Pakar Rumput

Laman Web Rujukan Rumput Tempatan. Local Turf Reference Website

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Memotong Rumput.

Posted by mynormas on May 20, 2013


It is time that we give better thought to how we cut grass. Cutting (‘mowing’ sounds so much beter) grass should be one of the most important thing to consider for anyone who is growing grass. Yet most people seem to not give it much thought.
Rumput adalah benda hidup yang sentiasa tumbuh. Jadi kepada orang yang menanam rumput, samada sebagai kerja atau hobi: samada sebagai tempat rekreasi atau aesthetik; samada tempat kecil atau besar: samada rumput import atau tempatan: samada murah atau mahal; kalau tanam rumput, kenalah potong rumput. The only rumput yang tak payah di potong ialah rumput plastik. Atau mingkin rumput mati.

Bila perlu potong?
How often should we mow? Kekerapan memotong bergantung kepada beberapa faktor seperti kesuburan rumput, kegunaan kawasan dan jenis rumput yang akan mempengaruhi kecepatan ia tumbuh panjang. Ada rumput yang lebih cenderung tumbuh melata dari ke atas dan ada rumput yang lebih cepat panjang dari membiak.
Ada rumput yang dipotong seminggu sekali, dan ada rumput yang dipotong setiap hari (contohnya atas green padang golf). Kalau kita nak potong sebulan sekali, saya cadangkan rumput plastik.
Begini, “rule of thumb” untuk memotong rumput ialah memotong hanya satu pertiga dari ketinggian rumput. Ingat: rumput mendapat makanan dari proses fotosintesis di daun, bukan dari baja. Oleh kerana itu, pemotongan yg drastik dan memotong hampir keseluruhan daun akan mencederakan rumput.
Di kebanyakkan halaman dan padang yang ditanam dengan cowgrass yang tidak di baja; memotong satu kali setiap dua minggu MUNGKIN memadai. Tapi musim hujan selalunya memerlukan pemotongan lebih kerap. Kalau.rumput yang seringkali di panggil sebagai rumput karpet: pemotongan seminggu sekali (paling sikit) di perlukan.

Penggunaan Mesin.
Selain itu, penggunaan mesin yang jenis pikul belakang atau dikenali sebagai “brush-cutter” juga memburukkan keadaan.
“Brush cutter”, “bush cutter”, “whipper snapper” ataupun “helicopter”; mesin ini di gemari kerana ia murah, mudah digunakan dan adalah mudah-alih. Ia mempunyai enjin dua lejang ertinya ia mempunyai kekuatan yang lebih berbanding saiznya yang kecil. Tapi ini juga menyebabkan ia tak baik untuk alam sekitar.

sebenarnya rumput tak sekata dan terlalu rendah.

sebenarnya rumput tak sekata dan terlalu rendah.

Mesin ini juga sukar di gunakan untuk waktu yang panjang. Ini menyebabkan kerja ini di pikul oleh pekerja yang lasak. Ini menghadkan jenis orang yang mahu menceburi bidang penjagaan rumput.

Saya menyeru kepada tuan rumah, pemilik lanskap, kerajaan tempatan dan sebagainya untuk menghadkan atau menghentikan penggunaan mesin “brush cutter” ini. Ini boleh di lakukan dengan membuat perubahan padang supaya ia menjadi lebih mesra kepada mesin yang boleh di pandu. Untuk kawasan yang tak dapat di ubahsuai: gunakan alternatif yang ‘low-maintenance’ lain kepada rumput seperti ground-cover (Arachis pinto?), bunga (wildflower atau weeping lovegrass), batu hiasan kecil, tile ataupun rumput tiruan.

Tuan rumah seharusnya melabur untuk membeli mesin sendiri yang boleh didapati di supermarket atau hypermarket ataupun di kedai hardware yang besar. Untuk mendapat rumput karpet yang cantik; amalkan pemotongan yang kerap. Sekurangkurangnya satu minggu satu kali.

Advertisements

11 Responses to “Memotong Rumput.”

  1. john n said

    what happen to the grass if i cut too much? i mean no leaf left ? will it grow again? my grass become brown and looks like nver come out again 😦

    Like

    • mynormas said

      Well, if its just the leaf, chances are it will grow again but if you cut it down to ground level; you may have cut the “crown” which means it won’t grow again. Mow it high or don’t mow for 2 weeks and see what happens. Maybe you’re lucky or you may have to replace certain areas.

      Like

  2. awang alifah said

    saya pakai mesin sandang. ngan sandang tu juga saya buat jalur old trafford. kalau tgok dari tingkat atas sedap lah mata memandang. tgok dekat dekat boleh dengar rumput tu nangis minta makan. ada sejenis mesin rumput yang main tolak guna tulang empat kerat je. adakah ia sesuai dengan cowgrass.. dan boleh buat jalur ke dengan mesin tu? atau kena letak stimroll (betul ke ejaan aku ni) kat belakang dia sebab nak rebahkan rumput tu ke satu arah

    Like

    • mynormas said

      Tak payah steamroll (ni ejaan nya), hanya perlu paip besi atau GI sama lebar dengan mesin di tarik oleh mesin oun boleh.
      Mesin yg tuan cakap tu ok, tapi kena guna kederat kerana ia di”power” oleh tanah.
      Guna mesin potong tolak yg boleh di beli di Giant atau Ace pun ok, sebab ketinggian potongan adalah konsisten. Ia juga lebih selamat utk tuan.
      Baja sikit tapi selalu. Utk cowgrass yg lebih dari setahun umurnya, pembajaan setahun 2 kali pun ok. Sekali pada bulan puasa (supaya masa Raya tuan rumah bangga) dan sekali lagi 6 bulan kemudian.
      Guna baja organik (juga di Giant atau Ace) lebihkurang segenggam utk 2 meter persegi – tak payah tepat, yg penting konsisten.
      Selamat Mencuba!

      Like

      • awang alifah said

        seronok lah. byk boleh belajar. bila tuan kata rumput tuan rumah yang besarnya cuma macm stem kat poskad, masalah saya umah saya yang mcm stem kat poskad nak bayangkan betapa luasnya kawasan berumput. saya semakin menghormati dan menghargai mereka yang jaga rumput ni. ( dulu pun hormat juga tau tak marah marah dorg) luas keseluruhan 1.8 ekar. besar rumah 30×60 kaki dua tingkat. kawasan berumput yang tanahnya kebanyakannya beralun alun. bekas orang tanam padi. yes. sedikit demi sedikit saya cuba untuk meratakan kawasan beralun sementara umur masih dalam pertengahan 30an ni :p. sebab tu pakai mesin sandang. tu je yang mampu masuk semua tempat. tapi setelah hampir 2 bulan saya menjadikan aktiviti ini secara rutin berpandukan ilmu dari tuan, alhamdulillah, kesannya saya nampak anak dara sebelah umah asyik merenung jauh je kearah rumput yang saya jaga. (nasib dah ada bini hehe) tuan rumah sebelah pulak siap order mesin sandang baru. mula potong seawal jam 6 pagi. betul tak cakap bohong punya. 6 pagi kat sabah matahari hampir nak kuar dah. sasaran saya raya tahun depan insya allah ada yang nak booking main golf kat halaman umah saya. hehehe…terima kasih banyak banyak. saya dah semakin suka jaga rumput. kawasan umah saya namakan Trafford Villa kerana sukanya pada rumput di Old Traffod dan manchester united. cuma dulu saya jaga tanpa pengetahuan. kini saya belajar sikit sikit dari web tuan. terima kasih banyak banyak..

        Like

      • mynormas said

        Kalau tuan boleh potong dengan cantik guna mesin sandang, memang boleh tabik lah.
        Tahniah.

        Like

  3. firdaus said

    saya guna batang penyapu jer saya potong

    Like

  4. Tuan, saya mula menceburkan diri untuk kerja potong rumput dari rumah ke rumah awal tahun ni. Saya gunakan mesin sandang untuk potong rumput semua rumah. Pengalaman saya ada hanya tahu potong rumput saja, sebab itu yang diminta oleh tuan rumah. Mohon pendapat tuan, bagaimana saya boleh membantu tuan rumah untuk bagi rumput mereka lebih cantik bukan setakat potong sahaja. Melalui pembacaan disini banyak juga membantu tetapi saya rasa ada banyak lagi saya perlu belajar dari tuan.

    Like

  5. adamKJ said

    Salam encik.
    Sy pemotong rumput bersandang (sambilan) di kawasan perumahan sejak 2 bln lalu & baru disedari cara sy salah utk pelanggan carpet grass zoysia type.
    Majoriti tanam sebelah carpouch lbh krg 4ft X 7ft. Tuan rmh sering panggil sebulan @ 6 mggu sekali utk potong. Tepi tembok & pasu bunga biasanya jarang rumputnya menjalar tp panjang, lps potong mesti nmpk botak tanah lanskapnya. Sy dh cuba potong seRATA & sePERTIGA mungkin (susah pakai sandang & mata tali) utk kekalkan hijau tetapi tuan rumah mahu sehingga nmpk kekuningan kesemuanya seperti yg dilakukan pemotong rumput warga asing. Mohon pandangan & nasihat kepada sy & tuan rumah.
    adam-012 224 5254

    Like

    • mynormas said

      Salam Adam,

      Ada dua masalah; pertama ialah tuan rumah mengambil masa terlalu lama untuk potong; Zoysia sepatutnya di potong dua kali seminggu tapi sekurangkurangnya seminggu sekali. Kedua ialah rumput yang di tanam di kawasan redup (kurang dari 8 jam sehari matahari) akan lebih cepat panjang.
      Masalah ketiga (bonus) ialah rumput yang di potong selalu hinggakan kuning ertinya tiada lagi daun pada rumput tersebut dan jika di lakukan berulang kali; akan membunuh rumput. Oleh kerana ada beribu ribu rumput, tuan rumah tak nampak ia mati tapi sebenarnya ia mati sedikit demi sedikit dan akan di gantikan dengan rumput liar.

      Potong hendaklah satu pertiga dari ketinggian rumput dan sama rata. Apa yang En. Adam buat dah betul tapi tuan rumah yang sepatutnya tanam Cowgrass silap tanam Zoysia. Cowgrass boleh potong sebulan sekali (tapi saya TETAP cadang seminggu sekali).

      Saya mencadangkan En. Adam memperbesarkan business dengan bukan sahaja memotong rumput tetapi menjadi seorang lawn-care specialist iaitu termasuk membaja, meracun dan menjaga pokok lain. Tetapi pelanggan mestilah sain kontrak setahun dan bayar bulanan (dengan sebulan deposit). Harga bergantung kepada saiz laman. Satu rumah mesti siap dalam masa 30 minit.

      Insya Allah saya akan hubungi En. Adam bulan depan. Mungkin kita boleh saling membantu.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: