“Anda tidak layak untuk bekerja di padang golf”. Saya dengar ayat itu dua kali dalam dua bentuk pada tahun 1993. Kali pertama adalah dari Course Superintendent bangsa Malaysia yang memberitahu seorang pelawat – di depan saya – dan kali kedua ialah dari pengganti beliau, seorang warga Australia yang memberitahu saya di depan muka saya di tee lubang 2 Valley Course.
Maksud mereka mungkin sama, tetapi cara mereka menghadapi nya adalah berbeza; Orang pertama telah mengambil tindakan untuk tidak mengendahkan saya dan terus memberi arahan kepada para pekerja melalui dua orang supervisor. Tugas yang di beri kepada saya hanyalah semata-mata untuk pusing padang selepas hujan dan check bunker mana yang bertakung air.
Manakala, Course Superintendent dari Australia itu telah mengarah saya dan seorang lagi Asisten Superintenden untuk membawa mesin padang golf sebagai operator biasa. Rakan saya itu, saya akan panggil dia sebagai Mr. T, telah mengambil tindakan untuk berhenti kerja dengan berkata “Aku ada ijazah, kenapa mesti buat kerja ini?”.
Saya telah menerimanya sebagai satu cabaran. Sebelum masuk kerja di industri golf, saya bekerja di industri perladangan dengan jawatan Penolong Pengurus Ladang yang selau di panggil ‘Tuan’ oleh pekerja biasa dan sekarang saya akan membuat kerja sebagai pekerja biasa.
Bukan saja saya bawak mesin, saya juga di beri tugas untuk ‘cuci’ spinkler di 18 lubang. Saya kena buka sprinkler dari atas, keluarkan internal (isi) nya, pecahkan saringan (filter) di bawah sprinkler, seluk tangan sampai ke siku untuk keluarkan sisa saringan, bukak air supaya apa yang sumbat akan keluar dari bawah sprinkler, kemudian pasang balik semua. Ulang beratus kali lagi. Ada satu hari tu, seorang pekerja tak sampai hati tengok tangan saya luka dan ambil screwdriver dari tangan saya untuk ambilalih tugas. Ego saya nak ambil balik, tapi akhirnya saya mengalah…
Yang paling mencabar ialah kerja menyembur racun menggunakan boom-sprayer dan menabur baja menggunakan spreader Vicon di belakang tractor. Saya pernah masuk hospital enam hari kerana keracunan. Satu hari, sedang saya baja fairway berlaku hujan lebat, saya pun balik ke pejabat. Course Superintendent jumpa saya dan tanya “Why are you back?”, saya kata “Its raining”. Dia ambil plastik tarpaulin, tutup Vicon supaya hujan tidak masuk ke dalam spreader dan suruh saya sambung. Waktu itu petir dah mula, boleh saja saya lepak di driving range atau poolside cafe atau starter hut tetapi saya habiskan juga baja fairway lubang 12 dalam hujan lebat dan petir. Bila saya balik dalam basah kuyup, dia tunggu saya di depan pejabat. Dia kata, “I know its raining and all, but I need you to do this”. Masa tu, Tuhan saja yang tahu dalam hati, tapi kemudian, saya tahu ketahanan saya menghadapi kesukaran kerja, antaranya datang dari situ. Itu hakikat kerja di padang golf; cuaca yang tidak menentu. Kalau hujan sikit kita yang lari dulu, apa cerita pekerja kita?
Bukan niat post ini untuk saya bangga diri, tapi saya ingin menekankan bahawa untuk kerja di padang golf sebagai supervisor atau superintenden dan sebagainya, kita perlu tahu pengoperasian, penggunaan dan penjagaan mesin yang ada di padang dan buat kerja di padang.
Jangan nanti anda di cabar secara langsung oleh pekerja (tidak akan selamanya pekerja anda adalah orang asing) dengan dia kata “Cuba kau buat! Aku nak tengok!” ataupun secara tidak langsung bila mereka mogok atau tidak datang kerja dan anda sendiri kena bawak mesin. Jangan juga di perbodohkan pekerja. Saya masih teringat ketawa pekerja kerana Mr. T tidak jumpa cari kunci untuk hidupkan mesin ‘sweeper’; mesin itu sebenarnya tidak menggunakan kunci, ia gunakan sistem push-start seperti yang ada pada banyak kereta moden sekarang. Mereka sengaja tak beritahu dia kerana dia tidak tanya mereka dengan baik.
Kalau anda boleh buat apa yang mereka boleh buat, bukan sahaja hormat mereka akan meningkat, tetapi keyakinan diri anda juga akan meningkat.
Di masa yang sama, mereka tidak boleh lagi memberitahu anda tentang kerja sewenang-wenangnya. BIla saya masuk kerja sebagai Superintenden di kelab baru, pekerja memberitahu saya bahawa mereka mengambil masa dua hari untuk potong fairway di 9 lubang. Selepas sebulan, saya ajar mereka macamana nak potong dengan betul dan dalam masa singkat, mereka boleh siap 9 lubang dalam sehari dan fairway lebih cantik dari dahulu. Mereka bukan pekerja baru; seorang pemotong fairway dah ada pengalaman 7 tahun. Samada mereka sengaja menduga saya atau mereka tidak di latih dengan betul. Kedua dua itu dapat saya atasi kerana saya sendiri boleh bawak mesin.
Saya juga akan bawa multi-use tool yang ada pisau, screwdriver, plier dan sebagainya di pinggang untuk membuat pembaikan kecil di padang. Saya tiada masalah untuk baring di bawah mesin (selepas ambil langkah keselamatan) untuk lihat apa yang rosak.
Kita tidak perlu boleh bawak mesin sehebat pekerja yang sepanjang hari bawak mesin. Kita tidak perlu se’terror’ operator yang dah 20 tahun bawak mesin green. Tapi kita tidak boleh tidak tahu bawak. Itu saja. Kita mesti boleh nampak yakin untuk duduk di kerusi operator dan hidupkan engine dan potong bila perlu. Saya selalu kata “Bagi saya dua minggu, saya boleh buat apa yang awak buat”. Dah cukup. Mungkin bunyi macam cakap besar, tapi saya yakin boleh.
Ini semua, saya berterima kasih kepada apa yang di buat oleh Martin Greenwood, Superintenden dari Australia yang memberi saya pilihan; bawak mesin masuk padang atau bawak kereta keluar kelab.
Jangan takut di cabar. Cabaran mental kerja ini lebih penting untuk anda hadapi dan harungi dari cabaran yang anda ‘perasan’ . Kita boleh ada kelulusan tinggi, kita boleh ada pengalaman banyak, kita boleh cakap besar. Tapi, kita boleh buat ke? Cabar diri sendiri. Test and exceed your own limits. Push yourself if no one else does. When someone else push you; take the challenge.
#nevergiveup
Asalnya, artikel ini sampai ini saja dan ia di bangkitkan oleh perbualan saya dengan seorang rakan yang bercerita tentang rakan lain yang merasa tertekan bila di suruh untuk bawa mesin sedangkan mereka sudah berpengalaman dan berpelajaran. Lepas tu, terdengar cerita lain pula yang juga saya rasa mencabar, jadi sebelum artikel ni auto-publish; saya tambah sikit di bawah. Sometimes people forget that what’s posted or commented on Facebook can be seen by other people that was not the target.
Beberapa tahun kemudian, bila ada peluang untuk naik pangkat; saya telah di beritahu “You are not ready”. Memandangkan usia saya dah pertengahan 30an, saya tak pasti samada ia adalah isu perkauman ataupun kerana tiada kelulusan. Kalau ia tentang perkauman, tiada apa yang saya boleh buat, tetapi jika kelulusan, saya mau berubah.
Saya telah mengambil kelas malam Diploma in Accountancy mengikut syllabus LCCI. Saya ada tiga atau empat guru dan rasanya semua mereka lebih muda dari saya. Tapi saya takkan biarkan saya di cabar tanpa sebarang tentangan. Tiga malam seminggu akan memandu 20km ke bandar utk kelas malam dari pukul 7 sampai pukul 9 atau 10 malam. Pada bulan puasa saya terpaksa buka puasa dalam kelas, walaupun ia melibatkan hanya saya seorang, semua kawan dan guru sangat supportive.
BIla saya lulus periksa, saya bawa sijil ke kelab. Kelab itu dengan baik nya telah membayar kos belajar saya; memang saya terkejut tetapi sangat lah saya berterima kasih. Bukan itu saja, saya juga telah di naikkan pangkat. Tapi kena share: dua orang di naikkan pangkat, saya jaga ‘back room’ departments dan sorang lagi rakan yang hampir 10 tahun lebih muda dari saya akan jaga front office departments (Oh? Dia ready pulak?). Ok lah… saya terima. Kerja beberapa bulan, dapat tawaran lain. Saya pun pergi.
Di kelab baru, saya pegang satu jawatan tapi buat dua kerja. Kerja kedua adalah kerja yang saya suka dan kerja pertama adalah cabaran baru untuk saya. Oleh itu, saya terima.
Bila tiba akan ada kekosongan jawatan atasan akibat persaraan saya telah bersuara bahawa saya tidak berminat tapi saya mencadangkan bahawa kerja saya di perbesarkan untuk merangkumi kawasan lain. Saya tak kisah dan saya tahu saya tiada peluang pun tapi saya tidak suka kelemahan saya di jadikan alasan. Saya tahu apa orang cakap belakang saya tapi saya yakin dengan kekuatan saya dan saya kenali kelemahan saya. Saya terima satu panggilan talipon dari kawan yang telah di ‘headhunt’ untuk jawatan tersebut . Kawan saya tidak mahu jawatan itu kerana faktor usia tetapi dia merasa sangat marah kerana dia dapat tahu saya, dan orang-orang seperti saya tidak akan ada peluang untuk naik jawatan itu (headhunter minta dia beri cadangan calon lain yang ‘preferably’ serupa dengan dia). Saya tidak terkejut tapi saya terharu dia lebih marah dari saya. Saya masih ingat ayat dia “Eh. What’s wrong with your club ha?”
Saya ambil kelas malam lagi, belajar bahasa. Mahal untuk saya kerana ia adalah one-on-one. Tapi saya dapati ia sangat susah dan saya tahu juga ia tidak akan membawa apa apa perubahan di tempat kerja. Ia bukan tentang bahasa. So? Kenapa buang masa? Saya dapatkan kerja lain lah.
I refuse to be a victim. Fight it, or walk away. I choose to walk away. It will not be a battle I can win or make a difference. Why bother?
Saya dapat kerja di kelab yang lebih besar dan selepas itu, dapat kerja dari sebuah kelab yang terkenal tapi saya merasakan dah jemu dengan ini semua dan ingin kembali kerja di padang supaya saya boleh buat apa yang saya suka buat: jaga rumput dan jadi bos sendiri.
Saya jadi consultant. Tapi saya perlukan kelainan. Saya tak boleh tukar warna kulit tapi saya boleh tambah kelulusan dan kecekapan saya. Saya ambil periksa Pengendali Racun Makhluk Perosak dari Kementerian Pertanian, Kursus Penulisan di atas talian (http://suzannedoyleingram.com/) dan juga Masters in Environmental Science dari Universiti Terbuka Malaysia (oum.edu.my).
Will it make a difference? Honestly? Rezeki dari Tuhan. Bukan dari orang dan bukan dari kepingan kertas. But it makes me feel good to improve myself and prove other people wrong. I am not lazy. I am not stupid.
Bila saya rasa tercabar, saya akan periksa diri saya dan lihat di mana kelemahan saya dan perbaikinya. Complaining or whining won’t help. It will just make you feel like a victim and then you will feel helpless. And angry.
Never be a victim. Fight it or walk away. And when I say ‘Fight it’ I do not mean it ine literal sense. I mean that you find out what’s wrong and how you can be better or if there is a misunderstanding. Kita cari apa masalahnya dan bagaimana kita boleh jadi lebih baik atau mungkin ada salahfaham. If it is based on prejudice; trust me, any amount of fighting will only make the other party dig in and say they are right. Kalau ia berdasarkan prejudis, sebarang pergaduhan atau pertengkaran tidak akan membantu anda; ia hanya akan membuat pihak satu lagi kata mereka yang betul.
Walk away. Bila saya walk away, saya jimat tenaga dan saya kekal kawan dengan orang itu. Saya tidak rugi dan mereka tidak menang apa-apa. Saya berdoa satu hari nanti hati mereka akan terbuka dan boleh terima sesiapa sahaja berdasarkan pengetahuan dan kebolehan. Saya percaya lebih mudah untuk kita capai itu jika ia di buat secara damai dan menerima kelemahan dan memperbaiki diri.
Insya Allah.
Like this:
Like Loading...