Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Apa itu ‘Par’

Posted by mynormas on July 22, 2015


Bila kita baca/dengar tentang pertandingan golf kita biasa dengar perkataan ‘par’ contohnya “Tiger Woods memenangi pertandingan tersebut setelah membuat 63 pukulan, 9 di bawah par” dan memandangkan ia menyebut tentang Tiger Woods memenangi pertandingan, jelas sekali ia adalah berita yang sangat-sangat lama dahulu.

Tapi, apakah maksud par dalam context permainan golf? Dan jika kita bukan minat pun tentang golf, apa maksud ‘par’ dalam pepatah Inggeris ‘par for the course’ atau ‘not up to par’?

Contoh pukulan di lubang par 4.

Contoh pukulan di lubang par 4.

Dalam golf, ‘par’ adalah bilangan pukulan yang telah di tetapkan oleh arkitek (designer) padang untuk seorang pemain golf scratch (handicap 0) untuk memukul bola dari tee hinggalah ia masuk lubang di green pada suatu Lubang. Contohnya jika lubang itu adalah par 4 maka empat pukulan SEHARUSNYA di perlukan untuk memasukkan bola ke dalam lubang. Untuk makluman, lubang par 4 panjangnya adalah diantara 230 hingga 430 meter.

Terdapat tiga jenis par yang di gunakan secara rasmi di sebuah padang golf; par 3 (90 – 230m), par 4 dan par 5 (430 – 550m). Sebuah padang golf 18 lubang BIASANYA akan ada empat lubang par 3, empat lubang par 5 dan 10 lubang par 4 tetapi gabungan lain juga di benarkan.

Jumlah par kesemua lubang adalah jumlah par untuk padang golf tersebut. Contohnya, Kelab Golf Kota Permai mempunyai par 72, Kelab Golf Mines par 71 dan sebagainya. Padang golf yang digunakan untuk pertandingan akan mempunyai par di antara 69 hingga 73.

Setelah habis bermain golf, seorang pemain akan membandingkan jumlah pukulan nya dengan par padang tersebut. Maka jika par padang tersebut ialah 72 dan dia telah membuat jumlah pukulan sebanyak 70; maka kita kata dia telah membuat 70 pukulan, dua di bawah par. Jika 75: 75 pukulan, tiga di atas par dan sebagainya. Untuk pemain golf profesional seperti Tiger Woods dan lain-lain ataupun untuk sebahagian pertandingan yang tertentu, kiraan mutlak di gunakan, ini di panggil sebagai gross score.

Jika pemain golf itu adalah amatur, maka jumlah pukulannya tadi akan di tolak dengan handicap nya. Contohnya jika seorang pemain yang mempunyai handicap 10 menghabiskan permainan dengan membuat sejumlah 80 pukulan, maka 80 akan di tolak dengan 10 maka jumlah pukulan nya ialah 70; dua di bawah par. Ini di panggil sebagai net score.

Ada pertandingan yang berlangsung lebih dari satu hari maka jumlah par untuk kesemua hari itu akan menentukan pemenang. Setiap pertandingan akan mempunyai peraturan yang berbeza. Contoh yang saya gunakan di sini hanyalah untuk pertandingan yang dipanggil sebagai stroke play.

Tentang pepatah Inggeris ‘par for the course’ pula, ia membawa maksud bahawa sesuatu tabiat, situasi atau kejadian memang boleh di jangka. Ia tidak baik tetapi adalah normal. Contoh ayat:

  1. So he went off and left you? Well that’s about par for the course. He’s no friend. 
  2. I worked for days on this proposal, but it was rejected. That’s par for the course in this company. 
  3. The school budget is going to be cut again this year, but then that’s par for the course.

‘Up to par’ pula ialah bila mereka memberitahu orang bahawa taraf kerja yang di buat berbanding tahap yang tetapkan/biasa. Contoh ayat:

  1. The manager said that the report is not up to par and gave it back to be redone.
  2. Good. Your work is up to par.

https://en.wikipedia.org/wiki/Par_(score)

http://www.quora.com/How-is-par-on-a-golf-course-determined

http://golf.about.com/cs/golfterms/g/bldef_par.htm

http://idioms.thefreedictionary.com/par+for+the+course

http://dictionary.cambridge.org/dictionary/british/be-par-for-the-course

http://idioms.thefreedictionary.com/par

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: