Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Menyiram rumput di waktu kemarau.

Posted by mynormas on May 7, 2011


Dah dua hari berturut-turut, temperature di kawasan Shah Alam mencecah 37 darjah Celsius.

Mungkin tidak semua tempat yang sepanas ini, mungkin ada yang lebih panas, mungkin ada yang sejuk. Walau macamanapun anda rasa tentang suhu di sekeliling anda, ingat bahawa rumput mempunyai iklim-mikro nya sendiri. Kita dalam rumah, ada kipas; dalam kereta, ada aircon; naik motorsikal, ada angin bertiup; tak tahan panas boleh komplen. Rumput akan hanya berada di satu tempat terdedah kepada cuaca dan tak boleh komplen atau beritahu perasaan.

Selain dari terdedah kepada cahaya matahari, rumput juga mempunyai masalah dari bawah: akar yang pendek dan suhu tanah yang panas yang membakar akar. Ini di burukkan lagi dengan fakta bahawa kebanyakkan akar yang berfungsi untuk menyerap nutrien dan air ialah akar rerambut yang berada dekat dengan permukaan tanah. Bila tanah panas, akar rerambut terkorban dahulu.

rumput yang kekeringan.

Apa jadi pada rumput bila kepanasan? Ia akan tutup ofis untuk sementara dan pergi bercuti. Ia akan bertukar menjadi coklat/perang, daun kecut dan nampak macam mati. Sebenarnya ia menjadi ‘dormant’. Bila cuaca pulih ia akan kembali hijau. Of course ia ada limit jugaklah; jika kemarau terlalu lama, ia akan mati (cuti terus!).

Ok, orang tak baca laman web ni untuk tahu apa yang semua orang dah tahu. Orang baca pasal nak tahu apa nak buat.

Siram? Semua orang akan siram. Ramai orang siram dan rumput dia masih coklat jugak. Nasib baik kebanyakkan golfer, pemain bola, pelawat dan boss (termasuk isteri) pun merasa kepanasan cuaca dan biasanya memaafkan keadaan rumput coklat.

Tapi kadang-kadang teknik menyiram silap. Saya pernah tengok padang yang sangat basah – bila pijak air keluar – tapi mati kekeringan. Saya pernah tengok padang yang – di waktu musim kemarau – penuh dengan algae atau lumut.

Masa menyiram yang terbaik ialah di waktu awal pagi. Paling awal pukul 4 pagi paling lambat pukul 9 pagi. Pada waktu itu angin kurang, pemain golf/bola kurang, pelawat kurang malahan pekerja pun belum ramai yang dah mula kerja. Kita membantu rumput untuk menyimpan air di dalam tanah pada waktu pagi membawa ke tengahari di waktu ia akan perlu memerlukan air. Bila tengahari dan matahari makin terik, rumput mempunyai air yang di simpan di dalam tanah.

Menyiram air di waktu tengahari akan mengganggu pelawat, pemain dan pekerja lain. Waktu itu juga angin kuat dan air yang di siram tidak akan sampai ke tempat yang memerlukan.

Menyiram di waktu petang akan mengganggu lebih ramai pelawat dan pemain. Pekerja dah balik. Ia juga akan menyebabkan green menjadi lembab diwaktu malam. Ini akan membantu pembiakan kulat, algae dan lumut.

Jadi, waktu yang paling baik utk menyiram rumput ialah di waktu pagi. Siram jarang-jarang tapi cukup untuk air tepu dalam tanah. Biasanya saya cadangkan sekitar 20 minit jika menggunakan sprinkler. Jika tanah adalah dari jenis tanah liat (menyimpan air) tak perlu siram hari-hari. Siram selang sehari atau selang dua hari. Terlalu banyak menyiram = manjakan rumput dan ia akan menjadi malas = akar pendek.

Tetapi di waktu tengahari bila matahari panas membakar kulit kita yang berada di luar, rumput perlukan sedikit bantuan. Walaupun ada air dibawah permukaan tanah, tetapi tanah yang paling atas akan tetap kepanasan dan membakar akar rumput. Oleh itu saya menasihatkan ‘syringing’ atau merenjis rumput dengan tujuan menyejukkan permukaan tanah; bukan menyiram. Biasanya saya cadangkan dua pusingan penuh sprinkler. Mungkin sekali pukul 12 tengahari dan sekali pukul 3. Mungkin tidak disemua kawasan tetapi di kawasan yang penting, kawasan yang selalu kering, dan kawasan yang di potong lebih pendek dari 0.5 inci.

Advertisement

2 Responses to “Menyiram rumput di waktu kemarau.”

  1. ahmad khairuddin said

    ada tak baja rumput padang bola yg hanya untuk cowgrass dan menjadi racun untuk rumput atau tumbuhan jenis lain?
    Saya kini sedang menguruskan sebuah padang stadium yang rumputnya telah berusia 12 tahun dan terdapat rumput yg tidak dikehendaki. nak tukar rumput memerlukan masa yg lama dan kos yg tinggi.

    Like

    • mynormas said

      Tuan, Setakat ni takde baja yang macam tu. Baja akan membekalkan nutrien kepada tanah yang akan membekalkannya kepada semua jenis rumput dan tumbuhan lain. Walaupun lumut.
      Untuk padang lama, biasanya masalahnya ialah semalu ataupun kemuncup. Untuk semalu tuan perlu menggunakan playa (plier) dan mencabut keluar hingga ke akar tunjang. Dan untuk kemuncup tuan boleh gunakan sejenis racun bernama Facet. Malangnya, Facet juga akan mencederakan Cowgrass.
      Satu cadangan saya ialah tuan biakkan nursery kecil tuan di luar padang (atau luar stadium jika selamat) dan tampal kawasan-kawasan yang ‘terlampau’ teruk. Ambil sod secara dalam supaya ia tidak tercungkil sewaktu permainan. Di padang golf kami gunakan sejenis alat yang di namakan ‘turf doctor’ yang akan memotong rumput sebesar – lebih kurang – 1kaki x 1kaki dengan kedalaman 1 kaki. Tapi kedalamannya condong pada sudut yang, jika di panjangkan ke bawah, ia akan menjadi pyramid. Tuan boleh cuba dengan menggunakan cangkul atau plate biasa di welding membentuk acuan. Korek acuan berumput di nursery dan tanam di kawasan rosak di padang yang telah di cungkil dengan acuan yang sama. Oleh kerana saiz acuan sama; ia akan masuk secara ‘fit’.

      Selamat mencuba!

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: