Mengukur kelajuan green
Posted by mynormas on February 3, 2012
Pemain golf selalu kata green di kelab itu laju atau padang sana slow.
Apa ertinya? Green tu boleh bergerak ke?
Sebenarnya yang bergerak ialah bola golf di atas green. Berapa laju bola tu bergerak bila di pukul pada kekuatan yang (lebih kurang) sama itu ialah quantum kelajuan sesuatu green.
Alat yang digunakan ialah stimpmeter yang di cipta oleh seorang bernama Stimpson. Asalnya Mr. Stimpson mencipta stimpmeter untuk mempastikan bahawa semua 18 green di padang golf nya mempunyai kelajuan yang konsisten, bukan ada green laju dan ada green slow.
Tapi memandangkan sifat pemain golf yang suka susah (golongan orang yang sanggup bangun pukul 5 pagi, pandu sejauh 200km untuk bermain selama 3 jam terik matahari dan 1 jam hujan dan berjalan sepanjang 7kilometer, memukul bola kecik dengan menggunakan 14 batang kayu di isi dalam beg yang lebih tinggi dari anak sulung mereka) mereka mahukan green yang laju walaupun mereka tak berapa errmmm…. mampu untuk bermain di atas green yang laju.
Bagaimana mendapat green yang laju adalah bahan untuk cerita di artikel lain.
Disini saya ingin menceritakan tentang bagaimana menggunakan stimpmeter (kelab anda tak ada stimpmeter? dapatkan segera) dan tentang penting nya menyimpan rekod jangkamasa panjang tentang kelajuan green.
Di dalam rekod tersebut jangan lupa letakkan nota tentang apa yang telah di lakukan keatas green tersebut (basah, ada pasir, penyakit, kering dan sebagainya) agar beberapa tahun nanti jika kita mahu ulang (atau tak mahu berulang) kelajuan tersebut kita tahu apa yang kita perlu buat atau perlu elakkan. Ini termasuk jenis dan model mesin. Kerana green 1st Nine di potong dengan ride-on no 17 akan memberi green lebih laju dari di potong dengan ride-on no 9 contohnya.
Untuk cara menggunakan stimpmeter, di sini saya beri link untuk suatu siaran dari Youtube dan saya juga sertakan salinan borang kelajuan green yang saya modify dari buku stimpmeter. Bezanya di sini ialah saya tambah ruangan purata dalam bentuk inci supaya lebih mudah untuk mengukur kelajuan purata green di bawah sekali. Jika ada yang perlukan contoh cara mengisi borang ini, sila tanyakan di posting di bawah.
Ohh… satu lagi. Ramai orang lupa bahawa dalam cara penggunaan stimpmeter yang betul, beza di antara A dan B tidak boleh melebihi 18 inci. Jika ia melebihi 18 inci, maka perlu di buat semula. Jika green terlalu ‘slopey’ dan tak mungkin dapat tempat yang rata; tulis di dalam borang stimpmeter.
Untuk tournament yang berlangsung beberapa hari, saya akan tandakan tempat yang saya ambil kelajuan green supaya saya ambil di tempat yang sama pada setiap hari. Dan jangan lupa; untuk tournament besar, ambil kelajuan setiap green. Beza di antara green paling laju dan paling ‘slow’ tidak boleh melebihi 6-12 inci (terpulang kepada tournament director/referee).
Leave a Reply