Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

La Nina la pulak.

Posted by mynormas on April 18, 2016


Selepas kemarau dan kepanasan yang di sebabkan oleh El Nino dalam cuaca panas sekarang yang telah berlangsung dari Januari tahun 2016 (ada yang kata dari pertengahan Disember 2015) timbul pula berita bahawa sebaik sahaja tamat El Nino, akan tiba gejala La Nina yang akan menyebabkan hujan lebat dan mungkin, banjir besar.

Sekarang adalah masa kita untuk bersiap sedia untuk menghadapi nya.

Hujan lebat membawa risiko air yang bertakung di atas padang dan tahap tepu padang (field capacity). Maka kita patut hadapi masalah itu dengan melakukan ‘pengudaraan padang’ utk membantu air masuk ke dalam tanah dan juga membuat subsoil drain yang akan membawa air keluar dari dalam padang dan mengelakkan tahap tepu di capai terlalu cepat.

Jangan ambil/jadualkan pertandingan apa-apa bermula October hingga December kalau boleh atau letakkan caveat tentang perubahan cuaca di luar jangkaan anda sebagai host.

Jika anda pemilik padang ada spiker atau slicer; lakukan kerja pengudaraan tersebut berkali kali sebelum October. Jika anda adalah pemilik halaman, lakukan pengudaraan halaman lebih kerap (sebulan sekali?).

Bilakah La Nina di jangka bermula? Sebaik sahaja tamat El Nino iaitu selepas Jun 2016. Tapi mungkin kesan hujan lebat ke atas padang yang kering dan kolam yang tiada air akan memberi kita ruang hingga September sebelum ia memberi impak negatif.

The Star (Malaysia) on 17 April 2016

The Star (Malaysia) on 17 April 2016

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: