Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Rehabilitasi Padang

Posted by mynormas on May 30, 2016


Akhir tahun lepas saya bercerita tentang pengalaman saya mengrehabilitasi padang yang basah sebelum sebuah pertandingan. Awal tahun ini saya telah di minta untuk mengrehabilitasi sebuah padang terbiar. Padang tersebut di katakan telah terbiar selama beberapa tahun.

Berjalan di atas padang itu untuk pertama kali, saya dapati.

  1. Tanahnya padat. Ini baik dan juga tidak baik. Baik untuk permainan tetapi juga bermakna air, di musim hujan nanti, akan tidak mengalir ke bawah.
  2. Ia di tumbuhi lalang yang banyak dan telah terbakar di beberapa tempat. Lalang yang tinggi akan menyebabkan rumput di bawah mati kerana tiada matahari.
  3. Rumpai semalu paling besar yang pernah saya lihat dalam hidup saya.
  4. Rumput yang tidak berpotong selama bertahun tahun.
  5. Tanah yang tidak rata.
  6. Kawasan yang kering dan botak.
  7. Pagar yang telah di penuhi dengan pokok segera seperti petai belalang dan creepers.
    Padang Chemor before
    Gambar padang pada 13 January 2016

Tanah yang padat itu – saya di beritahu oleh orang kampung kemudiannya – ialah kerana mereka telah menggunakan sebuah steamroll untuk meratakan padang bila mereka mahu menggunakannya (Nota: Jangan, jangan, jangan guna steamroll besar utk meratakan padang, anda akan hilangkan ‘camber’ padang serta tanah keras akan timbul dan tanah lembut akan tenggelam: ya; tanah tak sama kekerasannya terutamanya jika anda penggemar TOPSOIL!)

Dengan belanjawan yang terhad dan masa yang singkat, apa yang perlu saya buat ialah:

  1. Melembutkan padang
  2. Membunuh lalang dan semalu.
  3. Memotong rumput berulang kali dan menurunkan ketinggian perlahan lahan
  4. Meratakan padang dengan melakukan hias atas berkali kali.
  5. Membunuh rumpai di pagar.
  6. Menanam semula kawasan yang botak.

Untuk melembutkan tanah, saya perlu lakukan pengudaraan padang. Tetapi lama sebelum itu, saya perlu selesaikan masalah rumpai di padang. Adalah mudah untuk saya menyewa sebuat traktor untuk potong sahaja lalang dan semalu tetapi saya tahu mereka akan balik semula tak lama selepas itu, jadi saya perlu meracun mereka tanpa menjejas rumput padang di bawah lalang dan semalu. Saya tahu untuk meracun lalang saya hanya perlu guna sebarang jenama glyphosate tetapi untuk semalu? Sedikit penyelidikan di Google dan saya dapati racun dengan bahan aktif triclopyr adalah efektif (ejaan mungkin silap, sila selidik sendiri).

Setelah saya racun dengan cara melayangkan penyembur di atas rumpai yang berkaitan dua hari kemudian saya mulakan proses pemotongan. Dan potong dan potong dan potong. Saya tidak dapat potong sekali gus kerana A. Saya takde tempat nak buang sampah rumput dan B. Jika saya potong rumput padang itu pada kerendahan yang terlalu drastik, maka rumput boleh mati. Hampir lima lori sampah akhirnya di keluarkan.

potong padang c
Potong, potong, potong dan potong, dari siang ke malam; dari padang hijau ke kuning.

DSC_0267

Kemudian saya lakukan pengudaraan tanah dengan cara hollow-tine. Menggunakan mesin kecil, hampir merosakkan mesin tersebut kerana kekerasan padang.DSC_0283

Selepas itu saya lakukan hias-atas sebanyak dua kali untuk cuba meratakan padang tanpa menggunakan steamroll.

Terkejutnya saya bila saya dapati ada masalah baru pula: iaitu semut merah yang mempunyai sarang di merata-rata tempat di atas padang. Kini saya terpaksa meracun semut itu pula. Ini senang; saya banjirkan sarangnya supaya permaisuri nya mati atau lari. Saya biarkan askar atau pekerja semut yang berkeliaran di atas tanah; tanpa permaisuri atau sarang, mereka akan mati sendiri tanpa pengganti.

Seterusnya saya lakukan pembajaan. Masalahnya ialah saya tiada sumber air untuk menyiram padang tersebut. Setiap hari saya tunggu hujan. Hujan tiada, dan rumput mulai layu.

Suatu hari, kami terdengar guruh, kami bergegas ke padang dan tabur baja, tapi tiada hujan. Ini berulang sekali lagi. “Tak per, baja tu duduk dalam tanah tunggu hujan” bohong saya pada partner saya Aman bin Yeop dan Bakri bin Zainal.  Sebenarnya, baja tersebut akan hilang sebagai wap sahaja.

En. Aman akhirnya mengambil keputusan untuk membawa pam air kecil dan beberapa sprinkler dan menggunakan sumber air yang berdekatan, kami telah menyiram padang untuk mengelakkan rumput dari menjadi dormant. Untuk siram keseluruhan padang dengan sprinkler boleh-ubah mengambil masa hampir satu hari suntuk.

Kami bernasib baik kerana tuan padang yang juga susah hati tentang keadaaan padang telah mengambil keputusan untuk memasang sprinkler. Malangnya tukang paip yang di pilih tiada pengalaman padang; sprinkler yang di bawanya hanya boleh menyembur air sejauh 4 meter sedang kan lebar padang adalah 64 meter. Tuan padang tidak membenarkan sprinkler di atas padang, suatu keputusan yang saya setujui. Nasib baik En. Aman ada supply sprinkler padang golf yang mampu menyembur hingga 20 meter. Nasib baik juga tukang paip ini jenis yang befikiran terbuka dan mahu mendengar nasihat, beliau telah memasang sprinkler yang ada dan juga menambah beberapa paip kosong untuk kami gunakan untuk menyiram tengah padang.

temporary sprinkler (2)

Penyiraman air menggunakan sprinkler boleh-ubah

Kami siram. Kami baja. Kami potong. Tetapi cuaca yang kering tidak membantu. Padang nampak macam kering. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menambah dengan Agen pembasah untuk membantu air siraman masuk ke bawah tanah. Mungkin tanah ini adalah tanah hydrophobic?

Masa itu, alhamduliLlah, keadaan menjadi bertambah baik, rumput mula bertukar menjadi hijau dan cuaca juga semakin baik.

Padang Chemor after
Gambar padang selepas empat bulan.

Maka makin ramai lah pelawat yang berminat ke padang itu dan tidak juga kurang ‘pakar-pakar’ lain yang berkata “Eleh, aku pun boleh buat!”

Berikut adalah gambar ‘time lapse’ tepi gol untuk anda lihat perkembangan dari masa ke semasa perubahan padang.

Time lapse pictures

Gambar dari satu sudut padang

 

Advertisement

9 Responses to “Rehabilitasi Padang”

  1. Borhan said

    Baja apa yang dipakai dalam proses rehab ini?

    Like

    • mynormas said

      Saya perlukan baja yg mempunyai kadar nutrients yg seimbang tetapi banyak di masa yg sama adalah murah supaya saya boleh baja selalu.
      Saya gunakan baja 15:15:15

      Like

    • Borhan said

      Bagaimana nak mengatasi rumpai “clover” yang berleluasa. Bolehkan potongan rumput yang tinggi mengatasi masaalah ini. Apakah tinggi potongan yang ideal untuk padang bola?

      Terima kasih

      Like

      • mynormas said

        Clover. 🍀. Rumpai berdaun lebar? Cuba racun utk daun lebar seperti triclopyr atau MCPA. Pergi ke kedai pertanian dan tanya. Beli sebotol setiap satu dan buat trial utk lihat kesan nya pada rumput Cowgrass tuan. Kedua dua tiada kesan pada Bermuda.
        Utk trial, buat tiga lot 1×1 meter di belakang gol yg ada clover. Kemudian baca label, 1st lot guna half of recommended dose. 2nd lot use recommended dose. Third lot use double dose. Then see mana yg kill clover without affecting too much of Cowgrass.
        Ketinggian potongan yg sesuai? FA England cadangkan 25-35mm. Kawan saya dari NFDP cadangkan 19-25mm (ini ‘translate’ from inci). Saya tak tahu FAM berapa. FIFA, saya tak ingat tapi rasanya dalam 25mm (satu inci).
        Selamat mencuba! (semua atas risiko sendiri ya).

        Like

  2. mohd safrizam bin abdullah sham said

    padang tersebut yang dominan rumput apa tuan?

    Like

  3. Onyang said

    Tuan,

    Semasa tuan meracun lalang di depan pintu gol. Adakah rumput disekitar tidak terkesan memandangkan tuan menggunakan glyphosphate.

    Like

    • mynormas said

      Kalau ter kena, ia akan ter kesan. Tetapi lalang tu dah tinggi pinggang, saya boleh sembur supaya ia hanya kena lalang sahaja.
      Ada juga tempat yg lalang sangat tebal, hingga kan tiada lagi rumput Cowgrass di bawah nya. Selepas lalang mati, saya terpaksa tanam semula.

      Liked by 1 person

  4. […] argument. Well now I have and I’m pretty sure the field looked much better than it did before. Maintaining a football field, to me is like maintaining the fairway of a golf course, though I […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: