Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Archive for the ‘Rumput halaman rumah’ Category

Tentang masalah yang di hadapi oleh penggemar rumput lanskap di halaman rumah.

Penanaman cara ‘sprig’

Posted by mynormas on March 29, 2011

Bahagian rumputDalam artikel tentang “Apa itu rumput” kita ada cerita tentang nod ataupun dahulunya di panggil ruas. Kalau kita tengok buluh atau tebu (yang juga adalah dari famili rumput) kita mungkin faham apa itu nod/ruas.

Dari nod/ruas tumbuhan baru boleh tumbuh.

Fakta ini kita boleh pergunakan untuk membuat proses penanaman secara sprigging dan stolonizing. Di sini kita akan bincangkan tentang cara sprig.

Pertama, dapatkan sprig. Kita boleh lakukan ini dengan mendapatkan sekeping (atau beribu-ribu keping – bergantung kepada keperluan keluasan atau kerapatan penanaman) sod rumput yang kita mahu. Kita boleh beli, mintak atau err… ‘ambik’ dari kawasan atau nursery yang kita suka rumputnya.

Teknik ini juga boleh di lakukan oleh tuan rumah atau sesiapa yang mempunyai bahagian lopong/botak kerana rumput asal mati. Pergi ke bahagian lain laman atau padang dan potong keluar rumput beserta akar dengan kawasan sebesar tapak tangan atau ibu jari atau peha atau lutut atau telinga ataupun sebesar orang. Syaratnya ialah kawasan yang di ambil tu janganlah jadi hodoh. Jika kawasan yang di ambil tu terlalu besar, rumput di sekeliling nya lambat untuk ‘cover’ semula kawasan botak yang baru tadi. Kita boleh ambik dari beberapa kawasan kecil – korek sini sikit, korek sana sikit supaya ia tidak terlalu ketara. Untuk yang kerja di padang golf, boleh guna sod-cutter atau hole changer.

Pastikan kawasan itu tidak berumpai dan rumput nya tulin – bukan mula bermutasi atau menyamar. Macamana nak tahu? Senang saja; pastikan rumput warna sekata dan helai daun sama saiz.

Berapa dalam nak korek? Setakat akar yang tumbuh sihat sahaja. Mungkin 2-3 inci dah cukup.

Kita ambil sod atau rumput bertanah itu, bawa ke punca air bersih (paip, sungai, airterjun dsb) dan basuh buang tanah itu. Ambil rumput yang tanpa tanah itu, dan itulah yang kita akan tanam.

Kadang-kadang sod atau rumput itu dah berangkai-rangkai dan panjang, malah boleh digulung atau di lipat-lipat. Gunakan gunting atau kederat untuk mencerai-ceraikan nya. Ingat satu perkara: daun tak boleh di tanam. Hanya rumput yang mempunyai ruas atau nod sahaja yang boleh ditanam. Bahagian yang mempunyai nod atau ruas ialah batang, stolon, rhizom dan akar. Daun takda. Cowgrass dan Pearlgrass berbeza; mereka tiada stolon dan batang mereka pendek.

Bahagian yang kita ada sebagai cebisan rumput itu kadang-kadang di panggil ‘sprig’ juga. Ia boleh di simpan SEmalaman sebelum ditanam. TETAPI ia mempunyai peluang hidup 50% selepas 24 jam (utamanya hari yang panas). Ertinya kalau kita kumpul sprig sebanyak dua bag tak sempat ditanam; petang esok hanya satu bag yang akan hidup. Jangan tanya bag yang mana… (ya Tuhan) it doesn’t work that way. Kena tanam jugak dua-dua bag tu tapi hanya separuh kawasan sahaja akan hidup. Jadi kutip sprig untuk kawasan yang sanggup ditanam keesokkannya sahaja.

Jika tanah kita lembut berpasir, kita boleh cucuk sahaja rumput tersebut ke dalam tanah. Jika keras, kita mungkin perlu mengorek sebuah lubang kecil. Teknik nya tidak berbeza dari menanam padi. Gambar di bawah adalah cara sprigging di buat senang di faham. Percayalah, jika anda mula mencuba, anda akan mendapatinya lebih mudah dari gambar itu.

Gambar mudah. Cara sebenar adalah jauh lebih mudah dari ini.

Kebaikkan sprig ialah: anda yakin dengan punca rumput. Akar yang ditanam boleh terus menyerap air jadi kurang risiko kering. Jika di tanam di waktu musim hujan, kurang risiko sprig hanyut.

