Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Handicap dalam Golf

Posted by mynormas on July 2, 2015


Gaya mesti ada.

Gambar hiasan.

Perkataan ‘handicap’ secara terjemahan nya membawa maksud kecacatan atau ‘kelainan upaya’ jika kita menggunakan terma yang lebih baik. Apa maksud ‘handicap’ dalam golf pula? Ia tidak dapat di terjemahkan tanpa di salah ertikan maka perkataan ‘handicap’ juga di gunakan dalam bahasa Malaysia.

Sistem handicap memungkinkan pemain golf dalam pelbagai kebolehan bermain di antara satu sama lain. Bayangkan jika sistem handicap ada dalam permainan badminton, saya boleh bermain dengan pemain profesional (asalkan bukan Dato’ Lee Chong Wei lah) dengan masuk gelanggang sudah mendahului 6-0 jika handicap saya adalah 6. Jika saya berlawan dengan orang yang juga mempunyai handicap, contohnya 3, maka kami akan mula bermain dengan 6-3 atau 3-0.

Dalam golf, handicap ialah bilangan pukulan seorang pemain boleh di tolak dari jumlah pukulan  selepas tamat permainan. Ertinya seorang pemain yang mempunyai handicap 10 boleh tolak 10 dari jumlah pukulan yang dia capai pada hari itu.

Lebih rendah handicap seorang pemain, lebih pandai lah permainannya. Pemain yang baik dan yang sudah mencapai handicap ‘sifar’ atau kosong di panggil ‘scratch golfer’ dan oleh kerana memanggil seorang berusia 50an yang pandai main golf sebagai ‘pemain golf garu’ boleh di anggap sebagai luar batasan, maka kita kekalkan nya sebagai pemain golf scratch.

Lebih tinggi nilai handicap, maka kurang pandailah dia sebagai seorang pemain golf. Kadang-kadang, terdapat pemain yang sengaja ‘membela’ handicapnya pada kadar tinggi supaya dia lebih mudah memenangi pertandingan golf amatur. Orang seperti ini selalunya di gelar sebagai ‘buaya’ di dalam istilah golf tempatan. Ini pula adalah istilah yang tidak dapat di terjemah ke dalam bahasa Inggeris; menuduh kawan Amerika anda sebagai seorang ‘crocodile’ hanya akan mengelirukan nya.

Handicap di kira secara umumnya berdasarkan kepada bagaimana purata permainan kita pada waktu itu. Seorang golfer seharusnya menyerahkan kad skornya kepada pihak pengurusan kelab untuk di masukkan ke dalam sistem handicap kebangsaan tetapi dalam realiti, tidak ramai golfer akan membuatnya.

Siapa yang menjaga handicap? Di Malaysia, ia di kelolakan oleh Persatuan Golf Malaysia atau Malaysian Golf Association (MGA) melalui sistem handicap kebangsaan atau National Handicapping System (NHS).  Kelab golf yang berdaftar dengan NHS akan memasukkan skor pemain kedalam sistem ini yang akan mengira handicap pemain golf tersebut.

Satu lagi cara mengira handicap yang biasa digunakan oleh penganjur pertandingan golf amatur di Malaysia ialah dengan menggunakan sistem pengiraan golf dalam pertandingan yang mana handicap pemain akan di kira berdasarkan prestasi permainan dalam pertandingan tersebut. Sistem yang di gunakan di antaranya ialah System 36, Peoria atau Callaway dan sebagainya.

Handicap sahaja tidak menentukan berapa pukulan anda boleh dapat di tiap-tiap padang. Ingat bahawa setiap padang golf berbeza dari satu sama lain. Dua perkara yang perlu di ambil kira ialah Course rating dan slope rating, kedua dua ini menentukan betapa susahnya padang ini berbanding dengan padang itu. Jadi jika anda mempunyai handicap 20, anda mungkin mendapat tambahan pukulan satu padang (atau pengurangan) di padang lain.

Sila lihat video di USGA.org ini untuk maklumat tambahan.

http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/golf/rules_and_equipment/4748865.stm

https://en.wikipedia.org/wiki/Handicap_(golf)

http://www.streetdirectory.com/travel_guide/44812/golf_guide/a_beginners_guide_golf_scoring_and_calculating_a_golf_handicap.html

http://www.mgaonline.com.my/

http://www.golf.com.my/handicaps-in-golf/

http://www.leaderboard.com/GLOSSARY_PEORIA

Advertisement

2 Responses to “Handicap dalam Golf”

  1. […] Handicap dalam Golf […]

    Like

  2. wah, menarik sekali tip-tipsnya sangat membantu bagi pegolf pemula,
    kami tunggu tips-tips berikutnya ya..!
    salam sukses dari kami

    Jualsepatugolf.blogspot.com

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: