Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Penanaman cara ‘sprig’

Posted by mynormas on March 29, 2011


Bahagian rumputDalam artikel tentang “Apa itu rumput” kita ada cerita tentang nod ataupun dahulunya di panggil ruas. Kalau kita tengok buluh atau tebu (yang juga adalah dari famili rumput) kita mungkin faham apa itu nod/ruas.

Dari nod/ruas tumbuhan baru boleh tumbuh.

Fakta ini kita boleh pergunakan untuk membuat proses penanaman secara sprigging dan stolonizing. Di sini kita akan bincangkan tentang cara sprig.

Pertama, dapatkan sprig. Kita boleh lakukan ini dengan mendapatkan sekeping (atau beribu-ribu keping – bergantung kepada keperluan keluasan atau kerapatan penanaman) sod rumput yang kita mahu. Kita boleh beli, mintak atau err… ‘ambik’ dari kawasan atau nursery yang kita suka rumputnya.

Teknik ini juga boleh di lakukan oleh tuan rumah atau sesiapa yang mempunyai bahagian lopong/botak kerana rumput asal mati. Pergi ke bahagian lain laman atau padang dan potong keluar rumput beserta akar dengan kawasan sebesar tapak tangan atau ibu jari atau peha atau lutut atau telinga ataupun sebesar orang. Syaratnya ialah kawasan yang di ambil tu janganlah jadi hodoh. Jika kawasan yang di ambil tu terlalu besar, rumput di sekeliling nya lambat untuk ‘cover’ semula kawasan botak yang baru tadi. Kita boleh ambik dari beberapa kawasan kecil – korek sini sikit, korek sana sikit supaya ia tidak terlalu ketara. Untuk yang kerja di padang golf, boleh guna sod-cutter atau hole changer.

Pastikan kawasan itu tidak berumpai dan rumput nya tulin – bukan mula bermutasi atau menyamar. Macamana nak tahu? Senang saja; pastikan rumput warna sekata dan helai daun sama saiz.

Berapa dalam nak korek? Setakat akar yang tumbuh sihat sahaja. Mungkin 2-3 inci dah cukup.

Kita ambil sod atau rumput bertanah itu, bawa ke punca air bersih (paip, sungai, airterjun dsb) dan basuh buang tanah itu. Ambil rumput yang tanpa tanah itu, dan itulah yang kita akan tanam.

Kadang-kadang sod atau rumput itu dah berangkai-rangkai dan panjang, malah boleh digulung atau di lipat-lipat. Gunakan gunting atau kederat untuk mencerai-ceraikan nya. Ingat satu perkara: daun tak boleh di tanam. Hanya rumput yang mempunyai ruas atau nod sahaja yang boleh ditanam. Bahagian yang mempunyai nod atau ruas ialah batang, stolon, rhizom dan akar. Daun takda. Cowgrass dan Pearlgrass berbeza; mereka tiada stolon dan batang mereka pendek.

Bahagian yang kita ada sebagai cebisan rumput itu kadang-kadang di panggil ‘sprig’ juga. Ia boleh di simpan SEmalaman sebelum ditanam. TETAPI ia mempunyai peluang hidup 50% selepas 24 jam (utamanya hari yang panas). Ertinya kalau kita kumpul sprig sebanyak dua bag tak sempat ditanam; petang esok hanya satu bag yang akan hidup. Jangan tanya bag yang mana… (ya Tuhan) it doesn’t work that way. Kena tanam jugak dua-dua bag tu tapi hanya separuh kawasan sahaja akan hidup. Jadi kutip sprig untuk kawasan yang sanggup ditanam keesokkannya sahaja.

Jika tanah kita lembut berpasir, kita boleh cucuk sahaja rumput tersebut ke dalam tanah. Jika keras, kita mungkin perlu mengorek sebuah lubang kecil. Teknik nya tidak berbeza dari menanam padi. Gambar di bawah adalah cara sprigging di buat senang di faham. Percayalah, jika anda mula mencuba, anda akan mendapatinya lebih mudah dari gambar itu.

Gambar mudah. Cara sebenar adalah jauh lebih mudah dari ini.

Kebaikkan sprig ialah: anda yakin dengan punca rumput. Akar yang ditanam boleh terus menyerap air jadi kurang risiko kering. Jika di tanam di waktu musim hujan, kurang risiko sprig hanyut.

Berapa jauh jarak di antara sprig? Ia banyak bergantung kepada jumpah sprig dan kawasan yang ada. Saya mencadangkan dua inci. Saya pernah melihat orang buat jarak enam inci. Jika jarak besar, ia akan lambat sedikit rapat dan ada kemungkinan rumpai masuk.

Kawasan sprigging selepas dua minggu.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: