Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Archive for the ‘Maintenance’ Category

Work on how to maintain the grass. Cultural practice.

Awas suhu panas

Posted by mynormas on May 9, 2011

Suhu tempatan sekarang semakin panas. Pertama kalinya saya nampak thermometer mencecah 42 darjah Celsius.

Rumput musim panas (warm season grasses) aktif pada suhu lebih kurang 27 – 35 darjah Celsius. Jadi suhu sekarang dah terlampau panas untuk rumput – ia akan menjadi dorman dan bertukar warna kepada perang/coklat. Terutamanya Cowgrass dan Pearlgrass yang mempunyai akar pendek.

Tanda-tanda awal ialah rumput layu dan tidak kembali pada ketinggian asal. Contohnya, bila kita pijak, kita boleh nampak kesan tapak kaki kita. Atau boleh nampak kesan bekas tayar kenderaan.

Jika anda lihat rumput anda menjadi coklat dan anda tak pasti samada penyakit atau suhu; lihat pada daun, jika daunnya kecut bergulung – ianya akibat suhu panas. Kadang-kadang ia hanya bertukar coklat dan di kelilingi daun hijau. Itu juga tanda kekeringan. Daun yang berpenyakit akan berbintik-bintik atau berjalur-jalur dan akan berjangkit ke rumput sebelah.

Rumput di kawasan kering

Sejukkan rumput dengan ‘syringing’ iaitu merenjis atau menyiram secara ‘ringan-ringan’ pada waktu matahari terik. Jangan takut tentang teori bahwa air akan menjadi kanta untuk memfokuskan cahaya matahari dan membakar daun. Ia tidak pernah di buktikan. Jika matahari cukup panas untuk membakar daun; ia akan menyejat air itu dahulu.

Jangan siram terlalu banyak. Bahagian bawah tanah akan tepu dan bahagian atas masih boleh kering – dan di situlah di mana kebanyakkan akar berada. Jangan siram lewat petang, tanah basah hingga ke malam boleh menjadi punca penyakit kulat.

Jika anda ada wetting agent (agen pembasah): gunakan. Ia membantu menjadikan air lebih basah (?) dan menembusi kawasan kering yang benci air (localized dry spot).

Jika anda ada spiker atau slicer, ini waktu baik untuk menggunakannya, tapi ingat, pada awalnya, luka pada tanah bekas slicer itu akan kering dahulu. Tapi ini lebih baik dari seluruh kawasan kering. Bukan?

Posted in Fields, Greens, Landscape, Maintenance, Padang, Padang Golf, Rumput halaman rumah, Taman | Leave a Comment »

Menyiram rumput di waktu kemarau.

Posted by mynormas on May 7, 2011

Dah dua hari berturut-turut, temperature di kawasan Shah Alam mencecah 37 darjah Celsius.

Mungkin tidak semua tempat yang sepanas ini, mungkin ada yang lebih panas, mungkin ada yang sejuk. Walau macamanapun anda rasa tentang suhu di sekeliling anda, ingat bahawa rumput mempunyai iklim-mikro nya sendiri. Kita dalam rumah, ada kipas; dalam kereta, ada aircon; naik motorsikal, ada angin bertiup; tak tahan panas boleh komplen. Rumput akan hanya berada di satu tempat terdedah kepada cuaca dan tak boleh komplen atau beritahu perasaan.

Selain dari terdedah kepada cahaya matahari, rumput juga mempunyai masalah dari bawah: akar yang pendek dan suhu tanah yang panas yang membakar akar. Ini di burukkan lagi dengan fakta bahawa kebanyakkan akar yang berfungsi untuk menyerap nutrien dan air ialah akar rerambut yang berada dekat dengan permukaan tanah. Bila tanah panas, akar rerambut terkorban dahulu.

rumput yang kekeringan.

Apa jadi pada rumput bila kepanasan? Ia akan tutup ofis untuk sementara dan pergi bercuti. Ia akan bertukar menjadi coklat/perang, daun kecut dan nampak macam mati. Sebenarnya ia menjadi ‘dormant’. Bila cuaca pulih ia akan kembali hijau. Of course ia ada limit jugaklah; jika kemarau terlalu lama, ia akan mati (cuti terus!).

Ok, orang tak baca laman web ni untuk tahu apa yang semua orang dah tahu. Orang baca pasal nak tahu apa nak buat.

Siram? Semua orang akan siram. Ramai orang siram dan rumput dia masih coklat jugak. Nasib baik kebanyakkan golfer, pemain bola, pelawat dan boss (termasuk isteri) pun merasa kepanasan cuaca dan biasanya memaafkan keadaan rumput coklat.

Tapi kadang-kadang teknik menyiram silap. Saya pernah tengok padang yang sangat basah – bila pijak air keluar – tapi mati kekeringan. Saya pernah tengok padang yang – di waktu musim kemarau – penuh dengan algae atau lumut.

Masa menyiram yang terbaik ialah di waktu awal pagi. Paling awal pukul 4 pagi paling lambat pukul 9 pagi. Pada waktu itu angin kurang, pemain golf/bola kurang, pelawat kurang malahan pekerja pun belum ramai yang dah mula kerja. Kita membantu rumput untuk menyimpan air di dalam tanah pada waktu pagi membawa ke tengahari di waktu ia akan perlu memerlukan air. Bila tengahari dan matahari makin terik, rumput mempunyai air yang di simpan di dalam tanah.

Menyiram air di waktu tengahari akan mengganggu pelawat, pemain dan pekerja lain. Waktu itu juga angin kuat dan air yang di siram tidak akan sampai ke tempat yang memerlukan.

Menyiram di waktu petang akan mengganggu lebih ramai pelawat dan pemain. Pekerja dah balik. Ia juga akan menyebabkan green menjadi lembab diwaktu malam. Ini akan membantu pembiakan kulat, algae dan lumut.

Jadi, waktu yang paling baik utk menyiram rumput ialah di waktu pagi. Siram jarang-jarang tapi cukup untuk air tepu dalam tanah. Biasanya saya cadangkan sekitar 20 minit jika menggunakan sprinkler. Jika tanah adalah dari jenis tanah liat (menyimpan air) tak perlu siram hari-hari. Siram selang sehari atau selang dua hari. Terlalu banyak menyiram = manjakan rumput dan ia akan menjadi malas = akar pendek.

Tetapi di waktu tengahari bila matahari panas membakar kulit kita yang berada di luar, rumput perlukan sedikit bantuan. Walaupun ada air dibawah permukaan tanah, tetapi tanah yang paling atas akan tetap kepanasan dan membakar akar rumput. Oleh itu saya menasihatkan ‘syringing’ atau merenjis rumput dengan tujuan menyejukkan permukaan tanah; bukan menyiram. Biasanya saya cadangkan dua pusingan penuh sprinkler. Mungkin sekali pukul 12 tengahari dan sekali pukul 3. Mungkin tidak disemua kawasan tetapi di kawasan yang penting, kawasan yang selalu kering, dan kawasan yang di potong lebih pendek dari 0.5 inci.

Posted in Fields, Greens, Landscape, Maintenance, Padang, Padang Golf, Rumput halaman rumah, Taman | 2 Comments »

Bagaimana seorang konsultan boleh membantu.

Posted by mynormas on March 10, 2011

Samada anda adalah seorang yang menjaga padang golf, padang bola, stadium ataupun kawasan berlanskap yang besar, mengupah seorang konsultan boleh memberi impak dan kesan ke atas kawasan jagaan anda.

Bagaimana seorang konsultan boleh membantu anda:

  • Seorang konsultan boleh memberi pendapat pihak ketiga bila berlaku perbezaan pendapat atau perselisihan faham di antara dua pihak. Contohnya; di antara pihak pengurusan kelab dan pengurusan padang. Atau di antara pengurusan kelab dan komiti; atau di antara Persatuan bola dan pengurusan stadium.
  • Seorang konsultan juga boleh memberi pendapat yang bebas bila tiba masa untuk membuat keputusan yang sukar. Contohnya pemilihan rumput; atau samada pembinaan semula di perlukan; atau bila padang perlu ditutup untuk kerja-kerja pemulihan.
  • Seorang konsultan akan membawa bersamanya pengalaman yang luas untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh padang atau kelab tersebut. Dia mesti boleh menyelesaikan masalah kelab menggunakan sumber yang berada dalam kemampuan kelab.
  • Seorang konsultan dapat melihat apa yang pengurusan dah menjadi lali. Dia akan melihat benda yang sama dari perspektif baru yang berbeza.
  • Seorang konsultan ialah seorang yang akan membantu pengurusan padang untuk membuat jadual, program dan rutin penjagaan harian.
  • Seorang konsultan akan lebih peka terhadap teknologi terkini dalam bidang pengurusan dan penyelenggaraan padang serta tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baharu.
  • Konsultan anda seharusnya seorang yang tahu tentang cuaca tempatan, cara bekerja dan faham tentang keadaan semasa padang dan kemahuan pelanggan anda.
  • Konsultan bukan lah seorang yang mengejar kerja di tempat anda tetapi akan membantu anda untuk melatih pasukan anda untuk menjadi seorang penyelenggara padang yang lebih baik.
  • Seorang konsultan tidak seharusnya mempunyai hasrat tersembunyi memaksa anda membeli  baja, mesin atau lain-lain produk walaupun anda tidak memerlukannya.

Paling penting untuk anda ialah; memilih konsultan berdasarkan – bukan sahaja jumlah tahun dia bekerja dalam bidang tertentu atau umurnya – tetapi juga kepelbagaian pengalaman dan juga seorang yang anda sendiri boleh sahkan cerita-cerita tentangnya dalam industry tempatan.

Posted in Fields, Maintenance, Padang Golf | Leave a Comment »

How much sand to topdress?

Posted by mynormas on February 27, 2011

I’ve heard it both ways. I’ve seen people topdress so much that the grass cannot be seen and I’ve seen people topdress so little you could barely see the sand.the 'layering effect'

My opinion is somewhere in the middle for normal routine topdressing and topdressing after aeration. If I were to topdress prior to a major tournament, then I would get my spinner out for topdressing.

Heavy topdressing has the potential to create a layering effect

Topdress yang terlalu tebal boleh menyebabkan ‘layering’ atau lapisan iaitu pasir yang tebal menjadi satu lapisan baru dan membenam mat atau thatch ke bawah. Lebih merbahaya lagi jika pasir yang digunakan mempunyai saiz ketulan yang lebih halus dari tanah sekarang.

What is more important is to make the topdressing even.

Apa yang lebih penting ialah membuat topdressing rata.

too heavy

heavy topdress

light topdress

 

Posted in Maintenance, Rumput secara am, Topdress | Tagged: | 2 Comments »

Waktu membaja

Posted by mynormas on January 7, 2011

Bila nak baja?

Pagi atau petang elok.  Tengahari; orang panas, rumput pun panas.  Pastikan disiram dengan elok lepas baja. Tolong jangan baja sebelum hujan. Kita nak baja rumput, bukan  parit.

Posted in Landscape, Maintenance, Rumput halaman rumah | 2 Comments »

Rumpai di halaman! Boleh racun?

Posted by mynormas on December 24, 2010

Ada satu soalan yang ingin saya tanyakan. Ianya berkaitan rumput karpet juga. Tentang racun rumpai. Saya dapati terdapat rumpai yang tumbuh dicelah-celah rumput karpet yang saya tanam. Adakah terdapat racun rumpai yang khusus membunuh rumpai berkenaan sahaja tanpa menjejaskan rumput karpet di sekitarnya?
Ya, memang ada, untuk rumput tertentu.  Tapi saya sangat tidak syorkan untuk kegunaan awam.
Saya cadangkan untuk merumpai cara tradisional; tangan, jari, err… orang gaji, cangkul, sudu pun saya pernah tengok orang guna untuk merumpai halaman rumah bersaiz stem pos.  Kalau terlalu banyak rumpai sampai dah tak boleh merumpai:  tanam semula.

Posted in Maintenance, Rumput halaman rumah | 2 Comments »