Berapa jauh jarak di antara sprig? Ia banyak bergantung kepada jumpah sprig dan kawasan yang ada. Saya mencadangkan dua inci. Saya pernah melihat orang buat jarak enam inci. Jika jarak besar, ia akan lambat sedikit rapat dan ada kemungkinan rumpai masuk.

Kawasan sprigging selepas dua minggu.

Posted in Padang Golf, Penanaman, Rumput halaman rumah | Leave a Comment »

Teknik Membaja utk mengelak tompok & belang hijau

Posted by mynormas on March 13, 2011

Kadang-kadang ada penjual baja kata bahawa bajanya boleh tahan sebulan atau enam minggu. Dan mengatakan bahawa ini memudahkan kerja dan mengurangkan kos kerja pembajaan. Atau ada orang yang dia suka membaja pada kadar yang banyak atau kadar yang diperlukan oleh rumput untuk tempoh sebulan (contohnya 4kg/100m persegi sebulan).

Betul. Tapi…

Ada dua masalah yang saya ingin ketengahkan yang boleh di hadapi oleh kita di Malaysia.

  1. Cuaca kita yang selalu hujan akan menghanyutkan ketulan baja tersebut dan menyebabkan tempat tinggi mendapat kurang baja dan tempat rendah lebih banyak baja.
  2. Teknik pembajaan yang kurang baik akan menyebabkan sebahagian kawasan hijau dan sebahagian kawasan kurang hijau. Mungkin pembelangan atau penompokan.

    Wrong fertilization technique

    Belang hijau akibat salah teknik

Oleh itu saya mencadangkan pembajaan yang kurang tapi selalu tapi munasabah. Saya dengar tentang baja foliar yang perlu di aplikasi hari-hari atau dua hari sekali maka – walaupun bagus – tapi adalah keterlaluan. Saya mencadangkan baja mingguan untuk rumput laman baru di tanam dan rumput green di padang golf. Jika anda menjaga padang bola atau taman atau rumput halaman anda telah lama di tanam, saya mencadangkan pembajaan setiap 3 bulan dan bukan sekali setahun. Anda boleh menggunakan jumlah baja yang sama! Cuma bahagikan kepada 4 bahagian. Contohnya; untuk orang yang membaja 4kg/100m persegi sebulan, jadikan ia 1kg/100m persegi seminggu. Jika anda membaja padang bola anda 10 bag setahun, jadikan ia 2.5 bag setiap 3 bulan.

Jika anda membaja laman anda satu bag kecil sebulan. Bahagikan bag itu kepada empat bahagian dan baja seminggu sekali.

Guna alat pembaja atau guna tangan. Guna baja kimia atau baja organik. Prinsipnya sama; ULANG. Untuk setiap pembajaan, saya akan bahagikan lagi kepada dua bungkus lebih kecil. Satu bungkus baja saya baja dari depan ke belakang (atau dari pukul 12 ke pukul 6) dan satu bungkus lagi dari kiri ke kanan (atau dari pukul 3 ke 9). Ertinya, bungkus pertama anda mengadap rumah anda, atau tiang gol atau fairway dan berjalan sambil menabur baja. Pastikan cukup. Kemudian, dengan bungkusan kedua, letak rumah anda, tiang gol, fairway di sisi anda dan tabur baja hingga habis bungkus kedua.

Teknik ini mengelakan pembelangan atau penompokan hijau.

Fertilizing technique - wrong.

Tompok-tompok hijau akibat terlebih baja.

 

Posted in Greens, Landscape, Rumput halaman rumah, Taman | 3 Comments »

Rumput apa?

Posted by mynormas on February 28, 2011

Soalan paling banyak saya terima dan masalah paling biasa yang timbul ialah tentang pemilihan rumput.

Jika keadaan laman atau tempat rumput ditanam mendapat cahaya matahari kurang dari enam jam sehari, lupakan rumput carpet. Ini termasuklah di tepi bangunan rumah, pergola, buai atau bawah pokok.

Rumput akan menjadi panjang kerana mencari cahaya matahari.

Rumput di gambar-gambar di bawah di ambil di dua padang golf terkemuka di Malaysia. Perhatikan kawasan rumput di tempat redup penuh dengan rumpai. Dan rumput kelihatan lebih panjang dari rumput sebelah.

Posted in Rumput halaman rumah, Rumput secara am | Tagged: | Leave a Comment »

Waktu membaja

Posted by mynormas on January 7, 2011

Bila nak baja?

Pagi atau petang elok.  Tengahari; orang panas, rumput pun panas.  Pastikan disiram dengan elok lepas baja. Tolong jangan baja sebelum hujan. Kita nak baja rumput, bukan  parit.

Posted in Landscape, Maintenance, Rumput halaman rumah | 2 Comments »

Rumpai di halaman! Boleh racun?

Posted by mynormas on December 24, 2010

Ada satu soalan yang ingin saya tanyakan. Ianya berkaitan rumput karpet juga. Tentang racun rumpai. Saya dapati terdapat rumpai yang tumbuh dicelah-celah rumput karpet yang saya tanam. Adakah terdapat racun rumpai yang khusus membunuh rumpai berkenaan sahaja tanpa menjejaskan rumput karpet di sekitarnya?
Ya, memang ada, untuk rumput tertentu.  Tapi saya sangat tidak syorkan untuk kegunaan awam.
Saya cadangkan untuk merumpai cara tradisional; tangan, jari, err… orang gaji, cangkul, sudu pun saya pernah tengok orang guna untuk merumpai halaman rumah bersaiz stem pos.  Kalau terlalu banyak rumpai sampai dah tak boleh merumpai:  tanam semula.

Posted in Maintenance, Rumput halaman rumah | 2 Comments »

Putting green di rumah

Posted by mynormas on December 24, 2010

Saya telah membaca artikel yang anda tulis di salah satu web Anda. Tulisan Anda sangat bermanfaat kepada pengetahuan saya pada perawatan rumput dirumah.
Ada satu perkara yang belum bisa terpecahkan hingga kini, bagaimana dan apa yang harus saya lakukan apabila ingin membuat putting green dengan rumput yang ada di halaman.
Rumput dihalaman jenis rumput manila (orang Jakarta bilang ……), dan cukup tumbuh subur.
Hanya contour yang tidak rata – sehingga saya tidak dapat menggunakannya untuk latihan putting.
Meskipun pemotongan telah sering saya lakukan, namun hasil masih kurang memuaskan.
Mohon advise
.

Sebenarnya yang membuatkan satu-satu green itu bagus ialah ketinggian potongan yang extreme rendah.  Green yang super bagus boleh dipotong hingga ke 2.5mm!
Green yang biasa terdapat di Malaysia saya rasa dipotong pada ketinggian 4 hingga 5mm.
Jadi jika bapak mahukan rumput sama seperti yang terdapat di green, seharusnya rumput philipinegrass itu dipotong serendah yang mungkin. Malangnya, jika pengetahuan saya betul rumput phillipine grass itu ialah sejenis Zoysia, samaada japonica atau tenufolia yang bermaksud secara genetiknya, ia tak mungkin dipotong serendah itu.
Tapi kalau anda mahu cuba, begini caranya.
1. Kerapkan potongan. Sekurang2nya seminggu 2 kali (green di padang golf dipotong sehari sekali!)
2. Tiap-tiap 2 minggu, turunkan ketinggian potongan. Sangat sedikit – 0.2mm.  Jangan potong batang rumput.  Potong 1/3 dari daunnya sahaja.  Bila daun baru tumbuh, rumput itu akan adaptasi pada ketinggian yang baru. Sehinggalah genetik rumput itu sudah sampai minimum ketinggiannya. Ia tidak boleh lagi jadi lebih kecil dari itu kecuali jika ia rumput jenis dwarf.
Bapak akan tahu jika terlalu rendah potongan bila yang dipotong itu ialah batang rumput dan bukan lagi daun. Warna padang itu akan jadi kuning/coklat!
Kalau bapak tidak bisa memotong rendah dengan tepat, maka itu bererti equipment bapak tidak sesuai utk green jadi mungkin harus dibatalkan niat utk mendapat green di halaman.
Tapi kalau isunya ialah kontur yang tidak rata, saya sarankan bapak utk menggunakan pasir utk ditaburkan diatas laman.  Ratakan supaya kawasan yang berlubang di tutup pasir.  Sedikit-sedikit!  Jika seluruh rumput ditutup pasir, ia tidak dapat matahari dan akan mati.  Jika lekuk itu dalam, buat sedikit pasir minggu ini, rumput akan tumbuh diatas pasir, kemudian minggu depan buat lagi.
Di padang golf ini dipanggil ‘topdressing’ dan mungkin dibuat seminggu sekali atau sebulan sekali.

Posted in Rumput halaman rumah | 5 Comments »