Ekonomik Baja
Posted by mynormas on May 19, 2015
Ini adalah isu yang selalu juga di tanyakan kepada saya: baja apa yang saya patut guna untuk rumput saya? Di dalam blog nya, Dr. Micah Woods seorang pakar rumput, dalam menjawab persoalan yang di tanyakan kepadanya tentang baja apakah yang perlu di gunakan di padang telah memberi suatu jawapan yang menarik
. Untuk pengetahuan; terdapat tiga atau empat jenis baja.
- Straight fertiliser (err… baja lurus?) iaitu baja yang mempunyai hanya satu nutrien sahaja seperti urea, MoP atau SoP.
- Baja campuran iaitu baja yang terdiri dari campuran baja di atas dalam kadar tertentu. Jadi ada seketul untuk nitrogen, seketul untuk phosphorus, seketul untuk kalium dan sebagainya.
- Baja compound iaitu baja yang dalam setiap ketul terdiri dari pelbagai nutrien.
- Baja organik.
Selain itu kita boleh juga membincangkan samada nak guna baja ‘slow-release’ iaitu ketulan baja yang mempunyai selaput khas yang akan menyebabkan nutrien keluar secara perlahan ataupun ia di ikat secara kimia dan di lepaskan secara perlahan.
Mengikut kata Dr Woods, pemilihan baja berbeza dari satu tempat ke satu tempat asalkan pembajaan itu mengikut keperluan rumput dan faktor utama yang menentukan samada kita akan menggunakan baja slow-release yang mahal dan mengaplikasi sebulan sekali atau seminggu sekali berbanding dengan menggunakan baja urea (contohnya) yang di aplikasi seminggu sekali atau dua kali ialah perbandingan harga dan kemampuan. Baja urea mungkin lebih murah dari baja slow-release tetapi kos penggunaan buruh mungkin berbeza dari satu tempat ke satu tempat.
Maka, pemilihan baja apa yang kita akan guna mesti di kira mengikut perbandingan kos per aplikasi dan bukan kos per bag sahaja. Itu pun kalau kita serius tentang pembajaan, selalu juga saya lihat orang yang membaja sekadar nama “Dah baja” sahaja; mereka tak pernah buat soil test dan tak tahu samada baja yang mereka tabur itu cukup atau terlebih.
Ada juga orang yang baja bila dia merasakan ‘rumput dah kuning’ dan perlu baja. Pasal tu lah Cowgrass selalu tak menjadi di padang bola kita; kerana ia secara genetik memang hijau gelap walaupun lama tak baja dan memang kurang sihat.
Jadi: kira kos aplikasi (gaji pekerja sehari + kos mesin + kos baja) bukan hanya berapa harga baja itu.
P.S. Untuk tuan rumah yang lebih selalu berinteraksi dengan saya di laman web ini berbanding dengan orang padang; saya cadangkan baja organik kerana baja organik ialah juga sejenis baja ‘slow-release’ yang akan mengeluarkan nutrien setelah di urai oleh bakteria atau mikro-organisma lain. Jika anda menggunakan sebarang jenis rumput karpet: dua bulan sekali. Jika Cowgrass setahun sekali atau dua kali. Lakukan pada masa anda mahukan rumput yang subur contohnya sebulan sebelum Hari Raya atau Chinese New Year atau Christmas atau seumpamanya yang senang ingat.
hafizjames said
salam..sy merupakan salah seorang yg bertanggungjawab dalam menguruskan penyelenggaraan padang bolasepak. Sebelum ini padang tersebut pernah menjalani kerja2 naiktaraf yg besar iaitu menaiktaraf sistem pengairan menggunakan HDPE pipe sedalam lebih kurang 3 kaki ke bawah tanah. Namun selepas kerja2 tersebut dilaksanakan, akibat kekangan bajet, padang tersebut terbengkalai begitu sahaja buat sekian lamanya tanpa sebarang penyelenggaraan. Sekarang padang tersebut seperti telah padat dan rumput dari jenis cow grass yg digunakan seolah2 kekurangan nutrien.
Bagi memulakan semula kerja2 penyelenggaraan, sy percaya tanah padang tersebut perlu dirawat semula. Namun sebelum ditabur baja dari jenis NPK, perlu ditabur dengan kapur bagi meneutralkan semula tanah tersebut..Masalahnya sekarang, kapur dari jenis apa yang digunakan..? berapa banyak kuantiti yang diperlukan untuk satu padang..?
LikeLike
mynormas said
Salam. Utk kapur ialah Calcium Carbonate ataupun, jika terdapat masalah dengan magnesium, menggunakan dolomite. Mungkin lebih baik tuan buat soil test. Now boleh di buat di Malaysia. Jika pH tanah around 5-6, tuan mungkin perlu 5kg per 100 sq.m CaCo3. Sebaik nya di tabur selepas pengudaraan atau slicing padang supaya kapur itu masuk ke tanah.
LikeLike
mynormas said
Untuk soil test, hubungi Carron di o12 234 3257. Bahagikan padang kepada 10 bahagian, ambil segenggam tanah 4 inci di bawah permukaan (jangan ambil akar) dari setiap bahagian dan masukkan ke dalam plastik besar. Goncang-goncang plastik tersebut dan ambil segenggam masuk dalam plastik kecil. Hantar makmal. Check pH dan kandungan nutrien dalam tanah (nitrogen, phosphorus, kalium dan sebagainya. Beritahu makmal apa yang di tanam di atas dan bagitahu nak tahu apa yang kurang).
Selamat mencuba!
LikeLike