Nutrisi Minima
Posted by mynormas on December 18, 2018

Gambar hiasan.
Dr. Micah Woods dari Asian Turfgrass Center dan Dr. Larry Stowell dari PACE Turf telah membangunkan tahap minima yang diperlukan untuk nutrisi mampan rumput atau ‘minimum levels for sustainable nutrition’ (MLSN). Menggunakan MLSN dalam pengiraan baja akan menjimatkan kos tetapi untuk nitrogen ia perlukan ujian tanah dan jika ingin lebih tepat; juga ujian ke atas daun yang telah dipotong untuk menilai berapa banyak nutrien yang telah di’tuai’ (harvest) dan juga potensi pertumbuhan (growth potential) mengikut suhu dan cahaya matahari.
MLSN sesuai digunakan di mana-mana tempat rumput ditanam tetapi buat masa ini ia lebih banyak dilakukan di padang golf kerana di sinilah ujian tanah selalu dilakukan setiap tahun. Ujian tanah akan memberitahu kita ada berapa banyak nutrien yang terdapat dalam tanah dan berapa banyak yang perlu ditambah. ‘Terjemahan’ ujian tanah biasanya dilakukan oleh pakar agronomi di makmal.
Malangnya, mengikut Dr. Woods, kebanyakan teori dan kiraan untuk terjemahan ini berasal dari sumber-sumber pertanian dan rumput pastura yang mungkin tidak sesuai untuk rumput hiasan yang dipotong rendah dan digunakan dengan lasak. Maka Dr. Woods dan Dr. Stowell memperkenalkan suatu kiraan baru yang meminimakan baja yang perlu ditambah.
Ujian tanah yang diperlukan untuk kiraan ini adalah menggunakan pengekstrak Mehlich 3, jika kaedah atau pengekstrak lain digunakan, maka ia harus di ‘terjemah’ kepada Mehlich 3 atau sekurang-kurangnya di anggar untuk mendapat kiraan tepat.
Data lain seperti potensi pertumbuhan, penggunaan nutrien, malah walau ujian tanah juga boleh dianggar atau diteka jika anda betul-betul tahu tentang tanah dan green anda.
Sila rujuk kepada laman web PACE Turf ataupun Asian Turfgrass Center untuk maklumat lanjut. Di dalam video di bawah, Dr. Woods memberi penerangan tentang MLSN dengan lebih terperinci.

Maintaining this Website. Sumbangan.
Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.
$10.00
Leave a Reply