Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Posts Tagged ‘hollow tine’

Padang bola. Perlu ‘hollow-tine’ ke?

Posted by mynormas on January 30, 2012

Jawapan pendek: Ya.

Jawapan panjang: Olehkeranapermainanyangdimainkandiataspadangdankerjayangdilakukanuntukmenjagapadangadalahberbentukmampatan; maka ‘hollow-tine’ diperlukanuntukmengurangkankeburukkanyangdihasilkanolehmampatantersebut.

Penyakit tidak menyerang dalam garis lurus. Ini adalah kesan mampatan.

Adakah anda mengah dan tak cukup nafas bila membaca ayat di atas? Begitu juga padang anda tidak dapat bernafas bila tidak di beri ruang untuk udara masuk ke dalamnya.

Satu lagi soalan bonus; jika anda tutup mulut dan tuang air ke atas mulut anda adakah air akan masuk? Begitu juga tanah yang dah tidak ada ruang untuk air masuk kedalamnya akan menjadi kering di musim kemarau (walaupun di siram) dan menjadi basah di musim hujan (walaupun dah banyak longkang bawah tanah di gali di bawahnya).

Kenapa? Kenapa padang yang cantik dan elok perlu ditebuk-tebuk lubang-lubang kecil dan di isi dengan pasir? Saya akan cuba terangkan kenapa ia suatu proses yang perlu di lakukan keatas semua jenis padang rumput. Soalan nya hanyalah ‘Berapa kerap?’ dan bukan ‘Perlu ke?’. Sebab ia perlu. Ia perlu kerana di sebabkan oleh suatu perkara yang di panggil “mampatan” atau “compaction”. Ada dua cara untuk menerangkan mampatan:

1. Mampatan berlaku bila suatu perbuatan menghentak permukaan tanah. Isipadu tanah akan menjadi lebih kecil dengan cara mengeluarkan ruang kosong yang berada secara semulajadi diantara ketulan-ketulan (partikel) tanah dengan itu menjadikan tanah tadi lebih padat.

2. Mampatan berlaku bila tanah tak tahan berat barang kat atas dia.

Pemain, pekerja potong rumput, peserta konsert, tarik-tali, lari dalam guni, orang duduk berdating, malah apa saja jenis beban akan menjadi punca mampatan di dalam  keadaan yang sesuai. Kesan suatu bergantung beban bergantung kepada beratnya, keluasan kawasan yang menanggung beban dan keadaan tanah. Begitu juga kekerapan; lebih kerap permainan berada di satu kawasan, lebih banyak mampatan akan berlaku di kawasan itu. Pasal itulah kawasan paling teruk di sebuah padang bola ialah di kotak penalti.

Bila saya kata ‘tanah’ apa yang kita nampak mungkin ialah rumput, atau pasir atau tanah liat di bawah rumput. Sekarang bayangkan jika kita boleh besarkan gambar ‘tanah’ tadi seribu kali. ‘Tanah’ tadi terdiri dari ketulan-ketulan atau partikel-partikel yang mempunyai ruang udara di antara mereka. Sama seperti bila kita timbunkan ketul-ketul batu diatas satu sama lain, kita boleh nampak ruang di antara batu-batu tersebut kan? Sama lah! Cuma pasir lebih mempunyai ketulan yang halus, dan tanah liat lebih-lebih halus lagi.

Kesan hollow tine ke atas tanah.

Dan bila saya kata ‘mampatan’, apa yang saya maksudkan ialah apa-apa (atau siapa-siapa) yang berada di atas tanah akan memicit partikel tanah untuk menjadi lebih rapat dan menjadikan ruang udara lebih sempit. Partikel tanah sama aja saiznya, tapi ruang udara menjadi bertambah kecil. Udara dah keluar dari ruang-ruang tersebut.

Mampatan menyebabkan masalah berkait yang akan menular menerusi pelbagai sifat-sifat tanah. Masalah pada rumput mungkin hanya kelihatan bila salah satu dari sifat ini menjadi penghalang kepada pertumbuhan rumput. Mampatan mempunyai kesan buruk keatas keadaan fizikal, kimia, air dan biologi. Jadi penjaga padang akan berusaha untuk merawat “penyakit” dan menyelesaikan “masalah” sedangkan masalah sebenarnya ialah mampatan.

Perhatikan lubang hollowtine masih elok rupa tanahnya sedangkan di kiri kanan sudah berwarna hitam menandakan kehadiran hidrogen sulfida yang toksik kepada rumput.

Bila air di picit keluar dari ruang tanah, akan tiba masa bila oksigen akan berkurang di dalam tanah. Bila ini berlaku, rumput akan mengalami stress dan akan lebih sensitif kepada serangan organisma penyakit. Di masa yang sama, kekurangan oksigen juga akan membunuh organisma yang berfaedah kepada rumput.

Suatu beban yang berat tak semestinya menyebabkan lebih banyak mampatan dari suatu beban yang ringan. Beban yang ringan di atas tanah yang basah akan menyebabkan lebih banyak mampatan dari beban yang berat di atas tanah yang kering.

Di pendekkan cerita, mampatan memberi kesan keatas pertumbuhan rumput dalam banyak cara yang tak semestinya konsisten (apa yang jadi kat padang A tak semestinya jadi kat padang B). Kesan-kesan utama mampatan ialah:

  1. Pertumbuhan akar: di dalam tanah yang mampat/padat, akar akan kurang tumbuh.
  2. Pertumbuhan pucuk: kawasan itu akan mempunyai kepadatan rumput yang makin kurang.
  3. Pembajaan:  proses mengambil nutrisi ialah suatu proses yang memerlukan oksigen (aerobik).
  4. Air: bergantung kepada keadaan (musim hujan atau kemarau; contohnya) mampatan boleh menyebabkan terlalu banyak air atau terlalu kurang air. Kedua-duanya akan menjadi masalah kepada rumput.

Penyelesaian

Ada banyak cara pengurusan mekanikal yang boleh di lakukan untuk mengurangkan kesan mampatan dengan cara membuat lubang besar (secara perbandingan). Cara ini akan mengurangkan kepadatan tanah tapi untuk berkesan, lubang di permukaan tanah mestilah cukup besar untuk melakukan pengudaraan. Oleh itu hydroject ataupun verti-drain bukan lah semestinya cara paling sesuai.

‘Hollow-tine’ adalah nama generik yang di beri kepada sebarang kerja pengudaraan yang di lakukan keatas rumput.

Jadi kita boleh gunakan mesin coring. Kita pasang ‘tine’ kepada mesin tersebut. Ada dua jenis tine, iaitu tine yang ada lubang di tengahnya yang kita panggil sebagai ‘hollow tine’ dan juga tine yang merupakan besi padat yang kita akan panggil ‘solid tine’.

Selepas mesin hollow tine mengeluarkan 'core'. Lubang untuk udara, air dan baja masuk.

Kita lebih suka hollow tine kerana ia akan mengeluarkan tanah ke permukaan dan kita boleh buang tanah tersebut. Lubang-lubang yang hadir kita boleh topdress dengan pasir baru yang tidak akan mampat buat seketika (6 bulan hingga 2 tahun). Manakala solid tine pula akan menebuk atau menekan tanah kedalam dan menghasilkan mampatan lebih jauh kedalam tanah.

Berapa besar tine yang perlu kita gunakan bergantung kepada beberapa faktor. Satu diantaranya ialah kekerapan kerja-kerja pengudaraan itu. Lebih jarang kerja yang anda lakukan, lebih besar tine yang kita gunakan.

Kita boleh juga ‘spike’ atau ‘slice’. Ini juga boleh mengurangkan mampatan dan membantu air tembus masuk. Tapi ia adalah cara menyelesaikan masalah jangka masa pendek kerana kadang-kadang mampatan berlaku lebih jauh ke dalam. Tetapi ‘slicing’ mempunyai kesan sampingan yang baik iaitu menggalakkan pertumbuhan akar dan pucuk baru.

Penyuntikan air dan bahan seperti styrofoam adalah metode baru dalam kerja pengudaraan ini. Air dan/atau udara akan di suntik pada tekanan tinggi ke bawah tanah. Ia boleh di buat lebih kerap kerana titik masuk ke permukaan tanah hampir tidak kelihatan.

Satu lagi cara baru ialah ‘verti-drain’ yang kini juga menjadi nama generik. Ia melibatkan suatu besi yang masuk lurus dan keluar pada sudut hingg 80 darjah. Ini memberi suatu gua di bahagian bawah tetapi lubang kecil di permukaan tanah.

Ada juga dakwaan dari beberapa penjual bahawa bahan kimia yang mereka jual boleh membuat kita tak perlu lagi ‘hollow-tine’. Saya belum boleh percaya.

Jika padang anda mempunyai masalah rumput yang tak berapa nak sihat dan selalu basah atau kering; masalah anda ialah pengudaraan.

Berapa selalu saya syorkan proses pengudaraan ini; lain padang lain belalang. Secara umumnya, setahun sekali. Apa?! Dah 7 tahun tak buat?! Lepas tu anda  hairan kenapa rumput mati dan padang basah tiap tiap kali hujan? Nampaknya, saya dah selesaikan misteri anda…

 

Advertisement

Posted in Padang, Padang Golf, Taman | Tagged: , , , | 7 Comments »

 
%d bloggers like this: