Kisah Dua Taman.
Posted by mynormas on August 13, 2015
Terdapat dua taman dalam jarak 10km dari satu sama lain, yang satu di buat oleh pihak swasta untuk kegunaan penduduk taman dan satu lagi oleh pihak kerajaan tempatan (local authority).
Salah satu dari taman tersebut mempunyai jumlah pokok yg terlalu banyak hingga kan rumput sukar tumbuh dan tidak mungkin boleh buat aktiviti di bawah pokok (kecuali mungkin aktiviti yang memerlukan pergerakan kecil dan tidak mahu di lihat orang lain).
Satu lagi taman tersebut berada dalam keadaan kemas dan tersusun serta popular untuk orang beriadah dan berehat bersama keluarga.
Kedua-dua taman tersebut mencerminkan contoh baik dan contoh buruk apa yang saya kata sebelum ini; tentukan apa kegunaan taman atau halaman kita dan kemudian rancang penanaman mengikut kegunaan tersebut. Lepas tu baru tanam pokok dan rumput.
Satu lagi; jangan tanya soalan “Berapa banyak pokok perlu saya tanam?” kepada tuanpunya nursery pokok ataupun arkitek yang err… berkawan rapat dengan tuanpunya nursery pokok. Ini kerana, lebih banyak kita tanam, lebih menguntungkan mereka (itupun kena di beritahu ke?).
Tapi, yang paling penting sekali ialah: tentukan jenis pokok dan jarak tanaman berdasarkan saiz pokok itu semasa dewasa nanti. Memanglah masa mula-mula tanam pokok tu nampak jauh dari satu sama lain tetapi kalau lima tahun lagi ia dah tumbuh, ia akan nampak kemas. Berbeza pula dengan orang yang tanam supaya dia (atau designer/architect) puas hati sekarang tetapi lima tahun lagi, pokok dah kurus tinggi, semak, akar dah timbul dan rumput mula mati. Masa tu dah terlambat nak buat apa-apa kerana sayang nak tebang pokok, walaupun niat asal ialah nak tebang pokok bila dah terlalu sesak.
So, tip dari saya untuk orang yang nak buat lanskap di rumah/taman:
- Kenali sebab dan penggunaan taman atau halaman itu; adakah ia untuk riadah/senaman atau untuk perhiasan? Mungkin ia untuk menaikkan nilai hartanah sekeliling atau imej korporat tuanpunya bangunan?
- Rancang dan lukis tapak tanaman setiap pokok di atas kertas dan bincangkan.
- Kenali pokok, malah lihat rupanya sewaktu dewasa; bukan sekadar sebuah anak pokok dalam polibeg di nursery. Secara idealnya; kanopi pokok bertemu dengan kanopi pokok; bukan pokok berlindung di bawah kanopi pokok lain.
Lebih mudah untuk kita tambah pokok selepas beberapa tahun nanti untuk mengelakkan kawasan yang terlalu lapang dari kita cuba nak tebang dan buang pokok yang terlalu sesak.

Contoh baik padang yang terancang.

Pokok di celah pokok. Kenapa?
Leave a Reply