Pakar Rumput

Laman Web Rujukan Rumput Tempatan. Local Turf Reference Website

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Menanam cara ‘plug’

Posted by mynormas on April 3, 2011


Menanam cara plug ataupun ‘plugging’ adalah cara menanam yang berada di antara sprig dan sod. Malahan ada sumber yang menggelar cara ini sebagai sprig juga kerana ia menggunakan cebisan rumput yang besar tetapi rumput tidak di buang tanah dan di tanam hampir sama seperti sod tetapi

Plug sebesar 2 x 2 inci

Saiz plug 2 x 2 inci dan di tanam jarak 2-3 inci.

pada jarak yang sama seperti sprig; bukan sod.

Dari tapak semaian, nursery, kawasan laman atau padang yang terlindung ataupun dari rumah Mak Limah hujung jalan, ambil lah sekeping atau dua keping tanah beserta rumput setebal 2 – 4 inci. Samada anda nak mintak izin kat Mak Limah dulu atau tidak, kena rujuk pada laman web “Tanyalah Ustaz”.

Anyway, potong kepingan atau sod tadi kepada ketulan-ketulan sebesar 2×2 inci. Cuba untuk tidak rosakkan tanah itu.

Korek lubang sebesar 2×2 inci juga di tempat yang anda ingin tanam. Jarak di antara lubang ialah 6 inci. Jika jarak terlalu jauh, akan

mengambil masa terlalu lama untuk rapat dan rumpai akan masuk.

Kedalaman lubang bergantung kepada berapa tebal plug itu. Tanam supaya plug tersebut berada di bawah paras tanah. Kebanyakkan orang bagi nasihat untuk tanam plug atas paras tanah; dan banyak masalah yang saya terima ialah “kenapa rumput saya bertompok tompok?” atau “kenapa bila potong ada kawasan rumput saya botak?”. Rumput bertompok tu adalah kerana plug atau sod lebih tinggi dari tanah sekeliling, dan bila potong; ia akan kena cantas lebih so dia botak lah.

Lukisan mudah tentang menanam cara plug

Menanam dengan plug mempunyai kelebihan berikut:

  • tidak memerlukan terlalu banyak bahan seperti cara sod.
  • rumput tidak mempunyai bahaya terkering (kerana ada tanah di sekelilingnya) tidak seperti stolon atau sprig.
  • Rumput tidak mudah hanyut seperti stolon.

Kelemahan:

  • Banyak kerja sikit; potong sod lah, potong jadi plug lah, korek lubang kecik lah dsb.
  • Tanah yang melekat pada plug mungkin membawa bersama penyakit atau masalah sendiri (black layer, thatch dsb)
  • Mak Limah hujung jalan mengamuk orang curi rumput dia (lagi).

Selepas menanam, siram selalu pada minggu pertama dan kedua (JIKA CUACA KERING/PANAS!). Baja sedikit tetapi kerap. Segenggam baja organik untuk 2 meter persegi seminggu sekali untuk bulan pertama. Lepas tu sebulan sekali selama enam bulan. Lepas tu setahun sekali atau dua kali (tengok keadaan tanah dan rumput).

Lakukan pemotongan pertama dua bulan lepas tanam.

Amalkan merumpai lebih kurang masa tu. Tanah sepatutnya dah cukup solid untuk di pijak. Merumpai awal akan mengelakkan pembiakan luar kawalan di masa akan datang.

Pandangan penanaman cara plug

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: