Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Archive for the ‘Taman’ Category

Senaman = amalan kultura?

Posted by mynormas on May 18, 2011

Samada di kawasan padang bola, taman ataupun padang golf; semua jenis kerja yang mengganggu pelawat atau pemain adalah isu sensitif. Terutamanya bila ia melibatkan wang ‘tak masyuk’ yang di anggap sebagai kerugian. Kerja-kerja yang saya maksudkan ialah kerja-kerja amalan kultura (sila lihat senarai topik sebelah kanan laman web ini untuk lebih terperinci) seperti vertical-cutting, pengudaraan (hollow-tine atau slicing), penyiraman dan seba

Membuang thatch

Adakah dethatch padang  = detox badan? Kenapa tidak?

gainya.

Sebenarnya saya selalu umpamakan kerja-kerja amalan kultura dengan senaman kepada manusia. Kalau kita terlalu sibuk untuk buat duit dan mengabaikan senaman untuk kesihatan badan, suatu hari nanti, kita akan menerima padahnya.

Tiap-tiap awal tahun, penjaga padang akan membuat dan menyusun jadual untuk melakukan kerja-kerja amalan kultura untuk mempastikan kesihatan padang jangka masa panjang. Sama

seperti kebanyakkan kita membuat “Resolusi Tahun Baru” untuk membuat lebih banyak senaman untuk menjaga kesihatan.

Dan tiap-tiap tahun cerita yang sama untuk kebanyakkan dari kita (contohnya saya), akan ada kepentingan lain yang mengganggu. Boss beri kerja tambahan, kita dapat assignment baru, ada orang nak buat appointment, cuaca tak baik dan berbagai lagi alasan.  Kita cuba untuk adjust jadual, kadang-kadang boleh adjust; tapi selalunya kita putus asa dan give up. Untuk jadual amalan kultura; kita akan ada cabaran dari segi jadual perlawanan, sewaan padang, pertandingan private, cuaca, pekerja dan bermacam-macam lagi. Kadang-kadang kita boleh adjust date untuk postpone jadual. Kadang-kadang kita give up.

Satu hari, kita bangun dan rasa pening, jumpa doktor; dia kata tekanan darah naik, kolestrol naik, gula tinggi, lemak banyak dan sebagainya. Masa tu mungkin dah terlambat untuk mengubah keadaan. Kita beli kasut mahal, kita jogging petang; kita beli raket badminton, kita sewa gelanggang. Kita makan vitamin dan sebagainya. Kadang-kadang ada perubahan, kadang-kadang tiada perubahan. Kita perlu mengambil langkah drastik. Mungkin masuk gym cari trainer. Duit habis, badan tak improve, kita salahkan trainer.

Soil profile 8 inci teratas.

Lihat ini dan ingat salur darah penuh kolestrol dalam badan kita.

Satu hari kita bangun dan kita nampak padang kita layu, lembik, banyak rumput liar dan berpenyakit. Bila kita check dengan soil test dan menggunakan soil profiler; kita dapati pH rendah, sodium tinggi, Calcium berbanding alkali lain rendah, tanah padat, terdapat lapisan hitam mengandungi hidrogen sulfida, air tak tembus dan sebagainya. Masa tu dah terlambat untuk mengubah keadaan. Kita cuba untuk buat pengudaraan, kita hollow-tine, topd

ress, slice, baja dan sebagainya. Kadang-kadang ada perubahan, kadang-kadang tiada perubahan.  Kita perlu mengambil langkah drastik. Mungkin tutup padang dan panggil konsultan. Duit tak masuk, padang tak improve, kita salahkan konsultan.

Hakikatnya, pengurus kelab, pengurus stadium, pengurus padang, tuan punya taman, pelawat, pemain dan juga penganjur pertandingan perlu paham bahwa jadual amalan kultura adalah jadual untuk kesihatan jangka masa panjang.  Sebarang perubahan akan memberi kesan yang perlu ditanggung bersama. Penjaga padang juga perlu memainkan peranan untuk berbincang dengan pengurus umum dan pengurus pertandingan untuk mempastikan jadual amalan kultura tidak mengganggu musim pertandingan atau musim lawatan.

 

Posted in Maintenance, Padang, Padang Golf, Taman | Leave a Comment »

Awas suhu panas

Posted by mynormas on May 9, 2011

Suhu tempatan sekarang semakin panas. Pertama kalinya saya nampak thermometer mencecah 42 darjah Celsius.

Rumput musim panas (warm season grasses) aktif pada suhu lebih kurang 27 – 35 darjah Celsius. Jadi suhu sekarang dah terlampau panas untuk rumput – ia akan menjadi dorman dan bertukar warna kepada perang/coklat. Terutamanya Cowgrass dan Pearlgrass yang mempunyai akar pendek.

Tanda-tanda awal ialah rumput layu dan tidak kembali pada ketinggian asal. Contohnya, bila kita pijak, kita boleh nampak kesan tapak kaki kita. Atau boleh nampak kesan bekas tayar kenderaan.

Jika anda lihat rumput anda menjadi coklat dan anda tak pasti samada penyakit atau suhu; lihat pada daun, jika daunnya kecut bergulung – ianya akibat suhu panas. Kadang-kadang ia hanya bertukar coklat dan di kelilingi daun hijau. Itu juga tanda kekeringan. Daun yang berpenyakit akan berbintik-bintik atau berjalur-jalur dan akan berjangkit ke rumput sebelah.

Rumput di kawasan kering

Sejukkan rumput dengan ‘syringing’ iaitu merenjis atau menyiram secara ‘ringan-ringan’ pada waktu matahari terik. Jangan takut tentang teori bahwa air akan menjadi kanta untuk memfokuskan cahaya matahari dan membakar daun. Ia tidak pernah di buktikan. Jika matahari cukup panas untuk membakar daun; ia akan menyejat air itu dahulu.

Jangan siram terlalu banyak. Bahagian bawah tanah akan tepu dan bahagian atas masih boleh kering – dan di situlah di mana kebanyakkan akar berada. Jangan siram lewat petang, tanah basah hingga ke malam boleh menjadi punca penyakit kulat.

Jika anda ada wetting agent (agen pembasah): gunakan. Ia membantu menjadikan air lebih basah (?) dan menembusi kawasan kering yang benci air (localized dry spot).

Jika anda ada spiker atau slicer, ini waktu baik untuk menggunakannya, tapi ingat, pada awalnya, luka pada tanah bekas slicer itu akan kering dahulu. Tapi ini lebih baik dari seluruh kawasan kering. Bukan?

Posted in Fields, Greens, Landscape, Maintenance, Padang, Padang Golf, Rumput halaman rumah, Taman | Leave a Comment »

Menyiram rumput di waktu kemarau.

Posted by mynormas on May 7, 2011

Dah dua hari berturut-turut, temperature di kawasan Shah Alam mencecah 37 darjah Celsius.

Mungkin tidak semua tempat yang sepanas ini, mungkin ada yang lebih panas, mungkin ada yang sejuk. Walau macamanapun anda rasa tentang suhu di sekeliling anda, ingat bahawa rumput mempunyai iklim-mikro nya sendiri. Kita dalam rumah, ada kipas; dalam kereta, ada aircon; naik motorsikal, ada angin bertiup; tak tahan panas boleh komplen. Rumput akan hanya berada di satu tempat terdedah kepada cuaca dan tak boleh komplen atau beritahu perasaan.

Selain dari terdedah kepada cahaya matahari, rumput juga mempunyai masalah dari bawah: akar yang pendek dan suhu tanah yang panas yang membakar akar. Ini di burukkan lagi dengan fakta bahawa kebanyakkan akar yang berfungsi untuk menyerap nutrien dan air ialah akar rerambut yang berada dekat dengan permukaan tanah. Bila tanah panas, akar rerambut terkorban dahulu.

rumput yang kekeringan.

Apa jadi pada rumput bila kepanasan? Ia akan tutup ofis untuk sementara dan pergi bercuti. Ia akan bertukar menjadi coklat/perang, daun kecut dan nampak macam mati. Sebenarnya ia menjadi ‘dormant’. Bila cuaca pulih ia akan kembali hijau. Of course ia ada limit jugaklah; jika kemarau terlalu lama, ia akan mati (cuti terus!).

Ok, orang tak baca laman web ni untuk tahu apa yang semua orang dah tahu. Orang baca pasal nak tahu apa nak buat.

Siram? Semua orang akan siram. Ramai orang siram dan rumput dia masih coklat jugak. Nasib baik kebanyakkan golfer, pemain bola, pelawat dan boss (termasuk isteri) pun merasa kepanasan cuaca dan biasanya memaafkan keadaan rumput coklat.

Tapi kadang-kadang teknik menyiram silap. Saya pernah tengok padang yang sangat basah – bila pijak air keluar – tapi mati kekeringan. Saya pernah tengok padang yang – di waktu musim kemarau – penuh dengan algae atau lumut.

Masa menyiram yang terbaik ialah di waktu awal pagi. Paling awal pukul 4 pagi paling lambat pukul 9 pagi. Pada waktu itu angin kurang, pemain golf/bola kurang, pelawat kurang malahan pekerja pun belum ramai yang dah mula kerja. Kita membantu rumput untuk menyimpan air di dalam tanah pada waktu pagi membawa ke tengahari di waktu ia akan perlu memerlukan air. Bila tengahari dan matahari makin terik, rumput mempunyai air yang di simpan di dalam tanah.

Menyiram air di waktu tengahari akan mengganggu pelawat, pemain dan pekerja lain. Waktu itu juga angin kuat dan air yang di siram tidak akan sampai ke tempat yang memerlukan.

Menyiram di waktu petang akan mengganggu lebih ramai pelawat dan pemain. Pekerja dah balik. Ia juga akan menyebabkan green menjadi lembab diwaktu malam. Ini akan membantu pembiakan kulat, algae dan lumut.

Jadi, waktu yang paling baik utk menyiram rumput ialah di waktu pagi. Siram jarang-jarang tapi cukup untuk air tepu dalam tanah. Biasanya saya cadangkan sekitar 20 minit jika menggunakan sprinkler. Jika tanah adalah dari jenis tanah liat (menyimpan air) tak perlu siram hari-hari. Siram selang sehari atau selang dua hari. Terlalu banyak menyiram = manjakan rumput dan ia akan menjadi malas = akar pendek.

Tetapi di waktu tengahari bila matahari panas membakar kulit kita yang berada di luar, rumput perlukan sedikit bantuan. Walaupun ada air dibawah permukaan tanah, tetapi tanah yang paling atas akan tetap kepanasan dan membakar akar rumput. Oleh itu saya menasihatkan ‘syringing’ atau merenjis rumput dengan tujuan menyejukkan permukaan tanah; bukan menyiram. Biasanya saya cadangkan dua pusingan penuh sprinkler. Mungkin sekali pukul 12 tengahari dan sekali pukul 3. Mungkin tidak disemua kawasan tetapi di kawasan yang penting, kawasan yang selalu kering, dan kawasan yang di potong lebih pendek dari 0.5 inci.

Posted in Fields, Greens, Landscape, Maintenance, Padang, Padang Golf, Rumput halaman rumah, Taman | 2 Comments »

I’m mowing in the rain…

Posted by mynormas on March 22, 2011

No one can deny problems of mowing during the current rainy spell. Its not about worrying about the machine being in the rain or operators catching cold, it is more about tyre marks and tracks left behind by the machine.

bekas tayar

Deja vu? You've seen this before? Pretty common sight nowadays.

The tracks can churn up the soil and cause more damage than just un cut grass. However, there are times when out of habit or necessity, the Superintendent has to have a crew out to cut the grass. After all, the rains may have caused the slow-release fertilizer in the ground to suddenly release all nutrients; causing rapid surge growth of the grass. Then there is also the issue of greens, how do you not cut the greens? Especially if the rains has been pouring almost daily?

What are the options open for the Superintendent or the caretaker (some of the concepts apply to parks/stadiums too)?

  1. The Superintendent may try to use a lighter machine, like a triplex on fairways/roughs and walk-behinds or push-mowers on greens or tees.

    This will take forever! What to do? Boss say do, I do lah...

  2. This is one reason I have always specified 4-wheel drive or all-wheel drive machines for fairways, roughs, fields and parks; less slippage for mowing on wet ground. Those people that are stuck with 2-wheel drive machines are … well… stuck.
  3. Use bruchcutters – the machines that the crew carry on their backs to mow.
  4. Concentrate on mowing only important places like landing zones, greens, blue & red tees when there is a break in the weather pattern.
  5. Lastly (maybe I should have put this as first) use turf-growth-regulator products (the only brand popular in Malaysia is PrimoMaxx). I highly recommend using this just
    TGR = turf growth regulator

    Same species of grass. Same age. Same fertilizer. Same everything. The one on right is applied with TGR

    before the start of the rainy season, in fact, I use this all year round on fairways, bunker face, slopes, and greens. So when there is prolonged wet weather, the growth of the turf is slow enough that I’m not under too much pressure to mow. Spraying during wet season is tough, it needs 4 hours of dry weather to become rain-fast. Be warned there is a slight discoloration the first time you apply because the stem is visible under the shorter leaves: stem brown, leaves green. The stem will become shorter, later than the leaves. Then it will be back to normal color.

I also advocate marking the worst areas and prioritizing them so that come dry weather (I know some days we despair of ever seeing that!) we know the locations where we want to put extra or repair existing sub-soil drains; reshape the area surrounding it; put an extra layer of topdressing; bring out the deep-tine machines or at the very least spiker/slicer; dethatch or scarify the areas since thatch and mat can become like sponges soaking up water; call a bomoh/medicine man or whatever can be done to alleviate the soggy areas.

I pity the members of the club/field/park that face the same problems in the same areas over and over again. You would think the management would have done something to ensure it does not occur again next season. Oh well… maybe there are other issues that need to be considered: funds for one. I can’t argue with that.

Posted in Padang, Padang Golf, Taman | 2 Comments »

Teknik Membaja utk mengelak tompok & belang hijau

Posted by mynormas on March 13, 2011

Kadang-kadang ada penjual baja kata bahawa bajanya boleh tahan sebulan atau enam minggu. Dan mengatakan bahawa ini memudahkan kerja dan mengurangkan kos kerja pembajaan. Atau ada orang yang dia suka membaja pada kadar yang banyak atau kadar yang diperlukan oleh rumput untuk tempoh sebulan (contohnya 4kg/100m persegi sebulan).

Betul. Tapi…

Ada dua masalah yang saya ingin ketengahkan yang boleh di hadapi oleh kita di Malaysia.

  1. Cuaca kita yang selalu hujan akan menghanyutkan ketulan baja tersebut dan menyebabkan tempat tinggi mendapat kurang baja dan tempat rendah lebih banyak baja.
  2. Teknik pembajaan yang kurang baik akan menyebabkan sebahagian kawasan hijau dan sebahagian kawasan kurang hijau. Mungkin pembelangan atau penompokan.

    Wrong fertilization technique

    Belang hijau akibat salah teknik

Oleh itu saya mencadangkan pembajaan yang kurang tapi selalu tapi munasabah. Saya dengar tentang baja foliar yang perlu di aplikasi hari-hari atau dua hari sekali maka – walaupun bagus – tapi adalah keterlaluan. Saya mencadangkan baja mingguan untuk rumput laman baru di tanam dan rumput green di padang golf. Jika anda menjaga padang bola atau taman atau rumput halaman anda telah lama di tanam, saya mencadangkan pembajaan setiap 3 bulan dan bukan sekali setahun. Anda boleh menggunakan jumlah baja yang sama! Cuma bahagikan kepada 4 bahagian. Contohnya; untuk orang yang membaja 4kg/100m persegi sebulan, jadikan ia 1kg/100m persegi seminggu. Jika anda membaja padang bola anda 10 bag setahun, jadikan ia 2.5 bag setiap 3 bulan.

Jika anda membaja laman anda satu bag kecil sebulan. Bahagikan bag itu kepada empat bahagian dan baja seminggu sekali.

Guna alat pembaja atau guna tangan. Guna baja kimia atau baja organik. Prinsipnya sama; ULANG. Untuk setiap pembajaan, saya akan bahagikan lagi kepada dua bungkus lebih kecil. Satu bungkus baja saya baja dari depan ke belakang (atau dari pukul 12 ke pukul 6) dan satu bungkus lagi dari kiri ke kanan (atau dari pukul 3 ke 9). Ertinya, bungkus pertama anda mengadap rumah anda, atau tiang gol atau fairway dan berjalan sambil menabur baja. Pastikan cukup. Kemudian, dengan bungkusan kedua, letak rumah anda, tiang gol, fairway di sisi anda dan tabur baja hingga habis bungkus kedua.

Teknik ini mengelakan pembelangan atau penompokan hijau.

Fertilizing technique - wrong.

Tompok-tompok hijau akibat terlebih baja.

 

Posted in Greens, Landscape, Rumput halaman rumah, Taman | 3 Comments »