Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Penjagaan rumput musim tengkujuh

Posted by mynormas on December 14, 2011


Di sini saya sertakan beberapa tip yang boleh digunakan di padang golf, padang bola, lain-lain padang rumput turf dan/atau halaman rumah.

  1. Membaja pada waktu ini hampir boleh di ibaratkan mencurah air ke daun keladi. Baja tersebut akan mengalir ke dalam longkang, sungai, parit ataupun tasik di sekeliling. Hentikan guna baja terutamanya jika baja tersebut tidak mempunyai bahan ‘slow-release’. Sebaiknya; gunakan baja foliar yang boleh di serap dengan pantas oleh rumput. Sembur sedikit tetapi selalu.
  2. Elakkan atau kurangkan penyemburan racun serangga. Jika terpaksa; perhatikan cuaca. Jika hujan lewat petang; sembur awal pagi. Cuba untuk gunakan racun serangga jenis sistemik (racun serap) yang akan masuk ke dalam rumput dan menjadikan rumput ‘tak sesuai’ di makan oleh serangga.
  3. Elakkan atau kurangkan penyemburan racun kulat. Jika terdapat masalah penyakit; cuba dahulu untuk mengatasinya dengan menaikkan ketinggian potongan (jangan TAK potong), kurangkan trafik lalu di kawasan berpenyakit (kurangkan sebaran dan stress), pangkas pokok atau alih perabot untuk menambah aliran udara dan cahaya matahari. Jika penyakit berterusan, lihat langkah penggunaan racun serangga di atas.
  4. Jangan benarkan mesin atau alat yang berat untuk masuk ke dalam padang yang basah. Ini akan memburukkan mampatan kerana padang yang basah akan bersifat lembut. Membenarkan mesin masuk akan meninggalkan kesan tayar yang akan berlarutan hingga berbulan-bulan. Ia juga akan menyebabkan lecak atau becak yang memburukkan pandangan. Jika tanah tidak terlalu basah/lembik dan anda terpaksa memotong JANGAN potong mengikut garisan/stripe kerana ini akan meletak tayar di atas garis dan boleh membuat lekuk.
  5. Cuba gunakan plant growth regulator (PGR) seperti Primo untuk melambatkan pertumbuhan.
  6. Tebuk tanah dengan spiker, slicer, solid-tine, hollow-tine kecil dan apa-apa saja (pen lama, garfu lama dan sebagainya)

    Menebuk lubang di kawasan berlumut. Lumut adalah simptom kelembapan tinggi. Bantu air mengalir di kawasan berlumut.

    supaya membantu air dan udara untuk masuk kebawah. Tebuk sekurang-kurangnya setengah inci (asalkan tembus thatch).

  7. Sembur agen pembasah tanah (soil wetting agent) untuk membantu air turun. Sembur pada waktu tanah tidak tepu dengan air.

Sentiasa baca label, gunakan pekera yang terlatih dan gunakan akal sebelum menyembur sebarang jenis bahan kimia ataupun baja. Jika ragu-ragu; hubungi Pakar Rumput.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: