Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

PGR

Posted by mynormas on July 17, 2018


Ini bukan singkatan nama parti politik baru tetapi adalah singkatan untuk  plant growth regulator atau kimia pembantut pertumbuhan.  Ia adalah satu kimia yang dicampur dengan air dan disembur kepada rumput (dalam konteks artikel ini). Kimia ini akan bertindak dengan hormon pertumbuhan rumput dan memperlahan pertumbuhan rumput dan/atau memendekkan bahagian tertentu rumput (contohnya internod dan daun).

Terdapat beberapa jenis PGR di pasaran seluruh dunia tetapi di Malaysia, hanya ada satu jenama yang dijual setakat ini iaitu Primo atau Primo Maxx. Bahan aktif mereka ialah Trinexapac-ethyl yang akan mengurangkan pengsintesisan asid gibberellic dalam tumbuhan yang akan memendekkan sel dan internod. Selepas beberapa hari disembur dengan betul, rumput akan mengurangkan pertumbuhan ke atas dan mengarahkan lebih banyak tenaga ke pertumbuhan sisi melalui rhizom dan stolon, malah dikatakan akar juga akan bertambah. Rumput akan bertambah padat dalam kawasan yang sama besar.

Penggunaan kimia pembantut pertubuhan (PGR) di fairway, tee, rough dan padang bola selain di lereng bukit yang curam, tebing bunker dan tebing longkang boleh membantu dalam penjagaan secara am dan secara khususnya ketika musim hujan, sewaktu pertandingan yang berlangsung beberapa hari, sewaktu mesin rosak atau kekurangan pekerja; penggunaan PGR akan amat membantu.

Penggunaan PGR boleh

  1. Mengurangkan kekerapan pemotongan dari seminggu tiga kali kepada dua atau dari seminggu dua kali kepada satu, malah dari seminggu sekali kepada dua minggu sekali; bergantung kepada jenis rumput, pembajaan, cuaca dan sebagainya.
  2. Mengurangkan jumlah sisa rumput yang dipotong yang akan menjadi susah diurus selepas pembajaan dan dimusim hujan.
  3. Menjadikan fairway kelihatan lebih kemas dengan panjang rumput yang lebih seragam.
  4. Dalam beberapa keadaan dan untuk beberapa spesis rumput yang mempunyai pertumbuhan agresif; padang akan kelihatan lebih hijau kerana terdapat lebih banyak daun per luas kawasan berbanding sebelumnya.
  5. Pemotongan yang lebih rendah untuk fairway yang cantik DAN pengurangan rumpai yang tidak dapat tumbuh pada ketinggian potongan yang rendah.
  6. Mengurangkan keperluan memotong rapi (trim) di keliling pokok, tepi laluan buggy, kayu penanda dan sebagainya.

Penjaga padang atau superintenden sebaiknya meminta sample dari penjual dan menjalankan ujian di separuh kotak manager diluar padang atau separuh fairway satu lubang par-4 dan melihat kesannya selepas dua minggu aplikasi sebelum membuat keputusan selanjutnya.pgr-primo-comparison

Untuk green pula, setakat ini saya telah membaca tentang tiga ujikaji di Amerika yang mana dua daripadanya mengatakan mereka mendapat kelajuan greenspeed yang lebih tinggi BILA RUMPUT DIPOTONG PADA KETINGGIAN BIASA. Untuk rumput yang dipotong rendah (contohnya sebelum pertandingan atau di padang yang memang selalu potong rendah) maka penggunaan Primo tidak memberi kesan kepada kelajuan green tetapi akan memberi kesan kepada pengurangan sampah dan penambahan daun.

Sila uji dahulu sebelum menjadikan ia sebagai program rutin penjagaan padang anda.

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

Rujukan.

  1. http://grounds-mag.com/chemicals/grounds_maintenance_putting_numbers_pgrs/
  2. https://www.lawn-care-academy.com/plant-growth-regulators.html
  3. The Effect of Plant Growth Regulators on Putting Green Speed. archive.lib.msu.edu/tic/mitgc/article/19923.pdf
  4. Plant Growth Regulators and Green Speed. archive.lib.msu.edu/tic/msufd/article/199133.pdf
  5. Effective use of Plant Growth Regulators on Golf Putting Greens: http://www.nebraskaturfgrass.com/turfiNfo/kreuser-green-section.pdf
Advertisement

2 Responses to “PGR”

  1. moeis1973 said

    boss..pgr ni boleh disembur ke atas rumput jepun Tak? brp harga?

    Like

    • mynormas said

      Rumput Jepun? Zoysia japonica? Confirm boleh. It will make a difference sebab ia akan lambatkan pertumbuhan dan akan jadikan rumput Zoysia lebih padat. Saya biasa dengan Zoysia matrella yang lebih kurang sama dengan Z japonica. Masa tu saya ada lebih kurang 20 hektar Z matrella so sangat berbaloi. Kalau kawasan yang bertebing pun, amat berbaloi. Dia tak jual botol kecik. Botol besar rasanya boleh guna untuk dalam 2 hektar bergantung pada jenis rumput.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: