Putting green di rumah
Posted by mynormas on December 24, 2010
Saya telah membaca artikel yang anda tulis di salah satu web Anda. Tulisan Anda sangat bermanfaat kepada pengetahuan saya pada perawatan rumput dirumah.
Ada satu perkara yang belum bisa terpecahkan hingga kini, bagaimana dan apa yang harus saya lakukan apabila ingin membuat putting green dengan rumput yang ada di halaman.
Rumput dihalaman jenis rumput manila (orang Jakarta bilang ……), dan cukup tumbuh subur.
Hanya contour yang tidak rata – sehingga saya tidak dapat menggunakannya untuk latihan putting.
Meskipun pemotongan telah sering saya lakukan, namun hasil masih kurang memuaskan.
Mohon advise.
Sebenarnya yang membuatkan satu-satu green itu bagus ialah ketinggian potongan yang extreme rendah. Green yang super bagus boleh dipotong hingga ke 2.5mm!
Green yang biasa terdapat di Malaysia saya rasa dipotong pada ketinggian 4 hingga 5mm.
Jadi jika bapak mahukan rumput sama seperti yang terdapat di green, seharusnya rumput philipinegrass itu dipotong serendah yang mungkin. Malangnya, jika pengetahuan saya betul rumput phillipine grass itu ialah sejenis Zoysia, samaada japonica atau tenufolia yang bermaksud secara genetiknya, ia tak mungkin dipotong serendah itu.
Tapi kalau anda mahu cuba, begini caranya.
1. Kerapkan potongan. Sekurang2nya seminggu 2 kali (green di padang golf dipotong sehari sekali!)
2. Tiap-tiap 2 minggu, turunkan ketinggian potongan. Sangat sedikit – 0.2mm. Jangan potong batang rumput. Potong 1/3 dari daunnya sahaja. Bila daun baru tumbuh, rumput itu akan adaptasi pada ketinggian yang baru. Sehinggalah genetik rumput itu sudah sampai minimum ketinggiannya. Ia tidak boleh lagi jadi lebih kecil dari itu kecuali jika ia rumput jenis dwarf.
Bapak akan tahu jika terlalu rendah potongan bila yang dipotong itu ialah batang rumput dan bukan lagi daun. Warna padang itu akan jadi kuning/coklat!
Kalau bapak tidak bisa memotong rendah dengan tepat, maka itu bererti equipment bapak tidak sesuai utk green jadi mungkin harus dibatalkan niat utk mendapat green di halaman.
Tapi kalau isunya ialah kontur yang tidak rata, saya sarankan bapak utk menggunakan pasir utk ditaburkan diatas laman. Ratakan supaya kawasan yang berlubang di tutup pasir. Sedikit-sedikit! Jika seluruh rumput ditutup pasir, ia tidak dapat matahari dan akan mati. Jika lekuk itu dalam, buat sedikit pasir minggu ini, rumput akan tumbuh diatas pasir, kemudian minggu depan buat lagi.
Di padang golf ini dipanggil ‘topdressing’ dan mungkin dibuat seminggu sekali atau sebulan sekali.
Syed Shafariz said
Adakah “topdressing” juga sesuai dibuat kepada rumput cowgrass? Jika ya, adakah terbaik jika pasir halus digunakan? Terima kasih!
LikeLike
mynormas said
Maaf kerana lambat menjawab tuan. Jawapan nya ‘ya’ kerana sebahagian dari tujuan topdressing adalah kerana tanah contohnya meratakan tanah, dan melupuskan thatch.
Pasir yang halus bagus. Terlalu halus hingga macam selut kering, tak bagus; kerana bila hujan ia akan jadi err… selut basah. Pasir macam yang digunakan oleh orang construction – di tolak batu2 kerikil – adalah mencukupi. Batu-batu tu bukan apa, bila potong, ia akan menjadi macam peluru terbang.
Sama-sama!
LikeLike
Sam said
saya punya halaman yang berumput jenis bermuda, sudah ditanam merata, tapi tanahnya sendiri belum rata benar, apakah perlu dilakukan perataan tanah lagi atau cukup dengan ditabur pasir halus saja ? terima kasih atas respondnya
LikeLike
mynormas said
Meratakan dengan cara topdressing ni sesuai untuk tanah yang lekuk nya sedikit sahaja. Ini adalah kerana bila kita topdress, kita tidak boleh ‘melemaskan’ rumput. Jadi tuan ada dua pilihan:
1. Lakukan perataan tanah dengan cara drastik iaitu potong tempat tinggi, buang tanah di bawahnya dan tanam balik atau potong tanah tempat rendah, tambah tanah dan tanam balik. Lepas tu topdress.
2. Lakukan topdress di tempat rendah (tapi daun rumput mesti dapat cahaya matahari) lepas tu biarkan seminggu dua, topdress lagi, lepas tu biar seminggu dua dan topdress lagi dan seterusnya. Patutnya tiga kali sahaja. Kalau lebih dari tiga kali mungkin lebih cepat cara pertama.
Gunakan pasir halus – jangan guna debu. Ini akan menutup rongga tanah dan menjadikan ia ‘waterproof’ di masa akan datang.
Ratakan topdress tuan dengan sebatang kayu panjang sekaki (ruler lama pun boleh) dan tarik tolak pasir tu ke kiri dan kekanan supaya ia mencari sendiri tempat tak rata. So, tempat tinggi akan kurang/tiada pasir, tempat rendah akan ada/banyak pasir.
Selamat mencuba!
LikeLike
Sam said
Terima kasih atas quick guidance nya, saya akan mencoba melakukannya di rumah dan hasilnya akan saya informasikan lagi. Salam
LikeLike