akan pastikan longkang keliling padang tidak tersumbat dan menyebabkan air mengalir balik melalu longkang bawah padang (subsoil) atau meninggikan tahap air bawah padang (water table).
“Terlajak lecak!!!” Kawasan ini akan saya korek dan buang tanah sedalam yang mungkin.
- Saya lakukan proses slicing ataupun solid-tining (ataupun anda boleh guna apa apa pun cara untuk menebuk lubang di tanah) untuk membantu air turun ke bawah ATAU supaya air ada ruang untuk sejat (evaporate) ke udara. Saya akan gunakan traktor atau mesin ringan ataupun cucuk besi tajam secara manual dan berhati hati supaya tiada kesan pada tanah.
Slicing dengan pisau ninja. Guna besi tajam pun boleh. Yang penting ada lubang lubang air boleh tersejat/di keringkan oleh udara. Hubungi saya jika anda perlukan mesin utk di sewa. Gambar hiasan.
- Saya akan potong rumput lebih pendek dari biasa, supaya udara boleh mengeringkan padang. Saya cadangkan ketinggian sekitar 15mm.
- Saya akan kekal potong dua kali seminggu dengan pertukaran arah potongan yang kerap supaya tiada bekas tayar di atas tanah lembik.
- Di kawasan yang saya telah buang rumput dan lumpur tadi saya akan tunggu hingga kering ataupun saya akan keluarkan air dengan pam letrik ataupun baldi dan tangan kemudian saya akan padatkan dengan pasir dan kemudian tanam dengan rumput baru.
Bila saya keringkan air dari petak empat segi yang saya korek dan buang tanah sedalam enam inci; air dari keliling akan mengalir masuk tempat paling rendah itu, jadi kawasan sekelilingnya jadi kering (secara relatif).
- Saya akan topdress seluruh padang dengan pasir supaya pasir akan menggantikan thatch ataupun lumpur di bawah rumput. Saya anggarkan perlu 20 hingga 40 tan pasir untuk satu padang tapi saya habis 60 tan lebih!
- Seminggu sebelum pertandingan di mulakan, saya mula tinggikan potongan semula; dari 15 ke 16 dan kemudian ke 18mm. Spesifikasi minima yang di berikan kepada saya ialah tiga suku inci jadi saya potong pada 18mm sebelum saya serah kepada penganjur. Ingat: lebih panjang rumput kita, lebih susah tanah untuk kering.
Di sebelah kanan di jalur ke 2 dan ke 3 ialah petak lecak dari gambar di atas; telah kering dan boleh di gunakan.
- Longkang longkang kecil yang saya korek untuk keluarkan air dari padang saya tutup dengan pasir dan padatkan dengan rumput supaya tidak mencederakan pemain dan pegawai.
- Saya gunakan alat yang saya namakan sebagai Pengganti Rumput (nama sementara) untuk tanam semula kawasan kecil yang rosak.
Kemudian saya serahkan kepada penganjur.
Nota penting: Longkang bawah tanah di padang atau subsoil drain adalah penting tetapi saya hanya ada masa tiga minggu untuk sediakan padang jadi saya hanya perlu air tersejat ke udara dan memberikan padang yang tidak licin kepada pemain.
Selamat Mencuba!
Untuk maklumat lanjut tentang penjagaan padang; hubungi saya di mynormasATconsultant.com (gantikan AT dengan @) atau talipon O3-5I3I OO66 dan biarkan ia berdering lama.
Untuk mengetahui ilmu penjagaan rumput seterusnya, “Follow” laman web ini dengan memasukkan email anda di bahagian atas sebelah kanan. Saya biasa menulis satu atau dua kali sahaja setiap bulan.
Sila sudi klik gambar iklan di bawah artikel in, ia adalah sumber pendapatan untuk laman web ini. Terima kasih.
persidik said
Assalam, macam mana nak dapatkan quotation utk padang sintetik
LikeLike
mynormas said
Salam. Tak pasti. Saya dah cuba nak bekerja sama dengan diaorang tapi tak berjaya. So saya tak boleh bantu di sini.
LikeLike
faq said
terbaik bro atas info penjagaan padang..
kalu ade lagik psl padang yg nak di baik pulih..harap bro dpt kongsikan lagik bersama kami..
LikeLiked by 1 person
mynormas said
Terima kasih…
LikeLike
awang alifah bin awang aming said
napa lah teda pemilik stadium yang amik tuan jadi bos jaga rumput dorg.. kebanyakan ala kadar ja rumput dia. belang pun mcm mau tak mau.
LikeLike
mynormas said
1. Kerana budget mereka kecil.
2. Kadang-kadang its about who you know and not what you know.
3. Construction memang dah silap, saya pun tak boleh buat magic.
4. Sombong.
LikeLike
shahruljunaidy said
ADA KE KURUSUS UNTUK MEMBUAT DAN PENGURUSAN PADANG NI
LikeLike
mynormas said
TAK ADA.
LikeLike
shahruljunaidy said
KALAU NAK BELAJAR MCMANA CARANYA TUAN
LikeLike